Monday 2 January 2012

Goodbye 2011 and welcome 2012

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni.

Sebenarnya nak jugak buat posting on the first day of new year. Tapi hari tu memang sibuk, sebab birthday my son. Kebetulan memang ada buat makan2 sikit sempena birthday si Aiman ni. Grandparents dua-dua belah pun ada datang, termasuk pakcik-makcik dia ( tak semualah)... jadi maknya ni pagi-pagi lagi ( actually kalau kira dessert dah siapkan dari malamnya) dah ber'kungfu' di dapur nak prepare refreshments. So, menu untuk makan-makan itu adalah nasi ayam, puding buah koktel, buah2an, air ribena. Mak ada bawak kuih bakar, so hidang sekali ler.
Amacam, best tak?

Ni tengah buat wish ke apa ni...

Sessi potong kek.. Aiman dan 6 years old!!
Memandangkan 1 Jan 2012 adalah hari Ahad, the next day (Monday) tu kira public holiday. So, atuk dan neneknya amik kesempatan stay satu malam kat rumah we all, saja nak melayan the kids. Malamnya si abah ajak makan roti nan kat Pak Putra restaurant. Huh, memang kekenyangan sampai ke malam.

Pada family yang datang, Helang ucapkan terima kasih sebab sudi spend time turun Melaka dari PJ/Banting. Almost dua jam perjalanan tu....

Dah masuk new year ni, Helang cuba refresh balik apa yang dah dibuat pada tahun 2011. In terms of work, masih maintain kat tempat sama at the same position... Tahun 2012, maybe company akan go for listing, so, mungkin ada perubahan dari segi organization structure, whether Helang akan berpindah ke HQ di Kelana Jaya, tak pasti lagi. Dari segi family life - alhamdulilah dah menunaikan umrah di tahun 2011, jadi sekarang nak berazam utk cari peluang menunaikan haji pula... anak2 both dah sekolah. Aiman dah mula masuk standard 1 tahun 2012, so, dari segi pengurusan masa pada waktu pagi kena tukar sikit. Travelwise,  rasanya Semenanjung Malaysia dah cover semua, mungkin 2012 ke Sabah/Sarawak pula. Ada juga berangan nak ke Indonesia pulak...

Azam tahun 2012 - dah ada list cuma belum finalize lagi. Tahun ni mungkin kehidupan akan lebih mencabar dari segi economy, politics, spiritual and geographically. Mudah-mudahan Allah permudahkan kehidupan kami anak-beranak dan sentiasa melindungi kami dari sebarang bencana. Amin.

P/S : Helang nak belajar berenang dan menunggang kuda. Agak2 boleh cepat 'pass' tak?

2 comments:

Anonymous said...

berenang dan menunggang kuda? mcm prepare something je..huhu

Helangmerah said...

Persediaan nak duduk kat Denai Alam.. kat situ ada horse stable and recreational park. so boleh lah buat aktiviti mengeluarkan peluh kat situ.. huhuhu...