Monday, 6 January 2014

Kabel rapuh, kabel kuat, kabel letrik, cable car..

Bismillahirrahmanirrahim....

Lagi dua hari Helang akan ucapkan selamat tinggal pada company tempat Helang berkhidmat sekarang. Memandangkan ini kali kedua Helang resign from the group, rasanya tak perlulah farewell note, kot? Nak buat pun takde mood dan tak sempat sebab ada lagi few things nak follow up walaupun almost nak handover. To my staff, good luck untuk all the tasks yang on-going dan akan datang. Nampak macam under control but ada juga uncertainty. Yang penting stay positive je dan jangan pening-pening kepala.

So, ke mana Helang pergi selepas ini? Walau pun ada colleague yang dah tahu dan meneka dengan betul, Helang takkan reveal selagi mereka tak tanya sendiri face-to-face. Sebabnya mentaliti some of the people sebangsa ni, bila kita dapat kerja kat certain well-known company mesti ada soalan begini, "Guna kabel apa?".

Sebab ada few of the ex-staff pun kerja kat my future company lagilah Helang malas nak reveal. Sebab mesti ingat ex-staff kat future company tu yang recommend or ajak join. And as expected those yang dah tahu where I'm going tu memang ada yang tanya pasal cable. Kat HQ ni  bukannya they all know me and how I work pun, kan? So assumption nya pun begitu. Anyhow, I don't give a damn pun if people thought I got the job through any cable.

Tapi pada sesiapa yang been wondering tu, memang I've got the job guna cable pun. Ni cable besar jugaklah sebab semua orang kenal. Banyak orang jugak yang dapat kerja through this cable and not just for my future company. Beratus-ratus company jugaklah. So pada yang berani nak ubah angin keluar dari kempompong 'complacency' dan nak venture opportunity at different companies, cubalah guna cable yang sama dengan yang Helang guna.
.
.
.
.
.
.
Oh by the way, my cable is JOBSTREET.

Wassalam.

Wednesday, 25 December 2013

Sekolah Tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Helang baru je balik dari koperasi sekolah anak bujang yang nak masuk darjah tiga tu, Aiman.
Dah nak hujung cuti baru terkedek2 nak beli buku.. Nasib baik ada lagi buku. Kalau yang takde pun sebab memang takde sampai lagi. Kena tunggu buka sekolah pulak baru beli.

Bila sekolah dah mula tentulah rutin harian pun akan kembali sibuk macam biasa. Dengan bangun pagi lebih awal dari biasa, siapkan sarapan dan bekal, keluar awal untuk hantar ke sekolah, singgah rumah parents untuk letak beg sekolah petang, dan macam2 lagi. Helang terfikir jugak zaman dulu-dulu adakah se'hectic' ini hidup manusia setiap hari bila ada anak yang bersekolah atau menuntut ilmu? Mungkin ibu-ibu jadi lebih sibuk dari pada biasa sebab zaman ni kebanyakan ibu-ibu pun berkerjaya. Kalau ada ibu-ibu yang surirumah pun sibuk jugak sebab anak-anak banyak pula aktiviti setiap hari jadi liffe memang akan 'hectic' jugak.

Tahun ni bila dah masuk tempat kerja baru, Helang dah takkan hantar kids pergi sekolah sebab dah lain jalan. Tapi waktu balik tu agak mencabarlah nak pastikan sampai rumah lebih awal dari hubby dan kids - dengan angan-angan nak masak dinner. Oh, bolehkah agaknya?

Kalau hubby jadi pergi ke luar negara pula kena tukar juga arrangement pagi2 tu sebab dah kena menghantar kids pula. Hectic juga.

Oh, si anak dara Alia tu kami dah tukar ke tadika lain. Still dekat dengan rumah my parents. Dah buat arrangement untuk cikgunya hantar balik ke rumah Wan dan Aki ( my parents). Jadi, Aki-nya tak perlu tergesa-gesa nak ambil Alia dari sekolah dan bolehlah my dad tu masuk kerja awal sikit. Aiman memang dia akan ambil masa balik dari sekolah agama, tapi awal sikit jam 10.30 pagi. Sekolah petang memang pergi balik naik van sekolah jadi tak de masalah pengangkutan di situ.

