Tuesday, 14 August 2012

Ramadhan tahun ini..

Dengan nama Allah Helang post entry ni.

Korang mesti pelik sebab Syawal dah nak habis Helang baru nak cerita pasal Ramadhan. Bukan apa, selain entry yang lepas tu, Helang nak cerita kekesalan Helang tentang Ramadhan tahun ini. Harap jadi iktibar pada siapa yang membaca.

Helang ada bagitau yang hubby Helang ke Paris dalam dua minggu pertama Ramadhan lepas. Jadi, dah jadi ibu tinggal ni, semua dari A to Z memang jatuh pada Helang. Dari celik mata sampai tutup mata semua urusan sendiri. Mujur juga tahun ni Aiman nak puasa. Tapi untuk ajak dia sahur tu, Helang kena angkat dia turun ke dapur. Itu memang aktiviti setiap pagi. Jadi pagi2 lagi dah keluar peluh.

Lepas balik kerja pulak bergegas bslik ke rumah nak masak makanan berbuka Aiman. Aiman punya je, mak dia punya beli je kat param. Sebab? Aiman sangat cerewet makan. Tiap-tiap tengahari after ambil dia dari sekolah dah ambil order dia nak makan apa. So if dah ambil order tu jangan harap nak tukar menu lain ye. Nanti dia tak makan. Badan pun dah tinggal tulang ala2 budak Somalia.

Lepas berbuka dan solat if Aiman dan Alia ada homework, kena duduk sekali tengok they all buat homework. Around 9pm onwards ajak solat Isyak dan temankan budak- budak ni tidur sambil buat tarawikh kat bilik they all. Selalunya habis solat je the kids has asleep, turun bawah balik lipat baju ke, kapur kasut ke, kemas dapur ke, etc. so by the time sendiri nak tidur memang sangat dah tak larat dan letak bantal je terus zzz.. Pagi bangun again jam 430am.

Apa masalahnya di sini? Kerana kepenatan, Helang akui jarang dapat buat solat2 sunat yang selalu Helang buat Ramadhan tahun lalu. Kalau terlalu penat dan mengantuk pun kadang2 skip jugak solat tarawih. Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terbaik yang Helang lalui. Bila masuk Syawal tak puas hati dengan amalan2 sendiri.

Ada juga bercerita dengan my mum tentang condition Helang ni. My mom said, masa dia dulu time kecik-kecik, dia cuma dapat buat amalan wajib je. Bila dah tua dan anak2 dah besar ni barulah boleh buat yang sunat2 tu. Tapi kena redhalah sebab tanggungjawab pada anak2 dan rumah tu kategori wajib. Sementelah hubby takde tu memang dah amanahkan Helang untuk jaga anak2 dan rumahtangga sebaik mungkin. Bila dia balik pun keadaan tak jauh beza sebab dia berulang-alik Melaka-KL, jadi tak sempat jugak nak tolong-tolong sangat hal rumah kecuali kapur kasut dan check buku anak.

Lepas dah luahkan pada mak ni rasa lega sikit. Harap-harap Ramadhan tahun depan akan lebih baik dari tahun ini. Itupun kalau Allah izinkan Helang jumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Time-time ni untung betul siapa ada pembantu. Yang takde pembantu tu dan kena buat semua kerja sendiri jangan risau, anggaplah Allah nak bagi pahala lebih pada you all.

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan di tahun 2012

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Dah masuk hari ketiga umat Islam berpuasa di Malaysia ni. Kena sebut kat Malaysia sebab umat Europe dan Arab dah masuk hari keempat berpuasa. Puasa kali ni agak berlainan dengan tahun-tahun lepas. Kenapa ya?
My other half tiada di Malaysia, tapi untuk dua minggu pertama puasa je lah. 5 August nanti he'll be back. Yang tak seronoknya bila jarang update blog ni tang nak kena update things lah... Sebab tu kalau Helang tak cerita pasal apa hubby takde kat Malaysia mesti catatan ni macam tergantung je..

My hubby akan ditransfer ke project RAPID. Still bawah Petronas, tapi bukan lagi menjadi staff Melaka. Project RAPID ni kat Pengerang, Johor. Now under design stage, consultant dari Paris. Sebab tu now he's in Paris, attending meeting and review design ( ye kot?) selama tiga minggu. And yes, I am hubbyless for three weeks dan kebetulan pulak waktu bulan puasa ni. Nant bila dia balik pun dia akan station kat KL. So, I'll be weekend wife je lah ( kalau dia tak balik hari during weekdays ).

Bila hubby dah kena transfer ni automatic Helang kena adjust dengan life with kids alone so long as my hubby not around. Jadi boleh lah bayangkan betapa sibuknya Helang day in day out sebab kena uruskan sendiri hal rumah dan anak-anak ye, belum campur hal ehwal tempat kerja lagi. Penat, memang penat. Tapi ni jalan hidup yang dah dipilih, adalah sebab dan musababnya yang hanya Allah yang tahu.

Since my hubby dah transfer KL ni, agak-agak Helang akan follow suit tak?? Hohoho... rahsia. Nanti bila ada perancangan dan eveyrthing went ok baru Helang cerita ya? Memang tahun ni akan ada perubahan dalam my life. Tapi tunggu jelah... kita merancang, yang menentukan Tuhan jua.....

P/S : Before puasa sibuk dengan annual dinner dan pergi Sukan Kerja Raya tambah dengan closing dan audit. Nanti Helang update in the next post. Tak sempat tau, memang busy yang amat semenjak dua menjak ni. Sabar je lah...

Thursday, 5 July 2012

Setelah sepurnama....

Dengan nama Allah, Helang mulakan post.

Mesti you all hairan je sebab Helang ni macam biskut Chipsmore.. sekejap ada, sekejap takde. After a month last entry, now baru nak update balik. Bukan apa, kekangan masa ( takde excuse lain hohoho).. Start daripada tengah bulan June sampai sekarang, memang sangat sibuk. Semua nak datang bertimpa-timpa.

Company Helang nak listing ( rasanya ada sebut dalam one of the entries), jadi we all kat finance ni dikerah untuk mempercepatkan secepat-cepatnya proses untuk audit dan keluarkan signed audited report. So, sejak minggu terakhir bulan June external auditor datang buat interim audit ( supaya time final nanti tak banyak dah kena check). Kitorang lepas tu cepat-cepat tutup akaun end of financial year sambung pulak untuk final audit minggu pertama July. Takde break.

Nak dijadikan hal, time-time tu pulak internal audit dan consultant risk management sibuk nak buat audit jugak. Aiyoh! Cam takde masa lain. Then, 7 July ni ( bersamaan esok waktu entry ni ditulis), company nak buat annual dinner. Hello!!! Group jugak nak weols close account dan audit and finalise figures cepat-cepat ( by end of July). Tapi kenapa nak sibuk buat annual dinner plak time ni?? Tak nak bagi weols enjoy ke? Karang tak pergi or tak join apa-apa program, kata tak support aktiviti Group lah. Tapi yang you alls dera weols kat finance ni tak pe pulak?? Aiyoo!!

Nak ikutkan tensi, memang tensi. Tapi sempat jugak tu join saringan untuk Sukan Kerja Raya, and guess what? Helang akan join group bowling wakil company Helang ni ( tapi jangan tanya whether main atau reserve. Helang tak decide lagi huhuhuhu).

Itu belum masuk time Helang cari baju untuk annual dinner lagi. Oh ya! Tema tahun ni retro. Macam tak de tema lain. Taulah company ni banyak orang2 'lama'. Nak layan nostalgia ler tu.. Ha, tapi yang kelakarnya... before decide nak pakai apa dan macam mana, Helang adalah google-google baju-baju untuk tema retro ni and mostly Helang baca blog-blog orang yang blogging about their annual dinner with retro theme. Semuanya lebih kurang ala-ala sama entry style. Mula-mula, blog pasal apa nak pakai, nak cari idea macamana, etc. Then, baru blog on the annual dinner itself, dema pakai apa, and put some pictures as the evidence.

When Helang start the gear to find ideas for the retro theme, Helang rasa seolah-olah dejavu as whatever has been blogged tu memang Helang lalui jugak. I mean, annual dinners with theme are all the same regardless what company. If kita nak follow the theme, of course kita akan start fikir apa nak pakai, kat mana nak cari baju, apa make-up style, etc. Tambah pulak ada geng yang sama in to it ( SY ler tu).I can't believe I am so beriya-iya pulak tahun ni nak follow theme.. ehem!! ( Actually cos I think this might be my last dinner at current company, hohoho).

So, what i would be wearing on the annual dinner night?? Nantilah ya.. Pada masa ini baju itu belum diambil lagi waaaaa!!!?

P/s: Tiba-tiba takde mood pulak coz hubby baru beritahu dia disuruh ke Paris for two weeks starting from 16 July. Huarghh!! Nanti first week puasa dia takde :(

Wednesday, 13 June 2012

Ramblings...

Dengan nama Allah Helang post entry ni.

Company Helang akan mengadakan 'annual dinner' this coming July. So when the committee asks for themes, Helang pun suggestlah theme yang best2 macam fairy tale ke, arabian nite ke, at least nak ada kelainan sikit.

Actually if either theme terpilih, Helang dah plan nak pakai macammana ( berangan tak?). Kalau theme fairy tale nak jadi Red Riding Hood ( red is my colour, kan?). Yang macam Amanda Seyfried tu. Dress inside the hood tu boleh pakai dress biasa je... Then pakai tudung cream or black.

If arabian nite lagi senang. Just pakai jubah cum dress, tudung dan tambah penutup muka je ( dah jumpa pun kedai nak beli benda alah tu). Ha, kan best? Yang penting 'aurat compliance' huhuhu....

Tapi tulah, kalo dah dok kat company 'orang lama' ni, retro je lah theme nya. Nostalgia kaedahnya... Dah meraban nak cari baju ala2 retro. Dah google pun tak membantu sangat... Banyak tak sesuai dengan myself yang pakai tudung ni. Camno??

P/s: Sebenarnya dah ada idea jugak nak pakai camna, tapi boleh jumpa the dress or not tu yang tau lagi...

Wednesday, 6 June 2012

Visit to Kuching, Sarawak - Part 4

Dengan nama Allah Helang post entry ni.

Now tengah tunggu flight balik KL. Pagi tadi after breakfast, we all just jalan-jalan around Main Bazaar dekat Kuching Waterfront for more souvenirs. Frankly speaking, sebab dalam mind dah set untuk shopping je, so memang agak sakan jugak we all beli souvenirs.

I've never been so rambang mata tengok all those handmade crafts. But today, macam tak puas beli barang-barang. Sebab we thought our parking coupon will last only for one and half hour, so laju jugaklah masuk dari satu kedai ke satu kedai. I wish we have more time and agak menyesal jugak did a last minute shopping.

Dah beli barang-barang tu we all balik hotel untuk packing dan check out. Since baru 12pm ( our flight 4pm), we all pegi balik ke Kampung Gersik to buy more kek lapis ( dah plan hari tu kan?). Since nak pegi sana by car we all lalu area Satok, cadangnya nak singgah makan kat Raja Ayam Penyet - last kopek try to eat banana cheese.

But apparently Raja Ayam Penyet tu tutuplah pulak. So we all makan kat Kopi-O Corner jelah. Kat sini takde banana cheese, so melepas jugak nak makan foodies tu. Balik ni haruslah Helang cari resipi tu untuk buat sendiri. Nak tunggu datang Sarawak lagi entah bila. Dah nak balik ni barulah nak try makan laksa Sarawak ( hubby and kids makan mee kolok).

So that's about it - our trip to Kuching and around. Hopefully next time, when the kids grow up nak datang lagi for a more adventerous and more nature trekking. Insya- Allah...

P/s: Yang tak best after balik from holiday ni is the fact that your life goes back to normal and routine life. Bosan, kan?

Tuesday, 5 June 2012

Visit to Kuching, Sarawak - Part 3

Dengan nama Allah, Helang bersiaran lagi dari bumi kenyalang. Hoh, macam beriya benar le bunyinya.

Hari ketiga ni kononnya nak keluar awal sikit. Tapi biasalah, bila tak ikut itinerary orang, ada jelah masa-masa keretapi tergelincir dari landasan. Supposed today we all ke Semenggoh Nature Reserve to watch the orang utan. And we did go there early morning. But not early enough to catch the morning feeding time session which was about 9am. Sampai tu dah pukul 9.30am, tanya orang kaunter tu dia tak encourage pergi takut dah takde orang utan tengah makan. Sebab selalunya nak catch a glimpse of them memang payah dan sekejap. So kena tunggu the next feeding session which is about 3pm.

So, we all terus ke Jong’s Crocodile Farm – which was about 15 minutes from Semenggoh tu. Ha, yang ni memang sempat catch feeding show time, sebab waktunya pukul 11am. Lepas keluar dari Jong’s Crocodile Farm tu, dah dekat pukul 12pm. We all cari tempat makan, had our lunch, berhenti solat dan terus ke Semenggoh semula. Sampai-sampai dah pukul 2pm… just nice, sebab nak masuk dalam tu jauh jugak sikit ( nasib baik boleh bawa kereta). Sebab show konon-kononnya ( macam banyak pulak ku guna perkataan ni) pukul 3pm, ada banyak masa lagi, we all pergi tengok gallery orang utan dulu. Adalah dalam pukul 2.30pm tu, kebetulan ada dua ekor orang utan ( mak dan anaknya) ada berdekatan, so penjaga rizab tu panggillh dua ekor orang utan itu untuk makan. So we all pun macam jakunnya ( not me! Other people with dslr camera.. huhuhuhu) tengok lah orang utan itu makan.

Itu macam nasib baik je tau. Sebab bila actual time 3pm tu, we all dibawa masuk ke dalam lagi (nature walk – I like!) untuk feeding time yang sebenarnya, takde pulak orang utan yang datang. Tapi guard yang bagi briefing tu pun dah bagitau, ikut luck je nak tengok orang utan feeding ni. Kadang-kadang ada few factors buat dia tak muncul ( maklum pemalu). Dalam kawasan reserve tu ada lebih kurang 22 ekor orang utan je. So tak banyak.

Dalam pukul 4.30pm, we all gerak balik dari Semenggoh ke town semula. Memandangkan today dah plan nak keluar dinner with my ex-junior Maahad yang dah bermastautin di Sarawak, Imi, we all pun balik hotel je terus, tak singgah mana-mana lagi. The kids pun tak sabar-sabar nak berendam dalam swimming pool ( they all memang, pantang dok hotel, mesti nak mandi swimming pool juga). So, tu jelah activity di Borneo ni for today. Walau dua tempat je pergi, tapi peluh satu badan ni  memang tak hengat… So, cukuplah… kalau ke Bako National Park mau makan satu hari suntuk jugak kat sana…. Itu next time lah… teringin jugak coz nampak view dia macam best. Esok, nak balik… tapi pagi tu nak round lagi bazaar nak beli more souvenirs and ke Kampong Gersik tambah kek lapis!! 




Monday, 4 June 2012

Visit to Kuching, Sarawak - Part 2


Dengan nama Allah, Helang mulakan entry.

Kalau ikutkan sebenarnya nak tidur dah ni. Sebab esok nak start the day as early as possible to have more time visiting places around Kuching ni. Apparently, since we all on our own ( sebab ada rented car), today we all keluar berjalan after breakfast around 9am plus jugak. Tapi sebab destinasi ke Sarawak Cultural Village tu dalam 45 minutes je, so sempat make rounds and catch the cultural show on time.

