Saturday 17 December 2011

Mari makan nasi arab....

Dengan nama Allah Helang mulakan post ini..

Weekend selepas balik bercuti kat Singapore tu, Helang sekeluarga balik ke Banting melawat pak dan mak mertua. Kebetulan 5 Dec 2011 tu birthday pak mertua. So hubby dah pakat2 dengan yang lain nak bawak keluar makan bersama-sama satu family termasuk adik-beradik dia yang tak berapa ramai macam my adik-beradik tu... Mula-mula cadang nak makan kat Putrajaya, tapi sebab tak tau tempat makan mana yang best, we all pun surf internet kalau ada tempat makan menarik nkat area Shah Alam. Survey punya survey, jumpalah satu webpage (blog rasanya) cerita pengalaman makan nasi Arab kat satu restoran ni kat Seksyen 9 Shah Alam. Masa tu memang hubby teringin nak makan nasi Arab pun.

So apa lagi, malam tu we all pun pergi lah makan kat restoran yang telah dijumpai tu.. Nama restoran tu Restoran Zam Zam. Area bersebelahan Plaza Masalam. Not bad jugak restoran ni, ambience dia menarik. Next time boleh buat makan-makan gathering kat sini kalau  sesapa yang minat makan nasi arab.
 

Alia buat2 malu pulak ambik gambar...
Sessi memilih menu
Masih tak selesai pilih menu...
Ini dia!!! Nasi arab kita..  dengan salad sekali...


 Ada beberapa jenis nasi arab ni... we all order jenis Mandy... yang ni memang kalau Helang makan nasi arab selalunya ambik jenis ni... Air pulak mango.. fuh, pekat sungguh juice mango dia, macam blend buah tanpa air... Budak2 pun selera je makan...
Biasalah, perut dah kenyang so, sukalah hati...
So, kepada sesiapa yang nak have a fine dining weekend or terasa nak makan nasi arab, or nak buat gathering or saja je nak try tempat baru dan sebagainya... boleh lah cuba merasa nasi arab kat Restoran Zam Zam ni ye... recommended.

Alamat restoran Zam Zam :
Oasis 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah  9/F, 40000, Shah Alam, Selangor.

2 comments:

Anonymous said...

ai mas trai!

Helangmerah said...

sila..sila... boleh open table ramai2.... :)