Dalam pada tengah nak packing untuk pergi bercuti ni ( haha dah akhir tahun baru nak bercuti), terfikir jugak ada tak keperluan sekolah yang kami tak beli lagi? Rasa-rasanya semua dah lengkap. Oh, ya! Kena start gosok baju-baju sekolah ( cuti sekolah ni bab tu memang heaven sikit sebab cuma gosok baju kerja sendiri - hubby punya hantar dobi). Lepas ni nampaknya petang Ahad memang akan ada rutin menggosok baju sekolah anak-anak lagi nampaknya ( eh, bukan ke ada plan nak bawa Alia belajar menunggang kuda?). Oh, 'hectic'nya hidup!

Friday, 20 December 2013

Sumbang, menyumbang, sumbangan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Awal minggu ni Helang dapat call from my colleague kat selatan tanah air. Macam cemas je bunyinya.

" Muni, I have bad news! " Helang yang dengar ni dah cuak giler. Have I or my unit overlooked something on any of our work?
" By the way bila last day kat sini?" Tanya dia pulak. Eh, ubah topik ke apa.
" 17 Jan.. tapi kalau ikut baki cuti effective 15 Jan.. Apa bad news yang you nak cakap tadi?"
" Bad news tu Muni resignlah.." Hok aloh.. this fella.. Helang pun gelak lah.
" Baru tahu? Kan dalam meeting hari tu ai dah cakap pasal my manager will head the unit from January onwards dan pasal handover?"
" Memanglah.. masa tu terdetik juga hati saya dan terfikir Muni ni dah resign ke? Tapi seriously tak sempat tanya masa tu dan tak terjangka."
" Tapi sayanglah.. Muni dah lama kat sini.. Bukan senang nak cari orang ada professional like you. Macam saya ni masih jauh lagi tak sampai tahap you pun."
" Andy (bukan nama sebenar) kan ada professional jugak? Lagipun korang janganlah underestimate yourselves. Saya tak rasa ada contribute apa-apa pun kat group ni."
"It's a big lostlah to the group. Sedih pulak."
" Life goes on..."

Lebih kurang begitulah ceritanya. Walaupun dialog bukanlah sebijik-sebijik cam tu. Tapi intipatinya lebih kurang.

Memang sejak dua minggu ni bila cerita pasal my resignation dah diketahui oleh kebanyakan staff dalam group of companies ni, kebanyakannya komen - sayanglah.. you orang lamalah...big lost lah.. company tak counter offer ke? Bla..bla..bla...Dengan top management pulak Helang avoid any conversation on why I'm leaving, where I go... sebab no point cerita pun. I have decided...

But seriously, towards end of my journey in this company, walaupun some people rasa lost, Helang tak nampak pulak why they would feel that way sebab I myself pun tak nampak I have left any big impact to the company. Only the fact that Helang pernah jadi head finance department of the main revenue contributor subsidiary, attend BOD meeting, dikenali oleh Chairman of the Group ( bukan public listed pun) dan top management, but other than that, no 'real' contribution. Lainlah kalo Helang brought new business ke, set up new successful department ke, or anything yang add value to the company... but seriously... nada.

So either I have too high expectation on the meaning of "contribution to the company" or staff kat sini have too low expectation on each other or everyone thought seniority is everything or I underestimate myself. Hehmm..

At this point kalau boleh tak nak cerita tentang perasaan nak meninggalkan company yang dah berkhidmat beberapa tahun. Sebab Helang ni nampak je 'tough' - dalam hati ada taman dan amatlah sentimental. Tipulah kalau kata tak sedih.. but let me just go through my few last days here dengan tenang so that I can quietly leave the company without any fuss.....

Salam Jumaat.

Wednesday, 18 December 2013

It's new year again!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dah 19 Dec 2013. Kalau ikut calendar, lagi 12 hari nak masuk tahun baru masihi. Betapalah cepatnya masa berjalan. Seriously. I can't remember having resolutions for this year, so macam tak nampak apa-apa yang dicapai pun. Rasa sedih pun ada. Tapi of course sepanjang tahun ini memanglah banyak benda yang berlaku sama ada berkaitan dengan my life directly or indirectly, atau yang tak berkaitan lansung. Kalau nak buat kronologi sepanjang tahun mengikut tema, seriously kena beberapa postings - of which haruslah Helang takkan buat hohohoo.. talk about laziness...

Awal tahun, nothing much happen, selain dah berpindah semula ke KL dan adjusting life to KL life (yok yo oo je).. After a year of life here now akan berpindah lagi.. Hah! Bukan pindah rumah.. pindah kerja. Seriously! Helang dah meletakkan jawatan di company Helang setelah sekian lama kerja kat sini.. dan berpindah ke company yang hhhmm.. tak jauhlah sangat office nya dari company sekarang.. Tapi arrangement about life and kids will totally change.. dan maybe untuk one year je pulak tu before pindah lagi... Bila sampai masa dan everything comes as destined by Yang Esa adalah nanti entry-entry yang berikutnya. So korang tunggu jelah...

Tapi, nampak tak cantiknya susunan yang telah ditentukan-Nya.. semuanya start afresh di awal tahun baru. Seriously. Harapnya di tempat baru Helang boleh kekalkan prestasi kerja yang baik dan dapat penilaian yang baik juga. Excited? Definitely. Uncertain about the change? Not really. Menggelabah nak masuk tempat baru? Belum rasa lagi.

Apa lagi resolutions new year ek? Belum list down lagi... Seriously. Ada few in my minds.. But belum ada proper plan lagi. Sometimes doing things at the spur of the moments pun will create results... Cuma that is so not me... Helang suka plan. Tapi bila plan tak jadi akan membawa tensi. So, buat masa ni nak habiskan 2013 moment dulu. Nanti everything will fall into places when time comes. Seriously.
.
.
.
.
.
.
.

P/s : So agak2 apa favourite word untuk posting kali ni?

Saturday, 23 November 2013

Jalan-jalan cari breakfast

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah ni mulahlah banyak jemputan kenduri kahwin. Tak ketinggalan Helang ni. Sabtu 23 Nov 2013 Helang ke Pahang untuk kenduri kahwin cousin Helang. Memandangkan kat Temerloh je, kitorang takdelah perlu keluar awal sangat atau ribut nak bermalam di mana-mana.

So, pagi-pagi tu hubby cadang weols cari tempat baru untuk breakfast. Sebab nak ke Pahang, antara location yang on the way ke sana dari Shah Alam adalah Sg Buloh, Kota Damansara dan Kepong. Tapi yang paling mudah tentunya Sg Buloh.

Cari punya cari (sampai sesat jalan), kitorang jumpalah satu restoran ni. Dari luar memang nampak menarik. Masuk dalam pun terasa cosy. Interior menarik. So takdelah ragu-ragu sebab nampak bersih.

Nama restoran tu Tempayan. Menu breakfast actually standard je. Tapi most of it dah dihidang, so memang ambil sendiri atau self-service kecuali drinks. Memandangkan my kids yang tak adventurous when it comes to food, so theyols order menu standard - roti canai.

Helang adalah meninjau- ninjau jugak what's available. Waktu breakfast ni selain roti canai, ada juga nasi lemak bungkus, soto, laksa dan lontong. Waktu tu dah jam lebih kurang 8.45 pagi, tapi nampaknya pekerja-pekerja dah mula menghidang lauk tengahari ( mungkin jugak sebab tak jauh dari industrial area, ada pekerja kilang yang nak tapau lauk tengahari awal).

So, Helang decide untuk makan soto while hubby ambik favourite dia - lontong. Dari segi rasa, memang ok. Lagi ok sebab kuah tu kita yang ambil sendiri, jadi suka hatilah nak ambil banyak mana. 

Maybe next time weols kena buat trip untuk lunch or dinner - sebab ada western corner, maybe tu untuk malam kot. Lagi satu, dalam business card ada mention tentang masakan Cina Muslim dan masakan tomyam (ala Thai agaknya). Overall, if you all jenis yang pentingkan tempat yang cosy lagi bersih dan tenang, bolehlah berkunjung ke restoran Tempayan di alamat ini:

7398, Tgkat Bawah,
Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh
47000 Sg Buloh, Selangor
Tel: 03-61512221
Facebook:www.facebook.com/tempayan.tempayan

Tuesday, 19 November 2013

Harimau mati meninggalkan belang...

