Sunday 8 January 2012

Aiman masuk standard 1...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni,

Dah hari kelapan dalam tahun baru. Daily routine life pada week days pun dah bertukar. Semuanya gara-gara Aiman yang dah mula masuk darjah satu tahun ni. Persiapan ke sekolah, jangan cakap Semuanya serba baru. Dari baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan buku sekolah. Mujurlah sekolah yang dia pergi - Sek Keb Batu Berendam 1, Melaka - ni bagi pinjaman buku teks pada semua murid tak kira taraf kehidupan ibubapa. Actually it's not the cost that matters. Yang both of us - hubby and myself - risau adalah bagaimana Aiman dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah baru.

Yalah, masa kat tadika, toilet dekat je dalam kelas tu (sebab tadika guna rumah as tempat belajar). Masa rehat, makan kat dalam kelas juga. Kat sekolah baru ni, kena jalan sikit ke tandas, tak de orang tengokkan dia betul ke guna toilet, basuh dan pakai semula seluar. Satu lagi, belum pernah guna duit dan beli sendiri makanan ( yang ni Helang resolve dengan cara memberinya bekal setiap hari macam kat tadika). Then, yang penting, dalam kelas tu ramai student, lebih ramai bilangan nya dari zaman tadika. Agak-agaknya dapat ke Aiman menumpukan perhatian dalam kelas dan memilih kawan yang betul?

So, like other new standard one parents, Helang dan hubby pun ambil cuti dan pergi ke sekolah bersama-sama. Helang ambil cuti dua hari untuk melihat gelagat Aiman menyesuaikan diri. Masa dah masuk kelas, memang tak tengok sangat sebab cikgu dan guru besar pun tak galakkan ibubapa bersidai kat koridor atau di luar kelas tengok anak. kami cuma tunggu kat bawah ( kelas Aiman kat tingkat 1 ). Cuma masa rehat hari pertama tu, both of us notice lepas makan Aiman dah lari-lari bermain2 dengan kawan-kawannya. Mula-mula tak perasan kelas dia dah keluar rehat ( sebab pelajar tahun satu dilepaskan awal 10 minit daripda pelajar lain). Nasib baik bekal yang diberi tu memag dia dah habis makan, mungkin sebab masa masih ada lagi, tak tau nak buat apa, main-mainlah dia. Hubby apa lagi, bagilah ceramah sikit kat si abang tu sebab main-main lepas makan. Lepas rehat, tunggu lagi hingga waktu tamat belajar. Murid darjah satu dibenarkan keluar awal 10 minit daripada pelajar lain untuk memudahkan ibubapa mengambil mereka pulang ( tapi cuma untuk dua minggu pertama sekolah je).

Petang, adalah waktu untuk ke sekolah agama. Again, memandangkan Helang bercuti pada hari itu, Helang pun ada kesempatan menghantar ke sekolah, tengok macam mana Aiman duduk dalam kelas dan mengambilnya pada waktu tamat kelas. Rasa-rasanya bolehlah budak ni menyesuaikan diri. Tapi, belum hilang lagi perasaan resah dalam hati ni.

Second day, hubby tak tunggu sebab dah kerja. Lepas hantar Aiman dan melihatnya masuk kelas, hubby terus pergi kerja. Helang datang a bit later sebab yang penting nak tengok masa rehat. Masa dalam kelas memang tak risau sangat sebab tengah belajar dan ada cikgu mengawasi. Helang duduk kat satu bangku berhampran kantin. Dari situ boleh nampak tandas murid lelaki tahun satu. Kebetulan ada ibu murid tahun satu yang sama kelas dengan Aiman, so, borak-boraklah kejap. dalam 30 minit sebelum rehat, tiba-tiba si ibu ni beritahu anaknya ke toilet dan ditemani oleh dua rakan. Helang notice salah seorangnya adalah Aiman. Jadi, dari segi nak ke tandas, Helang dah tak risau sebab nampaknya Aiman boleh urus sendiri. Next matter : waktu rehat.

Bila waktu rehat, Helang sengaja berdiri kat luar kantin tetapi di kedudukan yang Aiman tak nampak. Helang just perhatikan dari jauh gelagatnya. Memandangkan pelajar tahun satu keluar 10 minit lebih awal, cikgu kelas pun mengiringi murid-murid ini, jadi keadaannya agak teratur. Helang lihat Aiman ambil tempat bersama seorang rakan dan membuka bekalnya dan terus makan. Kemudian, nampak rakannya tadi beredar ke  tempat membeli makanan. Helang ambil kesempatan pergi ke tempat Aiman dan menunjukkan diri. Dia cuma tersengih sambil terus makan. Helang tanya mana rakan tadi, dia just jawab pergi beli air kotak ( sebab rakan tadi pun bawak bekal, tapi takde botol minuman). Bila rakannya datang semula Helang pun pergi dari situ dan memerhatikan dari jauh.

Entah kenapa masa tu rasa sayu pula melihat Aiman makan bekalan sampai habis sebelum minum air dari botolnya. Bergenang air mata Helang, rasa sebak memikirkan anak Helang yang sorang ni kena belajar berdikari sendiri. Dalam hati Helang berdoa mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan pembelajaran Aiman sampai bila-bila. Helang pun memang akan menyediakan bekal makanan hingga Aiman tahu menggunakan duit untuk membeli sendiri bekal. Tapi itu bukan soalnya. Yang penting, kalau boleh nak bagi bekal juga sepanjang masa dia bersekolah as a token of my love to him. Dengan rasa berat hati, Helang cuba buang perasaan risau dalam diri dan tak putus berdoa semoga Aiman boleh menyesuaikan diri dan berdikari.

I know this feeling. Cuma perasaan seorang ibu yang ingin kan anaknya mendapat yang terbaik. Sometimes Helang wonder how my mom did it with 8 children. Mungkin cuma sempat rasa risau untuk anak yang pertama, yang seterusnya sebab dah ada kakak dan abang bersekolah di sekolah yang sama. Kakak atau abang boleh tolong tengok-tengokkan adik. Helang cuba yakinkan diri bahawa Aiman boleh berdikari sendiri. After all, I was once in his shoes and survive! ( walaupun first day school memang ada menangis sekejap sebab mula-mula tak jumpa kakak Helang masa nak balik sekolah. So, in Aiman's case he was better sebab tak menangis lansung pun ).

Aiman nak pergi sekolah on his first day school

Waktu nak balik dari sekolah... agak kepenatan

Found his place at Sekolah Agama petang. Yang sebelah kanan tu apparently pun satu sekolah pagi dengan dia
P/S : Task terbaru Helang sebagai ibu sekarang adalah meyediakan list of bekal ke sekolah for a week for my kids. Huh, pening jugak nak fikir..

No comments: