Sunday 30 June 2013

Sports Carnival and Annual Dinner 2013

Assalamualaikum..

Rasa-rasanya Helang jarang post entry pasal my Company's Annual Dinner. But since I am not sure whether I'll be having another one.. so here goes my entry.

This year, as what had been done in last two years, the Annual Dinner was held in conjunction with the Sports Carnival. Meaning, siang we all ada sports carnival, malamnya ada annual dinner. So everyone would stay sampai habis event. And as usual since majority staff and companies within the group yang active ada di Melaka.. ke negeri Hang Tuah lagilah kami berkunjung. Lagipun Melaka is the most suitable place since it is in the middle of Kuala Lumpur and Johor. Got it?



All staff were divided into four groups - Tuah, Jebat, Lekir dan Lekiu ( Kasturi is for Organising Committee) according to the four colour - blue, red green and yellow. Guess which group I was in? Of course Jebat forever ( and red is really my colour). By right each staff kena take part at least dalam satu acara. But it seems like tak semua orang having that sporty spirit ( or rather malas nak join takut nanti sunburn tak glamer lah pulak malam dinner nanti hohoho).. some of us yang beriya ni masuklah dua tiga event pun. Helang masuk futsal.. and got a second place.. dapat contribute marks to the team what??

Lepas habis event futsal, my friends and I ingat nak tengok event2 lain.. Boleh support our team. But then bila sampai kat tempat acara wall-climbing, we found out that our team takde hantar girls participant untuk wall-climbing. What?? Mana boleh takde orang.. nanti tak de markah.. So at the end me and SY pun volunteer lah join. Can you imagine Helang yang gayat ni boleh masuk wall-climbing? Before naik tu memang hati sangat gundah-gulana. Tapi sebab nak try, at least dapat experience, kan? If tak try, we never know. And alhamdulillah, walaupun tak lah setinggi mana ( due to first time trying and lack of knowledge on proper techniques to climb), I did it! And I was having fun.

Ada macam spider woman tak?

Tiga 'Mak Dara' yang dah kepenatan..

Malamnya... annual dinner pulak. This year, the theme was "Bollywood Nite". Mak sebenarnya tak minat sangat tema bollywood ni. But being me, I will always try my best to support company's event. But to go all out tu takdelah.. yang penting baju tu nanti boleh diulang pakai untuk function lain macam raya ke, or even ke office sekalipun. So, no lengga or saree. Just simple dress with bollywood motifs.. and macam biasalah, my dress colour takkan lari dari usual colour. That is so me!
The ever gorgeous SY

The super mummy Liz

Bollywood Nite, baby!

MC in action...

Our Group CEO giving welcoming speech

The ladies from my department

Table mate.. the ladies

Table mate.. the gentlemen

Staff performance.. thumbs up with good performance!

With our Group Deputy CEO

Guess we are just lucky getting hampers and not Ipad..

The so-called 'Kajol' jadian.. hohoho..


So.. will I have this opportunity again next time? Time will tell.... Namaste!!




Sunday 23 June 2013

The grass, the trees and the garden

Dengan nama Allah, Helang taip post ini.

Dah 6 bulan tinggal kat rumah ni. Belum lengkap sepenuhnya. Actually we're in the middle of completing the renovation of our master bedroom. Design has already being agreed with the supplier. Tapi installation cuma akan dibuat next Thursday - 27 June. 

Hal-hal luar rumah tak masuk budget lagi. Ingat nak settle kan hal-hal dalam rumah dulu. But then suddenly hubby dah agreed untuk tanam rumput pulak. Orang yang nak tanam rumput tu pulak berjaya plak convince my hubby untuk bagi dia project itu.

So, setelah agreed dan bayar down payment, bermula lah kerja-kerja menanam rumput baru. Ada juga beli pokok kemboja dua batang dan sebatang pokok yang Helang lupa namanya ( nak google pun tengah malas).

Pekerja-pekerja datang awal pagi. So, semuanya memang siap petang tu juga. Tapi yang tak bestnya, orang tu cuma datang dua kali untuk hantar barang-barang dan pokok. Selepas hubby dah bayar almost full ( lagi seratus ringgit dia suruh bagi terus pada pekerja-pekerja part time dia tu), terus hilang. Call tak berangkat. Bukan apa, dahlah biarkan pekerja-pekerja buat tanpa supervision, tak properly brief, kebajikan pekerja pun tak jaga. 

Tapi alhamdulillah those workers buat kerja sampai habis dan tak tinggalkan macam tu je. Kalau tak, naya jugak kitorang. Cumanya bila ada apa-apa yang tak puas hati macam nak tukar pokok, batu tak cukup, etc, tak boleh nak refer kat ketuanya sebab tak dapat dihubungi. 

So, apa hasilnya? Nampaklah semenggah sikit our compound compared tu sebelumnya ( before that terasa macam rumah tak siap). And looks like I will have to go for some trips to Sungai Buloh's nurseries untuk cari pasu-pasu bunga tambahan buat penyeri laman. Takpelah, pelan-pelanlah tambah.









Monday 17 June 2013

Hong Kong and Shenzen trip - Day 0

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Dah lama blog ni bersawang.. Patut digelar blog Lelabah, bukan blog Helang Merah. Kadang2 bukannya tak sempat nak tulis lansung. Tapi if banyak sangat cerita pasal personal things ni nanti orang kata poyo pulak. 

Tapi if cerita pasal travel mesti you alls ok, kan? Tapi if you alls still rasa sharing about my travel still poyo, mak nak buat camna? You alls kena redha je lah..

Btw, cuti sekolah bulan enam nih, Helang and family pergi trip Hong Kong and Shenzen bawah package Andalusia. Sebab belah2 sanun tak pernah pergi and masalah komunikasi ( kids yang belajar Mandarin pun dah lupa nk ckp bahasa Cina).. So better ikut rombongan, sensng sket.

Flight awal pagi, check in kat KLIA pada pukul 6.30am pada tarikh 1 June 2013. Sebab kesian takut kids tak larat bangun awal sangat dan rushing ke KLIA, weols tido kat Concorde Hotel KLIA. Naik aeroplane A380 yang baru.. Sampai Hong Kong dalam pukul 1.30pm. Oh ya, waktu di HK sama je dengan waktu di Malaysia ye, kawan-kawan.

First day, walaupun mendarat di Hong Kong Airport, agenda pertama sebenarnya ialah pergi Shenzen. Walaupun HK dah jadi part of China, tapi masih amalkan dua system. Err.. apo tu? Tak tahu? Nak masuk Shenzen dari Hong Kong or vise versa kena through immigration ( macam JB ke Singapore lah). Nak masuk China ni kena ada visa, unlike HK. Tapi boleh amik group visa. Cuma nak masuk tu punyalah lama kat immigration. Sampai kids pun tak larat. Lepas dah settle urusan kat immigration, naik bas ke Shenzen. Apa activities kat Shenzen? Tunggu my  next post ok?