Sunday 3 June 2012

Visit to Kuching, Sarawak - Part 1



Dengan nama Allah, Helang mulakan entry ni.

Sekarang ni Helang bersiaran dari Grand Magherita Hotel, Kuching, Sarawak dengan perut yang teramat penuh. Apasal? Nanti Helang cerita.

Memandangkan sekarang cuti sekolah, dan hubby pun dah janji dengan the kids nak bawak jalan-jalan naik kapal terbang, so weols pun cubalah untuk berjalan-jalan sekitar Bandar Kuching ni. Sebenarnya plan asal nak ke Sabah, tetapi sebab tak sempat nak betul-betul plan dek kesibukan masing-masing, so we all tukar direction ke Kuching. Considering ‘kononnya’ Kuching ni tak le besar sangat and boleh cover for 4 days 3 nights.

About 2 weeks before school holiday, hubby dah book flight ticket and hotel. So next is just to plan for itinerary. Helang ada jugaklah check out some interesting place and the foods especially dalam forum. Tempat-tempat seperti Pasar Serikin atau Satok, Semenggoh Wildlife Rehabilitation, Sarawak Cultural Village dan gua-gua around the city adalah some recommended place. Eateries  like Topspot Seafood, Raja Ayam Penyet dan Coffee-O Corner jugak menjadi sebutan para forumers blog visit Kuching.
So today, we all bertolak ke Kuchingdalam pukul 10.40am. Flight a bit delayed, patutnya take off pukul  10.05am, tapi ada  masalah teknikal. Dalam pukul 12.40pm, touchdown Kuching. First thing we all buat after dah ambil our car ( we all sewa kereta for whole three days – Helang dapat contact number from former Cari.com) we all check in kat hotel.  Masa kat airport tu hubbyadalah ambil some brochures about Bandar Kuching and map. Tapi tak membantu sangat. Cuma ada satu brochure tentang recommended place to eat siap dengan peta sekali, kat situ we all boleh identify some routes to certain place.

After dah solat jamak kat hotel, we all drove to sekitar waterfront dan melawat muzium. Cuba untuk cari Tourism Information Counter, tapi tutup sebab hari ni public holiday Sarawak. So weall decide to visits the museums yang terletak berdekatan antara satu sama lain – Etnology Museum, Sarawak Museum,  dan Islamic Museum. Tak pasti sama ada muzium tu memang tutup awal atau sebab public holiday dia tutup awal, pukul 4pm dah closed. We all sempat pergi etnology museum dan Sarawak museum je. Ingat nak pergi Muzium Islam sekali, tapi by the time keluar dari muzium kedua, dah pukul 4pm.

Helang dah bagitau kat hubby yang Helang nak pergi salah satu pasar sama ada Serikin atau Satok. Kena pilih salah satu je sebab both buka weekend sahaja da terletak at different locations. So hubbynak cari Pasar Satok sebab tu yang dekat. Helang macam ada baca somewhere kat one of the sites about Kuching, pasar satok ni buka 48 hours during weekend. Tapi bila sampai sana dan asked around , rupanya pasar tu buka sampai 1pm je. Terlepas pula nak beli ikan terubuk masin.

So we all end up berjalan-jalan sekitar waterfront je  sambil plan what to do the next day. Dah plan untuk ke Sarawak Cultural Village half day, then balik ke Kuching town untuk book river cruise dan naik river cruise to during sunset. And since the kids macam dah tired, we all decide to have early dinner. Apalagi, Helang terus ajak pergi Topspot Foodcourt – nak buat camna, I am a seafood lover.

Sebenarnya, Topspot ni tak jauh dari our hotel. Nak berjalan kaki pun boleh. But since we all memang dah berkereta dari waterfront tadi, so we all terus je lah ke Topspot tu ( dah nampak tempat tu dari time we all tengah cari hotel lagi – gila tak gilanya Helang nak try seafood kat sini). Kalau you all datang sini dan nampak gerai-gerai dia ada tulisan Cina, jangan le terkejut pulak. Sini banyak kedai nak cater the multi races, so they all letak juga tulisan Cina tu. Dan again, untuk memenuhi tuntutan kita as Muslim, kena jugak pastikan memang kedai itu betul-betul halal punya. Jangan main redah je. So, as recommended by some blogger/former, we all pilih gerai no. 33. Oh, ya, kalau ikutkan sebenarnya ramai juga yang recommend gerai no. 25, and masa we all datang tu memang gerai tu yang paling ramai pelanggan, but again, tak sure ada sijil halal ke tak. Helang pun tak dapat update dari Jabatan Agama Islam Sarawak. So supaya tak was-as, we all pun terus makan kat gerai no.33.

Kalau ikut recommendation, patutnya crab dan lobster is a must to be tried. Tapi malangnya takde pulak ketam time tu. Nak try lobster, Helang tengok muka hubby macam semacam je ( takut mahal ke?) So we end up ordered the usual seafood yang we all selalu makan ( itupun ikan we all mintak yang kecik je takut tak habis. So, we ordered udang masak butter, kepah masak sweet sour, ikan siakap ( belah dua) bakar dan sweet sour dan sup sayur. Sebenarnya nak try jugak sayur midin goreng belacan, tapi orang yang ambil order tu tak tulis pun ( geram), so takdelah pulak. Melepas juga nak makan sayur midin yang digembar-gemburkan sedap itu.

Licin we all kerjakan, kira tiga orang makan je tu...
Rasanya, kuantiti tu patut sedang elok untuk makan empat orang dewasa ( weols two adults and two kids) – so you can imagine how banyak we all makan. Memang by the time habis tu super duper kenyang. My kids, walau pun tak makan the seafoods ( they all makan nasi dengan sup sayur – ada fishball dan ayam so jadi lauk they all ler), tapi bertambah juga makannya. Alia ler, rasanya ada tiga empat kali juga tambah nasi. Tak  tau ler kalau memang lapar sangat sebab tak lunch ( we all yang lain makan dalam flight, time tu dia tidur. But lepas bangun ada makan biskut, so patut tak lapar sangat).
Oh ya, since Helang yang beriya ajak makan kat situ, Helang pun volunteer bayar ( tak nak hubby terkejut tengok bill). Tapi, for all those we ate, just costs RM69. So, not bad ler… bleh makan lagi. Hahaha….We all  balik hotel lepas tu dengan perasaan gembira and so full. That was the end of day one. Nanti Helang sambung cerita pasal trip to Kuching ni in my next post.

2 comments:

Nurmala Mazlan said...

Salam Helang,
Tumpang tanya...Pasar Satok tu dekat tak dengan Hilton Hotel? Jalan kaki jeks boleh ke atau kena naik transportation jugak? Lagi satu, Topspot tu dekat mana ye? Terima Kasih

Helangmerah said...

Salam Linda...
Pasar Satok tu dalam 10 minutes from there... memang kena naik car.. but it opens only during weeekends.. and sunday habis around 1pm. Lepas tu dah takde.
Topspot tu dah dekat dengan roundabout yg ada patung kucing. kalau you duduk kat grand margherita atau riverside majestic boleh berjalan kaki je.. kalau from Hilton memang kena naik car.. kalau tak salah, dekat jalan Greenhill. Landmark dia, sebelah dengan bangunan HASIL.