Friday 20 January 2012

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni,

Selasa lalu department Helang dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada salah seorang staff department, Nora. Pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30am ( kebetulan Helang baru nak bangun untuk prepare breakfast the kids), Nora dah telefon untuk memaklumkan berita itu. Memang kedengaran kesedihan dari suaranya, maklumlah, kehilangan orang terdekat dalam hidupnya.

Memandangkan Helang adalah HOD, kalau bukan sebab HOD pun, sebagai salah sorang staf yang sama department, Helang decide to visit Nora dan family. Sampai kat office, Helang minta pihak HR sediakan transport dan arrange untuk dapatkan info tentang pengebumian arwah. Beberapa orang staff pun ada ikut pergi sekali, jadi kami decide untuk naik van company je.

Disebabkan terpaksa menunggu staff HR buat kutipan donation untuk keluarga Nora, we all terpaksa bertolak dari office kat Ayer Keroh ke Kuala Pilah lambat sikit. Ditambah dengan dua kali u turn ( salah masuk simpang, tak pasti kawasan kubur yang mana dsbgnya), kami sampai selepas imam dah habis baca talkin dan orang dah mula beredar dari kubur. Tapi sempat we all sedekahkan al-Fatihah untuk arwah di kubur. Semoga rohnya tenang menghadap-Nya.

Nora ada menceritakan betapa sedihnya beliau sebab tak dapat bawa arwah ayahnya berjalan ke Sabah. Dia memang dah siap apply cuti ( Helang dah approve pun cuti tu ) dalam bulan Februari. Hajatnya untuk "surprise" kan arwah ayahnya dengan merancang secara senyap-senyap percutian ke Sabah tu. Never occured in her mind yang dia yang di"surprise"kan dengan pemergian arwah ayahnya buat selama-lamanya. Tapi bagaimana pun beliau redha akan pemergian ayah beliau.

Untuk Nora, if you read this, jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah menyayangi arwah ayahmu. Jangan ralat kerana hajat yang tak kesampaian kerana sesungguhnya niatmu untuk menggembirakan ayah dan ibu itu pun mendapat pahala. Dan amat berbahagialah arwah dan ibumu kerana anaknya yang sulung ni sentiasa mengingati dan cuba menggembirakan hati ibubapa. Pesan akak, selalulah menjenguk ibumu dan lebih keraplah bertanya khabar. Beliau tentunya rasa kehilangan dan kesunyian. Kalau Nora sebagai anak rasa sedih dan kehilangan, ibumu lebih-lebih lagi kerana arwahlah teman hidupnya.

Untuk diri Helang sendiri dan orang-orang sekeliling,  moga mendapat pengajaran dari kematian. Kerana yang hidup pasti kan mati. Kena sentiasa bersedia dengan ilmu dan amal. Insya-Allah.

P/S: Nasib baik bawa Nad from HR, makcik dia selang beberapa buah  rumah je dari rumah keluarga Nora kat Kuala Pilah tu. 

No comments: