Friday 10 February 2012

Transformation towards excellence

Dengan nama Allah Helang start the entry.
Alhamdulillah, baru tadi berlansung ceramah sempena Maulidur Rasul di office Helang. Ya, we all keje hari ni walaupun hari ini hari Sabtu. Kat company Helang ni Sabtu minggu pertama dan ketiga je cuti. Yang lain2 kena keje half day.

Helang tak nak sentuh isi ceramah sebab you all pun mesti dah biasa dengar ceramah tentang Nabi SAW ni. Yang Helang nak kongsi adalah aktiviti itu sendiri. Dah lama Helang dan a few staff kat company ni suggest utk buat pengisian kerohanian kat sini. Bukan apa, Helang yakin salah satu aspek kecemerlangan dalam diri seseorang pekerja itu boleh dicapai jika dalamannya bagus. Jangan tanya pulak kenapa ada orang tak solat, tak amalkan ajaran Islam dan sbgnya masih boleh jadi pekerja cemerlang? Kena faham pulak whether ada keberkatan ke tidak dalam pekerjaan tu? Wallahua'lam.

Memandangkan our CEO punya vision supaya we all buat transformasi ke arah kecemerlangan, maka Helang pun adalah 'cucuk'2 HR manager supaya masukkan program2 kerohanian macam ni dalam aktiviti transformasi tu. Dan alhamdulillah, dah 2 kali ceramah agama diadakan pada hari sabtu bekerja. Helang harap lebih ramai staff company Helang ni akan lebih menjadi a better Muslim sekaligus jadi orang yang lebih cemerlang.

Dan alhamdulillah juga dah 3 kali department Helang buat bacaan yassin setiap Jumaat. Helang nak cuba cara lain sket untuk transform my department to be better. Tak kisah orang lain nak kata apa. Ada juga Helang buat perubahan dari segi communication, the way we all buat kerja dsbgnya tapi nak cuba juga suntikan spiritual ni. Alhamdulillah dari segi togetherness tu nmpak bertambah baik. Tapi Helang nak capai matlamat CEO to create team that works, not just teamwork. Mudah2an Allah permudahkan urusan kerja kami.

No comments: