Thursday 3 November 2011

Kisah benar di suatu pagi Zulhijjah

Pukul 5.40 am.
"Allahuakbar Allahuakbar!!!" ( Bunyi azan sayup-sayup)

"Kriiiinggg!!!!!! ( Bunyi jam loceng plak )

Isteri  : ( Dah subuh... kena kejut somi. Nanti lambat nak jemaah kat surau ) Yaangg... bangun yang.
            Dah azan.
Suami : ( Tarik selimut ) Hhmmmm.....
Isteri   : ( Tidur lambat ke laki aku ni ? ) Yang, bangun.... tak pegi surau ke hari ni?
Suami : ( Pusing2 badan, mata masih pejam ) Hhmmmmm...

.....selepas 10 minit

Isteri   : ( Laki aku ni, dah tau nak pegi surau pagi2, apsal lah tido lambat... Main game lah tu) Yang,
             bangunlah, dah pukul 5.50 pagi ni...
Suami  : ( Takde respon )
Isteri    : Yang.. bangunlah.....
Suami  : ( Pusing badan lagi, tapi tak bangun2 jugak)
Isteri   : ( Tak bleh jadi ni ) Yang, hari ni hari Jumaat, 8 Zulhijjah. Tanak pegi semayang surau ke?
Suami  : ( Ping!!! Terus bangun..... bersiap2 dan pegi surau )

Moral of the story : Sapa suruh forward artikel pasal 10 Zulhijjah kat bini.. kan dah kena kalau tak
                              praktikkan....

P/S : Kalau you all tak faham, sila rujuk posting Helang yang lepas...

Wassalam.

No comments: