Wednesday 8 February 2012

Cuti Maulidur Rasul dan Pertunangan Cousin

Dengan nama Allah Helang mulakan entry ini.

Weekend lepas adalah weekend yang best bagi kebanyakan orang kat Malaysia ni. Apa taknya long weekend... dari Sabtu sampai Selasa ( atau sampai Isnin bagi certain states) cuti. Hari Ahad adalah cuti Maulidur Rasul ( digantikan ke hari Isnin) . Selasa pulak Thaipusam, so certain negeri memang cuti. Melaka je tak cuti hari Selasa. Tapi Helang rasa best tanpa gangguan kat pejabat sebab headquarters dan pejabat-pejabat berkaitan cuti.
Cuma kalau you all perasan, Ahad tu orang Islam menyambut Maulidur Rasul, then Isnin orang Buddha menyambut Chap Goh Meh, sambung ke Selasa orang Hindu menyambut Thaipusam.. memang satu Malaysia sungguh!

Bercakap tentang Maulud Nabi ni, apa agaknya aktiviti you all? Ada tak yang pergi perarakan Maulud Nabi kat tempat masing-masing? Bagi Helang, sebenarnya mengingati Nabi s.a.w kita kena hari-hari. Tak perlu tunggu ada hari-hari tertentu. Jangan lupa berselawat selalu setiap hari. Kalau terlupa dek kesibukan urusan seharian, sebelum tidur, ambil masa untuk berselawat dan mengingati pengorbanan Nabi  s.a.w kita tu. Insya-Allah, Nabi pun akan ingat kita dan memberi syafaatnya kat akhirat kelak. Helang sebenarnya masih belajar untuk mengenali dengan lebih dekat Baginda s.a.w. Kerana kekangan waktu dan jarang keluar rumah (untuk dengar ceramah dsbgnya), Helang lebih menumpukan pada pembacaan buku-buku berkenaan Baginda.  Antara buku yang Helang suka baca adalah "Nabi Muhammad S.A.W Al Quran Berjalan : Rahmat Bagi Seluruh Alam" karangan Dr Abdullah Aidh ( penulis buku Jangan Bersedih). Buku ni lebih kepada sirah dan dari cara penulisan dapat kita lihat bahawa penulis memang seorang yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w. Alangkah bagusnya kalau kita pun ada rasa cinta yang mendalam macam tu. Tapi tulah.. Helang pun belum sampai tahap tu... ( Mode insaf sekejap).

Pada hari Maulud Nabi itu juga Helang berkesempatan balik kampung ayah kat Karak untuk meraikan pertunangan cousin Helang, Azizah. Anak kepada Mak Teh, adik ayah. Tunangnya pun orang Karak, jadi takdelah jauh sangat dan susah nak balik beraya (hohoho..). Jom tengok apa berlaku pada majlis tu...
Tengah menunggu rombongan belah lelaki...
Alia pun nak jadi cameragirl jugak!
Mak Su (Kucing Itam) ni tak habis2 lagi ke setting camera?
Pelamin dah ready... mana bakalnya??
Ok, rombongan dah sampai.. macam nak nikah pulak!
Sessi menyarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua.. ayu sungguh Azizah dalam persalinan ni..
Mak Teh dan Azizah... mesti happy tak lama lagi bakal terima menantu...

Memandangkan anak-anak yang dah bersekolah dan Melaka tak cuti hari Selasa, Helang dan family terus balik lepas habis acara.. Lepas ni mengira hari untuk hari nikah pulak... akan turun lagi ke Karak, insya-Allah..

P/S : Adik-adik Helang yang 5 orang tu bilalah pulak?? Takkan pegi kenduri orang je....

2 comments:

Ini Mashi said...

kalo x setting btol2 x cantek la gambo...aishh...

Helangmerah said...

So, mane gambonya???