Wednesday 21 November 2012

Paris Experience ( 10 and 11 Nov 2012)


Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Ada yang tak sabar nak tunggu post Helang tentang staying in France? Maaflah, bila datang mood untuk menulis, ‘laptop’ Helang pulak di’conquer’ oleh Alia sebab dia nak tengok movie Barbie yang we all dah download. Nak buat camna, satu lappy je bawak ( memang lappy ni je pun personal lappy yang ada). Nak harapkan Ipad pulak, anak bujang Helang pulak yang monopoli, as always. Nak tulis blog through iphone, hmm.. selain kecik ( nak tulis panjang2 tak best), banyak gambar we all ambik through digital camera and not iphone camera. Nanti tak boleh pulak upload gambar-gambar weols  kat blog ni.

Dah satu paragraph tulis takde lagi cerita pasal Paris ni mesti you all dah tensi tahap gaban kan? Jangan marah. Lemme story de mory here…

Rehat di Jardin (Garden)

First weekend in Paris, like I said in the previous blog, weols jalan-jalan sekitar Paris je. Tengahari Sabtu, 10 Nov 2012, after makan lunch dekat this one halal cafe ( kebab lah apa lagi ), weols naik tram ke tengah-tengah bandar. First pitt stop, kawasan Louvre. Yes, memang ada muzium Louvre yang terkenal tu kat situ but weols tak pergi lagi that day. Hubby nak bawa pegi sana on Sunday. Dari sana, weols berjalan sampai ke Jardin le Tuileries. Basically hubby nak tunjuk route dari situ ke arah town yang selari denga Arc de Triomphe. Apo ko bondo Arc tu? Tengok le gambar tu. Tu one of the famous landmark kat Paris ni selain Eiffel Tower ye adik-adik. Arc de Triopmphe ni monument untuk memperingati those pejuang yang berjuang dalam French Revolutionary dan Napoleonic Wars. Nak tau lebih lanjut pasal this monument, please ‘google’ ye.
Arc de Triomphe

Dari Jardin De Tuileries weols jalan melalui Concorde ke arah Champs Elysses. Apa yang menarik kat sini? Hah, sinilah tempat shopping yang best sebab banyak ‘branded item’ kat jalan ni. Dan yang penting, flagship store Louis Vuitton kat sini. Err.. adakah Helang masuk kedai itu? Dear.. dah sampai mestilah masuk, kan? Kena beratur tu.. hari Sabtu ramai orang kot? Tapi yang mampu cuci mata jelah. Sebab walaupun after convert to RM harganya murah dari beli kat Malaysia, tapi dah namanya LV tu faham-faham je lah regenya camna. Telan air liur je lah ( walaupun Helang berazam nak pergi lagi before balik. Mana tau lepas dah puas jalan-jalan Paris ni ada duit lebih ke huwarrghh!!) Since now tengah autumn, malam cepat, so weols by 7pm dah balik ( 7pm kat sini dah masuk Isyak tau). Kids pun dah penat dan mengantuk sebab body clock theyols masih follow Malaysia time. So hari itu weols. Cuma takat jalan-jalan gitu-gitu je. Just to have sneak preview of Paris. Dengan nak layan jetlagged lagi, not much can be covered.
Along the road of Champ Elysees


The next day, Sunday, 11 Nov 2012.


In front of Assemblee Nationale
Hari ni weols keluar pagi sikit. The plan is to take tram to Assemblee Nationale dan naik boat tour untuk ke Notre Dame, Louvre Museum dan finally end our trip to Eiffel Tower. So pagi-pagi dah keluar dari aparthotel menuju ke tram station.  Dari La Defense tram station, weols menuju ke Assemblee Nationale. Kat situ weols beli ticket untuk naik Boatobot. Kira tour boat lah ni. Ada 8 pittstop dan boleh nak dan turun kat mana2 pittstop sepanjang hari itu.  Assemblee Nationale ( or in English National Assembly) punya bangunan tu tak pasti pulak open to public atau tidak. Kami tak masuk lah pulak. Actually National Aasembly ni adalah lower rank dalam Parliament France. Macam Dewan Rakyat kat Malaysia. Atas dia adalah Senate whils in Malaysia atasnya adalah Dewan Negara. Cewah! Macam belajar sejarah pulak.
Notre Dame Cathedral

Dari sana, naik boat pergi ke Notre Dame Cathedral, salah satu landmark popular jugak di Paris ni. Besar bangunannya dan yang penting masih senibina lama. Sebelum jalan-jalan around, weols sempat makan lunch kat salah satu restaurant around the area dan beli some souvenirs. Baru hari kedua kat sini so tak sempat nak uat bekal apa-apa dari rumah. Mujur jugak ada seafood kat restaurant itu. Bolehlah mengisi perut before move to another places of  interest. Lepas dah ronda-ronda Notre Dame, next location yang memang teruja nak pergi adalah Louvre Museum.

Ya betul! Muzium ni yang dalam cerita “The Da Vinci Code” itu. Hohoho.. mak pun berangan macam tengah breaking the Da Vinci Code gitu. Erkk!! Muzium tu  besar yang amat, tak habis cover untuk dua-tiga jam ( sebab weols nak bergegas pulak ke Eiffel Tower and nak reach sana by 4.30pm sebab our ticket masuk is 5.30pm). Weols cuma sempat cover bahagian Islamic Empire ( ya memang ada pameran tentang Islamic empire kat sini), Renaissance ( nak tengok Monalisa, kan?), Roman Empire, Firaun Empire and Louvre Medieval. Wah, kalaulah saya ada satu hari di sini, haruslah saya cover everything kat sini. Tak puas tau.. Takpe-takpe.. hopefully next time boleh datang lagi and by the time kids dah besar they all dah boleh appreciate the museum exhibition.
At the main 'pyramid' entrance of Louvre Museum

Monalisa before my eyes.. cantik ke?

Hiasan ceiling.. so antique..
Next, naik boat semula ke destinasi terakhir untuk hari itu. Eiffel Tower! As planned, weols sampai pukul 4.30pm. Sambil tunggu waktu masuk pukul 5.30pm, weols ambil-ambil gambar (harus!), minum-minum petang ( kids nak nyam nyam) dan tengok garden kat bawah tu. Ada patung bear yang represent setiap country. Weols of course lah cari yang Malaysia punya, kan? Patung bear Malaysia tu di’seni’kan oleh our cartoonist Imuda. Memang ada tertera nama dia kat situ.
We're finally here!

Can you believe this was done by Imuda?
Then waktu yang ditunggu-tunggu, even though kids dah mula kepenatan. Panjat Eiffel Tower. Hohoho. Ada lif, bukan naik tangga. Nak naik tangga silakan, kalau sangguplah. Nak masuk Eiffel Tower tu dewasa dia charge Euro14 whilst the kids Euro9.50. Rasa-rasanya berbaloi ke? Kat sini 5.30pm tu dah nak masuk maghrib pun so dah gelap. Tapi dari atas tower weols masih boleh nampak Paris from afar. Ada dua stop, middle dan top. Memang dah naik tu kena turun jugak kat middle tu sebab lifnya memang sampai situ je. Nak naik atas lagi kena naik another lif. Saja je kan.


From the top memang nampak Paris seluas mata memandang. Tapi dah sampai atas tu tak boleh nak dok lama-lama. Kat atas tu sejuk sangat. Alia pun masa beratur nak naik lif turun sampai tertidur. Kesian anak mummy ni. Belum adjust body clock dia. Masih follow waktu Malaysia. Dan after 6pm onwards, every one hour Eiffel Tower lights akan blinking.. so memang nampak cantik waktu malam. Sebab kami turun pun dah pukul 7pm, memang sempat nampak Eiffel Tower yang bercahaya di waktu malam. Sangat indah. Alhamdulillah kerana dah berjaya sampai ke sini. One of my dream selain Stonehenge yang juga Helang dah jejaki masa duduk kat UK dulu.


Oklah, Helang stop kat sini dulu. My next blog post will be about our trip to Disneyland. Till then!

2 comments:

helmihamdan said...

Hohoho...bestnye dpt jln2 kat sane...jgn lupe souvenir ye...hahahaha

Helangmerah said...

Helmi, inshaAllah..