Wednesday 4 April 2012

My dream lil cottage

Dengan nama Allah Helang post entry ini.

Macam takde kerja pulak buat entry berturut-turut pada hari yang sama. Hari ni terasa nak blogging about my dream house. Kalau rasa entry ni poyo, buat apa-apa yang patut ( like (a) lari jauh-jauh,  (b) vomit blood  (c) tak payah baca ). Memandangkan tengah mencari-cari idea untuk future house ID, Helang nak share my dream house ID.

Helang sukakan ID yang modern, tapi simple. Yang penting biar praktikal untuk ibu berkerjaya yang tak punya maid macam Helang ni. Can you imagine that in the future I need to make sure that my 3-storey house is always neat and tidy despite me working 5 (or 5 and half) days a week with two grown up kids ( may be later three or four) on my own??? Mampu ke Helang lakukan. I am not a supermom pun. Yang penting, have good ventilation dan pencahayaan yang baik. Tak suka ruang yang gelap. Memanglah ala-ala romantik kalau gelap but in my case I like to be in the light. Sunlight.

Living room - This is the part yang Helang kalau boleh nak ianya sesimple mungkin. So, my kind of living room should be of modern minimalist. Like the one in the picture. Sebab ni akan jadi ruang yang selalu orang lepak, so need to be upkeep frequently. I don't have all the time in the world to 'sapu' everyday tau. Tak perlu jugak banyak2 cabinet yang menyemakkan. Tak sempat seh nak lap selalu.



 Dining room - Since my future house ada ruang untuk separate dining room dan dapur, so bolehlah berangan pasang dining table yang besar sikit ( now cuma small 4-chairs type). Tapi kalau setakat we all berempat je yang guna, maybe tak selalu. This will mainly for guest. Sebab kat kitchen nak pasang sort of bar type cabinet yang boleh we all guna daily. Tak suka jenis yang besar dan wooden type. Warna suka yang terang, baru bersemangat nak makan. Huhuhu.. Kalau dapat letak lampu chandelier tergantung kat atas meja tu pun okay jugak. Like the one in the picture ni. I categorise as modern contemporary.

Kitchen - My favourite part of all though I don't always spend my time here ( career woman, kan??). This is a bit tricky. I like kitchen yang luas, yang boleh buat island tu... But I guess have to make do dengan future kitchen yang not so big tu. Nasib baik ada ruang untuk wet kitchen and dry kitchen. So yang dry kitchen tu dah berangan nak letak bar-type ( or is it just plain table? Ntah.. ). Dari segi colours, not surprising that I would choose light colours macam beige or even white. Cuma jenisnya sahaja tak decide lagi. My dream kitchen would be something dalam this pictures. Dream sahaja tau.. belum tentu boleh buat macam tu.
Dapur impian.. siap ada island kat situ.

Okey, kalau dah ruang terhad, nampaknya Helang maybe kena settle down with only like this design - both for wet kitchen dan dry kitchen.

Dry kitchen


Master Bedroom - Ehem, ehem, walaupun rasanya masa 'lepaking' di bilik ni kurang dari tempat lain ( kat living hall contohnya), rasanya ID untuk bilik ni kenalah diberi perhatian yang lebih. Untuk ruang ni, Helang terpaksa akur, bahawa traditional design lebih membangkitkan mood romantik tu. Tapi masih boleh menerapkan unsur-unsur modern. Yang penting, Helang suka ada dua lights kat tepi katil, macam yang selalu hotel buat tu. My future house punya master bedroom agak besar, so boleh buat walk-in wardrobe ( ceh, macam le banyak sangat baju). Actually Helang takdelah suka sangat master bedroom yang keterlaluan besarnya. Sebab banyak sangat ruang takkan nak letak segala macam benda kat situ. Kalau tak letak rasa kosong pulak. Sorry, but tv in the bedroom is a no-no for me. Some couple might suka, but not me. So my dream master bedroom would be something like in the pics. Yang penting headboard tu kena besar dan menarik.
Kids Bedroom - I guess masa betul-betul pilih ID untuk my kids' bedroom, kena involve the kids. Atleast they will like their room dan takdelah asyik nak mengendeng je kat bilik we all ni. Separate rooms for the kids ( coz sorang boy, sorang girl). Again, I prefer traditional design je untuk the kids. Yang penting, selesa dan ada ruang untuk meja ( kena buat homework tau! ). Agak-agak, which one for Aiman and which one for Alia?

 








Guest room - Guest room takdelah besar sangat. But I still want it to be nice and sweet. Toilet pun kalau boleh nak buat ala-ala hotel but ku tak jumpa gambar yang sesuai. So bilik air seperti gambar di bawah dah okey kot. Oh, don't worry mummy and daddy ku ( both sides) bilik tu kat ground floor. So, tak payah naik tangga, hehehhe...

Nice and cosy kan?

Selesa tak macam ni?



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Yang lain-lain Helang belum dapat idea, like outdoor landscape ke what not. Ada but malas nak tulis kat sini.
Untuk yang tak baca betul-betul, ini cuma my dream design je ye. Bukan rumah betul. Yang betul-betul punya nanti bila dah siap Helang akan post dalam next entry ( which is likely about a year's time?? Hahahaha).
 
P/S : Will spend most time thinking about kitchen design. Ideas, anyone?
 
 

2 comments:

Anonymous said...

perghh...kalau mcm ni guest room nak jd guest selalu lah...leh?hehehe

Helangmerah said...

Boleh, boleh, no hal...