Sunday 8 January 2012

The name is Bond.. James Bond...

Dengan nama Allah Helang mulakan entry hari ni.

Hari ni hari Isnin, first day school of the week. Hubby minta Helang check Aiman waktu rehat for the last time untuk pastikan he is ok. So mission hari ni adalah untuk melihat dari jauh atau "spy" je. And my daily routine hari ni dah start from 5.30am untuk prepare breakfast dan bekal. Bagus juga malam tadi dah settle kan bab iron baju ( iron baju untuk seminggu) dan check bag dia dah cukup ke segala. Kalau pagi ni baru nak tengok, memang tak sempat.

Actually hari ni sepatutnya tak rushing sebab dah bangun awal. Tapi sebab prepare dua dishes, nasi goreng for myself and hubby, dan pancake untuk the kids, so Helang dah ambil masa yang agak lama di dapur. Pancake tu buat hari ni sebab memang permintaan dari Aiman nak bawak bekal pegi sekolah. Tapi masih sempat juga dan takdelah Aiman dan abahnya tu keluar lambat. Tapi entah macam mana, bekal Aiman tertinggal. Memandangkan masih awal untuk ke pejabat, Helang pun singgah ke sekolah Aiman selepas menghantar Alia pergi tadika.

Masa tu sekolah ada perhimpunan. Since masih dalam waktu penyesuaian, ibu bapa masih dibenarkan masuk ke sekolah melihat anak-anak. Helang cuma naik ke kelas Aiman ( takde orang pun) dan tinggalkan bekal bersama-sama nota berbunyi " Ini bekal Aiman. Love, mummy". Kena letak nota sebab takut pulak kalau ada kawan lain masuk awal ke kelas selepas berhimpun, dan ambil bekal tu. Letak pun kat atas kerusi instead of atas meja, biar tersorok sikit. So kiasu me.

Around 9.30am, Helang pun pergi semula ke sekolah Aiman. Maka bermulalah sessi spy-menyepai ni. Masa murid-murid kelas Aiman keluar ke kantin, Helang perasan Aiman cuma bawa bekal turun without the water bottle. Kalau nak ikutkan, boleh je dia minum kat kelas after rehat. Tapi sebab risau takut dia tercekik ke apa ke, Helang pun terpaksa menampakkan diri pada Aiman sebab nak tanya kenapa tak bawa botol turun ( takkan terlupa bawa ke sekolah kot? Rasanya tadi botol tak tertinggal pun ). Masa Helang berjalan dari arah belakang Aiman perlahan-lahan, Helang noticed Aiman makan bekal sambil memegang nota yang Helang tinggalkan. Nak tergelak pun ada, kenapa pulak anak bujang Helang ni masih simpan nota tu. Sekali-sekala dia membaca nota tu macam mencari sesuatu je...

Helang munculkan diri ( macam ada magic plak bunyinya huhuhu.. ) dan tanya Aiman kenapa tak bawa botol. Nasib baik dia cakap botol ada kat kelas. And suddenly ajak Helang temankan dia naik ke kelas ambil botol itu. Nampaknya tak jadi le sessi spy-menyepai ni sebab dah kena accompany him pulak. Maka naiklah kitorang ke kelas untuk ambil botol itu. Helang ajak dia kembali semula ke kantin untuk habiskan makanan. Kebetulan ada sorang classmate dia bernama Yusri ni, Helang nampak ada bawa bekal sekali tapi mundar mandir je dekat koridor kelas. Helang pun ajak le si Yusri ni sekali supaya boleh temankan Aiman makan sekali. Nasib baik budak ni mendengar kata. Lepas dah dapat tempat kosong kat kantin dan berpesan supaya tunggu Helang ambil waktu balik sekolah, Helang pun berlalu dan pretend yang Helang nak balik office.

Helang pun menyorok kat belakang bangunan tahun 2. Actually bukanlah betul2 menyorok. Just make sure dia tak nampak Helang je. Kalau buat macam main sembunyi2 tu nanti murid-murid yang tengah rehat dan bersidai kat situ fikir yang pelik2 pulak. Sama ada masa dah suntuk untuk dia habiskan bekal or finally he got it ( the message I'm giving him), nampaknya kali ini takde lah pulak dia berlari ke sana ke mari selepas makan. Dan nampaknya budak Yusri tu pun tak ajak dia main. Helang tengok jam, ada dalam 3 minit lagi sebelum waktu rehat tamat, tapi Helang lihat Aiman dah pun berjalan dengan elok ( with Yusri ) ke kelas. Tak de pulak ambil kesempatan untuk main2 sekejap sebelum loceng berbunyi. Helang follow dari belakang ( tanpa disedari Aiman, of course), sampai ke anak tangga naik ke kelasnya. elok pun dia naik ke kelas,  tak melencong ke mana-mana.

So, I think that's it. From now onwards, I'll let him be on his own. Helang berserah pada Allah yang selebihnya, mudah-mudahan Aiman terus belajar untuk berdikari sendiri. No more spy game...

P/s : Actually, sebelum pergi ada jugak pesan kat kawannya si Yusri tu supaya  balik kelas bila waktu rehat habis via bunyi loceng. Indirectly supaya dia ajak Aiman sekali. Mendengar kata budak ni. The motherly instinct in me rasa budak ni bagus dibuat kawan.

2 comments:

Anonymous said...

I can imagine how risau we as a parent to let the kids stand by their own in the early days.

You must be proud of Aiman, and I am proud of him too.

Helangmerah said...

Biasalah budak kecik. Kalau tingkatan satu maybe tak risau cam ni..