Mount Santubong fromSCV
Okay, let me story-mory to you what we did on or second day in Kuching/Sarawak. Today, our first visit in the morning adalah ke Sarawak Cultural Village, letaknya di kawasan Damai, Santubong. Hah, dah memang nama Santubong ada kat situ, of course you can see the Mount Santubong before your eyes kat situ. SCV ni, the place where you can see the houses of multi-ehnic kat Sarawak ni. It’s about nearly half day tour jugak, if you take your own sweet time to enjoy the houses and the ‘people’ yang ada kat situ. Cultural show ada dua session : one at 11.30am and next at 4.00pm. Takkan le we all nak tunggu for the second session, kan? The rounds/tour around the houses ( Melanau, Bidayuh, Ulu, Penan, Melayu and Chinese) took us about one and half hour (rasanyalah, lupa laks) and by the time sampai last house, it’s nearly 11.30 m and we all dah dengar bunyi loceng dibunyikan tanda show dah nak  mula.   
Okey, yang tak bestnya, since the show buat dalam theatre ( ala-ala dalam panggung wayang gitu and of course gelap), Alia tak mau masuk – nangis2 le pulak. So terpaksalah Helang tunggu di luar dan let hubby and Aiman je masuk. Cuma bila ada sorang brother tourist guide ada tunggu kat luar jugak, so Helang pun mintak dia tengokkan Alia dan masuk sekejap-sekejap to see the show. Suka hati je kan? At last bila pintu dibuka pada show terakhir, barulah Alia macam okey and masuk sekejap tengok ( tak tahan tengok macam best je dengar kot).

Next, after having our lunch kat Damai food court, we all patah balik ke arah town. On the way ingat nak singggah ke muzium Kucing ( yes, you read it right, kat sini ada muzim khas untuk kucing you alls). But tutup lah pulak. So we went straight to Northern part of Kuching where you can see Astana, new DUN building and Fort Margherita. Oh ya, Astana and DUN building tu tak boleh masuk, just ambil gambar dari luar ( buat syarat hohoho). Tapi Fort Margherita tu at  first we all tak jumpa jalan nak pergi sana ( Google direction dan GPS sama hampeh tak jumpa jalan). Last-last ikut kedudukan dalam map, we all ikut dalam Kampung Gersik dan Kampung Boyan, baru jumpa. Macam scary woo tempat tu. We all sampai pun nearly 4pm, and the guard nak close at 4pm. So, masuklah tengok kejap, kecik je tempat tu. Memang takkan lama pun kat situ.

Ha, dah lalu Kampung Gersik tu apa lagi, of course menyinggah ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Borong juga dalam beberapa ketul. Rasanya esok atau sebelum balik macam nak singgah lagi. Enam batang macam tak cukup je. Macam-macam perisa ada. Actually kat situ ada banyak je kedai kek lapis. Tapi macam biasa, Helang pergi tempat yang recommended by bloggers/forumers.

The highlights of the day, naik Sarawak River Cruise for sunset cruise. We all sampai waterfront dalam pukul 4.45pm, just in time untuk beli ticket and boarding pukul 5pm. The kids memang enjoy the cruise, though Helang rasa macam a bit overrated, but what the heck. Selain daripada tunjuk iconic landmarks kat Kuching, the cruise ada juga tunjuk cultural dance. Hah, ternganga mulut Alia tengok. Dia tak tau lagi colourful and fun watching the show masa kat SCV.  After the cruise, we end our day by having dinner kat RJ Ayam Bakar. Actually nak je try Raja Ayam Penyet atau Coffee-O corner, but the restaurants kat area Satok sana, malas nak ke arah sana dah. RJ Ayam Bakar ni dah tak jauh dari our hotel.

The best thing about today’s trip was the fact that we enjoyed the nature and culture. Jalan ke kawasan Damai tu memang best, coz macam balik kampong jugak lah, kiri-kanan nampak pokok-pokok, hutan dan Mount Santubong. Even kat SCV tu pun you can see Mount Santubong from a far. The river cruise pun sama, you will enjoy the ride if you love panoramic view. Man, I love nature walk and panoramic view!!