Wednesday 26 December 2012

I know what you did last Christmas!

Dengan nama Allah Helang mulakan entry ini.

Last weekend sempena cuti Krismas, Helang ambil extra leave hari Jumaat dan Isnin sebelum Krismas. Jadi memang long weekend for me. Tapi bukan untuk berjalan-jalan dan berehat, tapi untuk proses perpindahan barang-barang rumah Helang dari Melaka ke Shah Alam. Hubby dah deal dengan transporter untuk pack up dan load barang hari Jumaat. Dan transport the goods on Saturday. Sejak October hari tu dah bagi some boxes dan cellotapes untuk packing. Ingatkan kena pack sendiri dan the transporter cuma angkut barang. Rupa-rupanya they all tolong packing sekali. Helang punyalah every night dok packing segala sampai enam tujuh kotak lah jugak. Alih-alih on Thursday tu hubby cakap orang tu tolong pack jugak rupanya. Hampeh betul!!

Banyaknya barang. Ni baru separuh
Tapi barang-barang Helang bukan takat enam tujuh  kotak. Banyak okey? Sebab mengangkut almost all barang-barang kat rumah tu termasuk sofa, bed set, washing machine dan lain-lain.. end up memang banyak barang. Even weols pun pening jugak tengok. Tapi yang bagusnya, sebab the transporter staff ni experienced, sekejap je they all settle. Start packing dalam pukul  11.30 am gitu, then stop one and half hour for Friday prayer dan makan tengahari, pukul 2.30pm sambung semula. Pukul 6.30pm dah settle. Efficient, kan? If tengok dalam gambar ni memang banyak tapi senang je they all packing. Hoi, kalau tau yang Helang dah packing tu pun patut suruh they all je pack. Hohoho..

See, I told you barang weols banyak
The next day, Saturday, tak tahu kenapa lambat pulak lori datang. Patut pukul 11am dah start load barang dalam lori. Tapi pukul 12pm tak nampak bayang lori lagi. Barang-barang dah dikeluarkan ke porch supaya senang nak load dalam lori. Helang cuak jugak if hujan habislah barang-barang tu nanti. Tunggu punya tunggu dalam pukul 100pm akhirnya lori sampai. Alkisahnya lori tu telah sesat. Company tu dari Salak Tinggi so memang agak kurang familiar kawasan Melaka, tambah lagi kat kawasan perumahan. And you know what? Sekali dia hantar lori 10 tan daaa... Besar macam tu punya lori pun barang-barang Helang almost nak penuh jugaklah dalam lori tu. Itu pun transporter tu cakap if Helang bawak semua barang dalam rumah tu ( of which some memang weols sengaja tinggalkan), sure tak muat lori tu. Pukul 2.00 pm, settle load barang dalam lori. Helang suruh they all jalan dulu. Helang kemaskan apa-apa yan patut kat rumah yang dah tak berapa nak rupa rumah tu ( sebab dah kosong), then 2.30pm Helang and kids bertolak ke Shah Alam. Oh ya! Hubby dah pergi dulu ya pagi tu ( in case you all wondering lah) sebab ada orang nak pasang aircond.

Hambik kau! Sekali lori 10 tan daa.. tak muat jugak, tak taulah
Dalam pukul 4.30pm, sampai kat Shah Alam. Tapi kelibat lori tak sampai lagi. Risau jugak takut sesat, tapi alamat dalam consignment tu memang dah betul dah. Bila dah lambat satu jam around 5pm, weols mulalah cuak. Hubby siap tanya lagi betul ke orang yang sama datang punggah barang tu. Helang kata confirmlah, tapi dalam hati tu actually risau jugak sebab Helang dah sign consignment invoice. Alamak! Takkan kena tipu pulak.. Yang lagi buat weols risau kuasa sepuluh tu, kalau transporter head tu berkali-kali pun tak angkat. Wah! Ini tak boleh jadi ni.. Berkali-kali jugak Helang belek invoice nak tengok genuine ke tak.. tapi sepuluh kali tengok memang nampak genuine. So how?

Dah unload! Ni je ke?
At last dalam pukul 5.30pm gitu, sampai jugak all the transporter staff dan lori tu. Rupa-rupanya they all berhenti lama kat Dengkil sebab hujan lebat. Memang pun hujan masa kat hiway, tapi sebab Helang bawak kereta dan bukan lori 10 tan berisi barang-barang consignment, maka kuredah jualah hujan itu. Wah, leganya! Barulah bersemangat semula nak unload barang-barang.

Hah! Ada lagi kat luar tu!!
Sebab banyak sangat, dan kena pasang balik apa-apa yang dibuka macam katil dan wardrobe, all unloading settled around 9pm. Lama giler, kan? Tapi since perpindahan barang-barang berjalan dengan lancar, memang rasa lega walaupun sebenarnya tak sanggup nak fikir berapa lama untuk Helang settle kan unpacking pulak. Harus makan masa tiga bulan. Entah-entah lebih lagi!

The next day, Sunday. Cadang nak start unpacking sikit-sikit. Tapi sebab dah janji dengan my friend yang buat langsir nak jumpa untuk tempah langsir, lambatlah pulak pergi myols punya rumah baru itu untuk unpack. So, tak dapek den nak unpacking lagi. Proper unpacking starts on Monday. Itu pun nasib baik kids Helang dah 'park' kat rumah Aki dan Wan theyols, so dapatlah Helang and hubby sambung bersihkan rumah dan unpack sikit-sikit. Kebetulan some perabot yang weols dah order weekend before dah sampai, Helang buat-buatlah jakun dapat barang-barang tu, ala-ala makcik2 yang dapat perabot baru time raya. Tapi yang tak bestnya dining table macam ada scratch sikit. So how? Haruslah weols suruh theyols angkut balik polish ke apa ke yang patut sebab nanti nyesal plak asyik terpandang tempat yang ada scratch tu. Walaupun tak ketara if  tak tengok betul-betul. Tapi sebab dah nampak, nanti mesti asyik nak tengok je tempat yang ada scratch tu, kan? Dalam pada itu sempat jugak sambar dua helai carpets untuk living hall depan dan tv hall masa nak tukar lampu kat Puchong. Memang penat seh ke sana ke mari. Segala-galanya demi rumah baru.

If all touch ups by contractors are done dan all perabots dah lengkap, nanti Helang buat sneak preview ok? By the way, master bedroom memang tak buat apa-apa lagi, so buat masa ni weols akan guna guest bedroom dulu. Budget mak sudah lari daaa. Unless you all nak tolong top up kan mak terima dengan senang hati uols!!






2 comments:

SY said...

Dear, to read this actually makes me laugh and at the same time I cant hide my tears. I'm happy for you and yet I'm sad to let you go. I really miss those time we've shared together.

Anonymous said...

hi, can i kno how much the transporter service? including the 10 tan lorry and all. thank q.