Sunday 11 December 2011

Jalan-jalan Makan Angin JB-Singapore!

Dengan nama Allah Helang mulakan post kali ini...

Salam semua, lama pulak Helang tak menulis. Dah jadi ibu yang berkerjaya ni, masa agak terbatas. Pergi kerja ada tanggungjawab di pejabat,balik rumah nak uruskan hal rumah. Helang takde maid, so everything kena buat sendiri. Alhamdulillah hubby pun jenis rajin tolong ( of course kena tolong, dia yang tanak ada maid). Jadinya bila ada free time atau lepas dah settle urus hal rumah, selalunya mesti nak rehat... so tak terjenguk jugak blog ni. Tapi sebab dah hujung tahun ni Helang nak update jugak pengalaman kami sekeluarga makan angin ke JB-Singapore.

Oh, sebelum tu just nak beritahu. Helang laki-bini ni memang agak sibuk dengan kerja, sebab masing2 dah jadi manager at company masing2. Hubby memang committed pada kerja, kalau time sibuk atau plant dia ada problem, kadang2 weekend pun kerja. Helang pulak, time banyak reports or ada ad-hoc matter yang need longer time but tight deadlines, memang akan bawak kerja balik rumah. Tapi both of us are kind of agree that we need to take a break once in a while, away from work,to refresh our mind. Lebih2 lagi untuk spend quality time dengan kids. So,bila time cuti sekolah,insya-Allah ada planning untuk jalan2 makan angin. Cuma tahun ni both of us ada masukkan agenda pergi umrah ( tak bawa kids) dalam bulan March lepas (kalau rajin,insya-Allah nanti Helang update pengalaman ini dalam blog ni). Cuti sekolah bulan June, kami jalan-jalan ke Kelantan dan Terengganu. Yang ni tak payah ceritalah, rasanya semua dah familiar dengan negeri2 ni.

Ok, cuti sekolah December ni, kami dah plan nak ke Universal Studio Singapore. Hubby ler yang rajin surf internet dan dapatkan info macam mana nak pegi, dapatkan tiket dan lain2. After few weeks planning, so we both decided to stay kat JB dan naik shuttle bus ke Singapore. Hari pertama ke USS, hari kedua pula ke Singapore Zoo. Yang penting passport tu belum expired lagi, so tak perlu renew.

So itenerary makan angin kali ini adalah seperti berikut :-
28 Nov 2011 - Bertolak ke JB, check in at hotel Thistle, beli tiket bus ke USS
29 Nov 2011 - Pergi USS,main2 dan ronda2 Pulau Sentosa
30 Nov 2011 - Pergi Singapore Zoo, singgah kat Orchard road
01 Dec 2011 - Balik ke Melaka, singgah Johor Premium Outlet kat Kulaijaya (baru bukak, sneak preview)

Ok, tanak bebel banyak2, enjoy all the pics!!

                                          Sampai JB je singgah kat Danga Bay. Hmm... banyak kapal je..

Tak tahu apa yang menariknya kat Danga Bay ni.. tapi kerajaan Johor tengah nak "up " kan kawasan ni ganti Pantai Lido.

Dah penat jalan2 kat Danga Bay, we all check in kat hotel dulu. Kebetulan bilik mengadap jam besar, apa ke ntah nama nya... lepas check in, keluar semula nak beli tiket shuttle bus...


Pagi-pagi lagi dah tercanguk kat Tune Hotel, tunggu shuttle bus. Semangat nak merentas tambak Johor ke Singapore ni...


Finally, we are here!! Jom tengok apa yang ada...


Ni lepas pintu masuk, supposedly kawasan ni dinamakan Hollywood. Belum ada games, just kedai2 yang menarik bentuknya...
Depending whether pegi arah right or left dari pintu masuk. We all decide pegi dari arah kiri. So, first theme yang we all masuk adalah "Madagascar". Dalam ni sempat main merry go round and naik "boat".

Aiman and abahnya at merry-go-round. Memandangkan we all bawa budak under 7 years, so games yang boleh main limited to yang boleh bawak kids. Tapi ada jugak rides yang we all naik for those with certain heights, so, gilir2 jaga kids.
After that, masuk ke theme " Far Away Land" berdasarkan cerita 'Shrek'. Dalam ni we all tengok 4D movie ( yang ada gerak2 jugak kerusinya tu) and naik ferris wheel.

The next theme is "Jurrasic Park" or Dinosour Land. Takde games yang boleh dinaiki oleh both kids, so lalu je la... Maybe next time, ye Aiman...

Then, theme yang seterusnya adalah "Adventures of Mummy". kat sini we all naik "jeep" lalu kawasan ala-ala treasure hunt. Games yang lain kids tak boleh naik.
 
Next, is Battlestar Gallactica. Actually ada dua rides je kat sini. But both rides kids tak bleh naik sebab games tu macam roller coaster yang tripple looper punya. Tapi sebab teruja punya pasal, Helang pun menyerah diri untuk di'takut'kan dengan menaiki ride "Human". yang "Cyclone" punya tak sanggup lagi sebab that ride tempat duduk macam tergantung, so tak boleh bayang kan masa dia pusing2 tu.. mesti seram...
Sempat jugak singgah naik "Transformers Ride" Actually game tu baru, a 4D ride, dan belum officially dibuka. Pihak USS tengah test ride tu. So we all pun cubalah... Alia tak boleh naik coz tak lepas ketinggian... tapi yang bagusnya pihak sana bagi ticket called "child swap", so apa Helang buat adalah, duduk di bilik menunggu dengan Alia. After hubby dan Aiman dah naik, Helang just bagi tiket "child swap" tu pada pekerja yang jaga that ride, terus Helang boleh naik the next ride, without the need to queue again... What I can say, it's a cool ride and fun. Siapa datang sini, jangan lupa cuba...

Selepas Transformers and Battlestar Gallactica, theme yang seterusnya adalah New York and Hollywood. Takde games, cuma kawasan tu di buat macam New York 1950s. So, terasa macam balik ke zaman dulu2. Sebelum, keluar sari situ, sempat le snap pic dengan this birdie ( Ada jugak Marilyn Monroe tapi tak sanggup pulak bergambar dengan minah seksi tu..)

Ronda-ronda sekitar Sentosa Island.. we all naik cable car, pergi ke Hilltop restaurant yang famous tu. Sebelum balik nak tunggu bus balik ke hotel tu, baru perasan ada tempat untuk "in-door diving'. But since, queue sangat panjang, nampaknya tak dapatlah nak cuba... next time lah...



Second day to Singapore, kali ini pegi ke zoo yang cuma letaknya bersebelahan dengan they all punya Night Safari. Pergi kali ini, naik public transport,, from hotel naik teksi, sampai Rochor road, then naik MRT all the way sampai Ang Mo Kio, from there naik bus ke zoo.... nasib baik public transport kat Singapore ni efficient.



      


Sebelum balik, singgah makan malam di Orchard Road. Saja nak tengok apa ada kat situ.. tapi takdelah pegi beli apa2 sebab tak rancang nak cari apa ( although ada jugak nak check out kalo2 iphone 4S dah keluar kat Singapore masa tu).

Overall trip memang menyeronokkan. Nak pergi mana2 senang. Nak cari tempat makan halal senang. even kat USS tu pun bilik sembahyang disediakan. Jadi takde reason untuk tertinggal sembahyang masa berseronok ... Masa trip ke zoo tu pun, we all ada tanya bilik untuk solat kat staff (non-muslim). Staff kat situ bagi guna first aid room untuk solat, same room for their muslim staff rasanya, sebab siap ada arah kiblat dan sejadah. Staff tu memang very friendly.

Dah tahu nak camna nak masuk Singapore ni next time boleh lah plan untuk pergi lagi. USS tu pun tak cover semua games, maybe next time boleh pergi lagi. Amacam ada berani???

p/s: Sempat jugak sambar baju budak2 kat Johor Premium Outlet. Actually outlet tu pun belum officially bukak time tu. Cuma guest yang invited je pergi untuk "sneak preview". Since we all dah lalu apa lagi, singgah jelah...  Bila lagi nak ke arah Johor ni pun...



No comments: