Saturday, 23 November 2013

Jalan-jalan cari breakfast

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah ni mulahlah banyak jemputan kenduri kahwin. Tak ketinggalan Helang ni. Sabtu 23 Nov 2013 Helang ke Pahang untuk kenduri kahwin cousin Helang. Memandangkan kat Temerloh je, kitorang takdelah perlu keluar awal sangat atau ribut nak bermalam di mana-mana.

So, pagi-pagi tu hubby cadang weols cari tempat baru untuk breakfast. Sebab nak ke Pahang, antara location yang on the way ke sana dari Shah Alam adalah Sg Buloh, Kota Damansara dan Kepong. Tapi yang paling mudah tentunya Sg Buloh.

Cari punya cari (sampai sesat jalan), kitorang jumpalah satu restoran ni. Dari luar memang nampak menarik. Masuk dalam pun terasa cosy. Interior menarik. So takdelah ragu-ragu sebab nampak bersih.

Nama restoran tu Tempayan. Menu breakfast actually standard je. Tapi most of it dah dihidang, so memang ambil sendiri atau self-service kecuali drinks. Memandangkan my kids yang tak adventurous when it comes to food, so theyols order menu standard - roti canai.

Helang adalah meninjau- ninjau jugak what's available. Waktu breakfast ni selain roti canai, ada juga nasi lemak bungkus, soto, laksa dan lontong. Waktu tu dah jam lebih kurang 8.45 pagi, tapi nampaknya pekerja-pekerja dah mula menghidang lauk tengahari ( mungkin jugak sebab tak jauh dari industrial area, ada pekerja kilang yang nak tapau lauk tengahari awal).

So, Helang decide untuk makan soto while hubby ambik favourite dia - lontong. Dari segi rasa, memang ok. Lagi ok sebab kuah tu kita yang ambil sendiri, jadi suka hatilah nak ambil banyak mana. 

Maybe next time weols kena buat trip untuk lunch or dinner - sebab ada western corner, maybe tu untuk malam kot. Lagi satu, dalam business card ada mention tentang masakan Cina Muslim dan masakan tomyam (ala Thai agaknya). Overall, if you all jenis yang pentingkan tempat yang cosy lagi bersih dan tenang, bolehlah berkunjung ke restoran Tempayan di alamat ini:

7398, Tgkat Bawah,
Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh
47000 Sg Buloh, Selangor
Tel: 03-61512221
Facebook:www.facebook.com/tempayan.tempayan

Tuesday, 19 November 2013

Harimau mati meninggalkan belang...

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa sedang menyelusuri FB hari ni, tiba-tiba ternampak satu posting tentang seorang anak muda bernama Ahmad Ammar. Kalau ikutkan selalunya Helang memang malas nak bukak video posting sebab malas hahaha.. merepek apakah aku ini? Tapi entah kenapa sambil breakfast nasi goreng cilok from rumah my mom tadi terasa pulak nak bukak video tu ( from youtube sebenarnya). Lagi hairan sebab bila youtube tu tulis dalam kenangan ( 1993-2013), hati tertanya-tanya siapa sebenarnya dia.

Maybe sebab wifi tak berapa bagus kat pantry  tu tiba-tiba video from youtube tu terputus. Helang decide untuk cari siapa sebenarnya anak muda ini. Bila membaca blog Ustaz Hasrizal kat sini, baru tahu siapa budak yang muda 15 tahun dari Helang ni. Can you imagine for such a young age, he touches the heart of many people walaupun tak kenal secara direct? Bacalah tentang Ammar, dan baru hati keras tu akan terasa betapa insafnya diri ini yang tak menyumbang apa-apa pun, bukan sahaja negara, hatta masyarakat sekeliling pun.




Jangan ingat kubur tempat persemadian arwah Ammar ni tidak signifikan dan biasa-biasa je. Tahukah anda bahawa tak pernah dalam sejarah ada rakyat asing disemadikan di kawasan perkuburan yang di dalamnya ada sahabat ternama Nabi S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansari r.a. Tapi kerana Ammar telah menyentuh hati ramai orang termasuk ketua daerah Eyub di Turki itu ( if x salah - maybe Helang kena check fakta ni), maka buat pertama kalinya seorang rakyat Malaysia dibenarkan dikebumi di sini.

Helang tak nak cerita panjang tentang arwah Ammar ni, sebab ceritanya korang boleh dapat dalam banyak blog postings. Helang just nak share supaya korang tahu dan tak jadi ignorant like I used to be. Beruntung ibu bapa arwah Ammar. Dan Helang juga berharap supaya my kids pun tergolong dalam orang2 yang diberi keberkatan oleh Allah. This is like a slap on my face and I hope I become better mother to my kids.

Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Wednesday, 16 October 2013

Korban : Siapa yang berkorban dan siapa yang dikorbankan?

Assalamualaikum..

Dua hari lepas semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sebut pasal Aidil Adha, automatiknya kita akan kaitkan dengan aktiviti korban. Macam biasa, Helang and family kecik Helang sambut raya di Banting.. dan of course ada aktiviti korban bersama2 saudara-mara di Kanchong Darat. Tumbang lembu seekor je pun. Diorang tak nak buat banyak-banyak, sebab nak jadikan ini aktiviti tahunan, jadi tiap-tiap tahun lain orang yang berkorban. Kat masjid Banting pun ada dalam 14 ekor lembu korban, tapi sebab weols kat kampung, takdelah pulak tengok aktiviti korban kat masjid.

Family kecik  Helang masuk korban yang pakej EzQurban untuk kelainan. Sebab rasanya orang-orang kat tempat yang tengah bergolak macam Rohingya, Palestin, Syria tu lebih memerlukan. Petang raya tu, 9 Zulhijjah, ada tengok tv tentang umat Islam yang dah start wukuf di Arafah. Rasa sayu pulak dalam hati sebab terfikir bila giliran Helang ( ikut daftar Tabung Haji , pergi tahun 2021.. huissh.. lama lagi). Maybe untuk ubat kerinduan kat Masjidil Haram, patut pergi umrah sekali lagi.


So, you alls ada buat korban tak tahun ni? Helang notice every year makin ramai ada kesedaran untuk buat ibadah korban. Tak lah macam dulu-dulu. Ada yang ingat buat ibadah korban sekali je seumur hidup. Kalau ada rezeki lebih, nak buat tiap-tiap tahun pun tak mengapa. Daging korban tu boleh sedekah pada yang memerlukan. InshaAllah, Allah bagi pahala. Yang penting kena ikhlas dan bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Dan kena ingat baliklah sejarah ibadah korban ni.. tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Motif Helang
ala-ala Ustazah plak ni?



Oklah.. saja tak nak biarkan blog ni naik sarang labah-labah. Jumpa lagi di sessi lain..

Tuesday, 17 September 2013

KOSONG..

Bismillahirrahmanirrahim...

Kenapa kosong?
Sebab bukan satu atau dua.
Sebab bukan penuh atau separuh penuh.

Tak tahu kenapa Helang hilang motivasi dalam kerjaya. Sejak bulan puasa hari tu. Till now. Macam dah tak ada arah tuju dan matlamat dalam kerja. Macam ada love-hate relationship dengan current company. Sometimes rasa nak leave, but sometimes rasa sayang. Dah quite a while kat sini. I think it's time to make a move. But to where? Kena think again and put some consideration. Problem is, tak tau what do I want now? The problem lies within me. Kena muhasabah diri mencari persoalan dan jawapan. Hope I can end this as soon as possible. Tak best jadi kapal yang takde hala tuju.

Wednesday, 14 August 2013

Aidilfitri Tahun 2013

Assalamualaikum...

Walaupun hari ni dah hari ke 8 bulan Syawal ( dah masuk kerja semula pun!), rasanya belum terlambat untuk Helang ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Awal2 raya tak boleh nak update apa2... Biasalah, sibuk beraya. Lagipun ambik iktibar iklan raya Maxis tahun ni dengan tagline - the best way to connect is to switch off...hohohoo... switch off lah sangat.. Sempat jeling2 FB  dan on Whatsapp.. Agak2 boleh fully disconnect ke?

Agenda raya tahun ni sama je macam tahun-tahun lepas. First day raya memang kat Banting, rumah mertua. Malamnya tu shoot to Temerloh, tidur kat sana dan mula beraya sekitar Pahang ( Temerloh dan Karak je) sepanjang hari raya kedua sambil menghala balik ke KL. Tapi raya tahun ni ada beza sikit dari tahun-tahun lepas. First, my grandma dah takde, so berjalan raya ke rumah pakcik-makcik dan sedara ayah/mak je. Parents tetap balik kampung walau dah tak ada orang tua sebab nak make sure silaturrahim dengan saudara-mara yang masih ada tak putus. Tahun2 depan tak pasti pulak macam mana. Entah2 diorang yang balik duduk kat kampung tak?

Secondly, since dah duduk kat Shah Alam ni, on the way balik dari Pahang tu we all balik rumah dulu dan tidur kat rumah masa malam raya ketiga tu ( sampai KL dari Pahang pun memang dah malam). Kalau tahun-tahun sebelumnya dari Pahang balik ke Banting semula dan sambung raya sana sampai cuti habis atau take one day raya kat PJ before balik Melaka. Rasa lega betul dapat balik rumah sendiri in between tu walau kejap, boleh basuh baju/kemas beg/rumah, dan apa-apa yang patut before sambung raya kat Banting semula. Tapi tahun ni we all pagi raya kelima dah balik rumah sebab nak melawat saudara-mara sekitar PJ/KL pulak. Kebetulan pakcik yang duduk Geneva ada kat Malaysia sampai Rabu, 13 Aug, we all try to catch him dan beraya ke rumahnya.

Maybe one of the weekend dalam bulan Syawal ni nak ke Melaka pula. Walaupun tiada saudara-mara kat sana, nak jenguk rumah dan ex-babysitter. They all pun dah tanya bila nak turun Melaka. Hectic gak bulan ni.

Monday, 5 August 2013

Ramadhan 2013 hampir ke penghujung..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dah 28 Ramadhan. Tinggal sehari saja lagi untuk umat Islam merayakan kemenangan dalam bulan Syawal. Persoalannya adakah kita benar-benar sudah menang? Adakah kita benar-benar meraikan Ramadhan kali ini? Adakah malam-malam kita terisi dengan amal ibadah yang mendekatkan diri pada Allah?

Sedih pula rasanya... sangat kerdil rasanya sebab masih lemah iman di dada. Tak pasti sama ada amalan-amalan tahun ini Allah bagi markah berapa. Itupun kalau ada markah lah.. Kalau tidak? Rugi-serugi ruginya sebab tak cukup kuat merebut peluang dalam bulan berkat ini. Dan tahun depan tak pasti boleh berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang.

Dan malam ini, aku hanya ada satu malam je lagi.. sebelum terpaksa mengucapkan selamat jalan pada Ramadhan.. Aduh! Betapalah lemahnya aku sebagai manusia biasa!



Friday, 19 July 2013

Kehilangan dan kematian..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak terlambat lagi rasanya untuk Helang ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa pada semua. Walaupun dah masuk hari ke-10 ( dah satu pertiga bulan? Masya Allah), nampaknya Helang masih belum masuk " gear 4" pun lagi. 

Ok, kita tinggalkan bab Ramadhan. Helang dan schoolmate MRSM batch SPM 95 dikejutkan dengan pemergian salah seorang dari rakan kami, Shaiffu Bahari atau digelar Sepu. Arwah dikatakan kena heart attack dan juga ada  darah tinggi. Yang paling sedih tentulah wife dan 3 anak-anaknya yang masih kecil.

Pemergian arwah memang satu bukti bahawa kematian tak kenal usia. Apatah lagi diwaktu semuda 35 tahun dah ada pelbagai penyakit. Helang just hope kitorang yang tinggal ni ambil iktibar dan beringat selalu tentang kesihatan.

Kepada Norlida, harap bersabar dengan dugaan kerana Allah lebih menyayangi Sepu. Sepu bertuah diambil dalam bulan yang penuh berkah ini. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman, Al-Fatihah untuk arwah.

P/s: Teringat my best friend, arwah Intan Mazwin yang juga sama MRSM. Al- Fatihah untuk arwah.