Wednesday 25 January 2012

Idea-idea bekal ke sekolah...

Dengan nama Allah Helang start the entry...

Helang pernah mention dalam post ini yang Helang berazam nak sediakan bekal makanan untuk my kids tiap-tiap hari ke sekolah. Problemnya, my son and my daughter tu memilih sangat makanan. So, memang agak pening jugak nak memikirkan "snack" apa yang boleh dibawa untuk bekal ke sekolah. Untuk anak-anak yang tak kisah dan makan apa saja, memang senang. Macam zaman mak Helang dulu-dulu. Dia buat apa saja kitorang akan makan. But not my kids. Dahlah selera dua-dua tak sama ( bab breakfast ). So, Helang pun check lah forum, blogs dan web resipi untuk dapatkan idea.

Kalau ikutkan Helang, teringin nak bagi foods like nasi goreng, mee goreng ker...  tapi memang takkan jalan. Sudahnya Helang resort pada menu yang mudah-mudah tapi yang memang both kids akan makan. Tapi, ada jugak sometimes kena bagi bekal differently sebab ada yang Aiman suka, Alia tak suka. Nak tengok tak apa yang Helang selalu buat untuk bekal my kids? Mana tau you all boleh guna idea tu untuk your kids jugak pergi sekolah...

Pancake - ni selalunya requested by Aiman. Tapi Alia kurang sikit. Alia makan time breakfast je... tapi jadi bekal dia tak berapa suka

Kalo time nak senang dan tak renyah, Helang just goreng je nugget dan fries. Ha, yang ni both kids memang akan makan habis..

Ni pun favourite Aiman. Resipi asal guna topping guna tomato dan cheese, base nya chilli sauce. Helang ubah suai ikut selera Aiman, letak sosej dan basenya sos tomato. Aiman panggil roti ni as "roti cheese pizza'.

Time tengah rajin dan bangun awal dari biasa, Helang pun buatlah doh dan jadilah donut. Ni pun both kids suka dan boleh makan time breakfast dan buat bekal...

Kalau time takde idea roti nak buat apa, Helang masak daging burger dan buat sandwic burger and mayonis. Kalau time malas tahap gaban, Helang buat je sandwic cheese letak mayonis

Time ni sebenarnya buat pancake. Tapi takut Alia tak berapa nak makan, Helang masukkan jugak roti planta yang dibuat bentuk-bentuk supaya nampak menarik.

Yang ni memang menjadi pojaan hati Aiman... sausage roll. Tapi nampaknya Alia pulak kurang minat. So, kalau time buat sosej roll ni, Helang bagi Alia bekal biscuits in  varieties cam Captain Much, Tiger dsbg. Kalau tak pun bagi koko crunch, dimakan begitu sahaja without milk. Haa.. yang tu memang Alia suka.
Banyak bekal yang dibuat memang 'cater' for selera Aiman. Sebab Alia kalau dia tak makan bekal yang diberi pun, dia ada option untuk makan foods yang disediakan oleh pihak tadika. tapi kalo Aiman... since dia dah sekolah rendah, dan Helang belum berapa yakin nak lepaskan dia beli foods kat kantin, so kebanyakan breakfast atau bekal memang Helang buat ikut request dia. Selalunya the night before, either sebelum tidur atau lepas balik mengaji Helang akan tanyalah Aiman esok dia nak bekal apa. Dan Helang try buat ikut apa yang dia nak, insya-Allah. Tapi kalau kebetulan takde stok bahan-bahan, Helang akan try suggest kat dia bekal lain. Kalau dia setuju, ok ler. Kalau dia nak jugak bekal ikut suka dia.. terpaksalah Helang mintak encik hubby tolong cari bahan-bahan yang takde malam tu jugak!!!!

P/s : Teringin gak nak buat bekal untuk diri sendiri tapi tahap malas tu bukan takat tahap gaban je... dah tahap super kamehameha dah...huhuhu...

No comments: