Wednesday 16 October 2013

Korban : Siapa yang berkorban dan siapa yang dikorbankan?

Assalamualaikum..

Dua hari lepas semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sebut pasal Aidil Adha, automatiknya kita akan kaitkan dengan aktiviti korban. Macam biasa, Helang and family kecik Helang sambut raya di Banting.. dan of course ada aktiviti korban bersama2 saudara-mara di Kanchong Darat. Tumbang lembu seekor je pun. Diorang tak nak buat banyak-banyak, sebab nak jadikan ini aktiviti tahunan, jadi tiap-tiap tahun lain orang yang berkorban. Kat masjid Banting pun ada dalam 14 ekor lembu korban, tapi sebab weols kat kampung, takdelah pulak tengok aktiviti korban kat masjid.

Family kecik  Helang masuk korban yang pakej EzQurban untuk kelainan. Sebab rasanya orang-orang kat tempat yang tengah bergolak macam Rohingya, Palestin, Syria tu lebih memerlukan. Petang raya tu, 9 Zulhijjah, ada tengok tv tentang umat Islam yang dah start wukuf di Arafah. Rasa sayu pulak dalam hati sebab terfikir bila giliran Helang ( ikut daftar Tabung Haji , pergi tahun 2021.. huissh.. lama lagi). Maybe untuk ubat kerinduan kat Masjidil Haram, patut pergi umrah sekali lagi.


So, you alls ada buat korban tak tahun ni? Helang notice every year makin ramai ada kesedaran untuk buat ibadah korban. Tak lah macam dulu-dulu. Ada yang ingat buat ibadah korban sekali je seumur hidup. Kalau ada rezeki lebih, nak buat tiap-tiap tahun pun tak mengapa. Daging korban tu boleh sedekah pada yang memerlukan. InshaAllah, Allah bagi pahala. Yang penting kena ikhlas dan bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Dan kena ingat baliklah sejarah ibadah korban ni.. tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Motif Helang
ala-ala Ustazah plak ni?



Oklah.. saja tak nak biarkan blog ni naik sarang labah-labah. Jumpa lagi di sessi lain..

2 comments:

helmihamdan said...

Assalamualaikum kak,
ape maksud EzQurban tu, n mcmane buat nye?

Helangmerah said...

NI mesti tak tau sbb tak dengar IKIM.fm ni, hehehehe...

Sila pergi website ini :

www.ezqurban.org

Untuk ibadah korban dah habis untuk tahun ni. But if nak buat akikah boleh je, sepanjang tahun ada.

Salam.