Sunday 22 July 2012

Ramadhan di tahun 2012

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa di Malaysia ni. Kena sebut kat Malaysia sebab umat Europe dan Arab dah masuk hari keempat berpuasa. Puasa kali ni agak berlainan dengan tahun-tahun lepas. Kenapa ya?
My other half tiada di Malaysia, tapi untuk dua minggu pertama puasa je lah. 5 August nanti he'll be back. Yang tak seronoknya bila jarang update blog ni tang nak kena update things lah... Sebab tu kalau Helang tak cerita pasal apa hubby takde kat Malaysia mesti catatan ni macam tergantung je..

My hubby akan ditransfer ke project RAPID. Still bawah Petronas, tapi bukan lagi menjadi staff Melaka. Project RAPID ni kat Pengerang, Johor. Now under design stage, consultant dari Paris. Sebab tu now he's in Paris, attending meeting and review design ( ye kot?) selama tiga minggu. And yes, I am hubbyless for three weeks dan kebetulan pulak waktu bulan puasa ni. Nant bila dia balik pun dia akan station kat KL. So, I'll be weekend wife je lah ( kalau dia tak balik hari during weekdays ).

Bila hubby dah kena transfer ni automatic Helang kena adjust dengan life with kids alone so long as my hubby not around. Jadi boleh lah bayangkan betapa sibuknya Helang day in day out sebab kena uruskan sendiri hal rumah dan anak-anak ye, belum campur hal ehwal tempat kerja lagi. Penat, memang penat. Tapi ni jalan hidup yang dah dipilih, adalah sebab dan musababnya yang hanya Allah yang tahu.

Since my hubby dah transfer KL ni, agak-agak Helang akan follow suit tak?? Hohoho... rahsia. Nanti bila ada perancangan dan eveyrthing went ok baru Helang cerita ya? Memang tahun ni akan ada perubahan dalam my life. Tapi tunggu jelah... kita merancang, yang menentukan Tuhan jua.....

P/S : Before puasa sibuk dengan annual dinner dan pergi Sukan Kerja Raya tambah dengan closing dan audit. Nanti Helang update in the next post. Tak sempat tau, memang busy yang amat semenjak dua menjak ni. Sabar je lah...

Thursday 5 July 2012

Setelah sepurnama....

Dengan nama Allah, Helang mulakan post.

Mesti you all hairan je sebab Helang ni macam biskut Chipsmore.. sekejap ada, sekejap takde. After a month last entry, now baru nak update balik. Bukan apa, kekangan masa ( takde excuse lain hohoho).. Start daripada tengah bulan June sampai sekarang, memang sangat sibuk. Semua nak datang bertimpa-timpa.

Company Helang nak listing ( rasanya ada sebut dalam one of the entries), jadi we all kat finance ni dikerah untuk mempercepatkan secepat-cepatnya proses untuk audit dan keluarkan signed audited report. So, sejak minggu terakhir bulan June external auditor datang buat interim audit ( supaya time final nanti tak banyak dah kena check). Kitorang lepas tu cepat-cepat tutup akaun end of financial year sambung pulak untuk final audit minggu pertama July. Takde break.

Nak dijadikan hal, time-time tu pulak internal audit dan consultant risk management sibuk nak buat audit jugak. Aiyoh! Cam takde masa lain. Then, 7 July ni ( bersamaan esok waktu entry ni ditulis), company nak buat annual dinner. Hello!!! Group jugak nak weols close account dan audit and finalise figures cepat-cepat ( by end of July). Tapi kenapa nak sibuk buat annual dinner plak time ni?? Tak nak bagi weols enjoy ke? Karang tak pergi or tak join apa-apa program, kata tak support aktiviti Group lah. Tapi yang you alls dera weols kat finance ni tak pe pulak?? Aiyoo!!

Nak ikutkan tensi, memang tensi. Tapi sempat jugak tu join saringan untuk Sukan Kerja Raya, and guess what? Helang akan join group bowling wakil company Helang ni ( tapi jangan tanya whether main atau reserve. Helang tak decide lagi huhuhuhu).

Itu belum masuk time Helang cari baju untuk annual dinner lagi. Oh ya! Tema tahun ni retro. Macam tak de tema lain. Taulah company ni banyak orang2 'lama'. Nak layan nostalgia ler tu.. Ha, tapi yang kelakarnya... before decide nak pakai apa dan macam mana, Helang adalah google-google baju-baju untuk tema retro ni and mostly Helang baca blog-blog orang yang blogging about their annual dinner with retro theme. Semuanya lebih kurang ala-ala sama entry style. Mula-mula, blog pasal apa nak pakai, nak cari idea macamana, etc. Then, baru blog on the annual dinner itself, dema pakai apa, and put some pictures as the evidence.

When Helang start the gear to find ideas for the retro theme, Helang rasa seolah-olah dejavu as whatever has been blogged tu memang Helang lalui jugak. I mean, annual dinners with theme are all the same regardless what company. If kita nak follow the theme, of course kita akan start fikir apa nak pakai, kat mana nak cari baju, apa make-up style, etc. Tambah pulak ada geng yang sama in to it ( SY ler tu).I can't believe I am so beriya-iya pulak tahun ni nak follow theme.. ehem!! ( Actually cos I think this might be my last dinner at current company, hohoho).

So, what i would be wearing on the annual dinner night?? Nantilah ya.. Pada masa ini baju itu belum diambil lagi waaaaa!!!?

P/s: Tiba-tiba takde mood pulak coz hubby baru beritahu dia disuruh ke Paris for two weeks starting from 16 July. Huarghh!! Nanti first week puasa dia takde :(