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa sedang menyelusuri FB hari ni, tiba-tiba ternampak satu posting tentang seorang anak muda bernama Ahmad Ammar. Kalau ikutkan selalunya Helang memang malas nak bukak video posting sebab malas hahaha.. merepek apakah aku ini? Tapi entah kenapa sambil breakfast nasi goreng cilok from rumah my mom tadi terasa pulak nak bukak video tu ( from youtube sebenarnya). Lagi hairan sebab bila youtube tu tulis dalam kenangan ( 1993-2013), hati tertanya-tanya siapa sebenarnya dia.

Maybe sebab wifi tak berapa bagus kat pantry  tu tiba-tiba video from youtube tu terputus. Helang decide untuk cari siapa sebenarnya anak muda ini. Bila membaca blog Ustaz Hasrizal kat sini, baru tahu siapa budak yang muda 15 tahun dari Helang ni. Can you imagine for such a young age, he touches the heart of many people walaupun tak kenal secara direct? Bacalah tentang Ammar, dan baru hati keras tu akan terasa betapa insafnya diri ini yang tak menyumbang apa-apa pun, bukan sahaja negara, hatta masyarakat sekeliling pun.




Jangan ingat kubur tempat persemadian arwah Ammar ni tidak signifikan dan biasa-biasa je. Tahukah anda bahawa tak pernah dalam sejarah ada rakyat asing disemadikan di kawasan perkuburan yang di dalamnya ada sahabat ternama Nabi S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansari r.a. Tapi kerana Ammar telah menyentuh hati ramai orang termasuk ketua daerah Eyub di Turki itu ( if x salah - maybe Helang kena check fakta ni), maka buat pertama kalinya seorang rakyat Malaysia dibenarkan dikebumi di sini.

Helang tak nak cerita panjang tentang arwah Ammar ni, sebab ceritanya korang boleh dapat dalam banyak blog postings. Helang just nak share supaya korang tahu dan tak jadi ignorant like I used to be. Beruntung ibu bapa arwah Ammar. Dan Helang juga berharap supaya my kids pun tergolong dalam orang2 yang diberi keberkatan oleh Allah. This is like a slap on my face and I hope I become better mother to my kids.

Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

Wednesday, 16 October 2013

Korban : Siapa yang berkorban dan siapa yang dikorbankan?

Assalamualaikum..

Dua hari lepas semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sebut pasal Aidil Adha, automatiknya kita akan kaitkan dengan aktiviti korban. Macam biasa, Helang and family kecik Helang sambut raya di Banting.. dan of course ada aktiviti korban bersama2 saudara-mara di Kanchong Darat. Tumbang lembu seekor je pun. Diorang tak nak buat banyak-banyak, sebab nak jadikan ini aktiviti tahunan, jadi tiap-tiap tahun lain orang yang berkorban. Kat masjid Banting pun ada dalam 14 ekor lembu korban, tapi sebab weols kat kampung, takdelah pulak tengok aktiviti korban kat masjid.

Family kecik  Helang masuk korban yang pakej EzQurban untuk kelainan. Sebab rasanya orang-orang kat tempat yang tengah bergolak macam Rohingya, Palestin, Syria tu lebih memerlukan. Petang raya tu, 9 Zulhijjah, ada tengok tv tentang umat Islam yang dah start wukuf di Arafah. Rasa sayu pulak dalam hati sebab terfikir bila giliran Helang ( ikut daftar Tabung Haji , pergi tahun 2021.. huissh.. lama lagi). Maybe untuk ubat kerinduan kat Masjidil Haram, patut pergi umrah sekali lagi.


So, you alls ada buat korban tak tahun ni? Helang notice every year makin ramai ada kesedaran untuk buat ibadah korban. Tak lah macam dulu-dulu. Ada yang ingat buat ibadah korban sekali je seumur hidup. Kalau ada rezeki lebih, nak buat tiap-tiap tahun pun tak mengapa. Daging korban tu boleh sedekah pada yang memerlukan. InshaAllah, Allah bagi pahala. Yang penting kena ikhlas dan bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Dan kena ingat baliklah sejarah ibadah korban ni.. tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Motif Helang
ala-ala Ustazah plak ni?



Oklah.. saja tak nak biarkan blog ni naik sarang labah-labah. Jumpa lagi di sessi lain..