Friday, 19 July 2013

Kehilangan dan kematian..

Bismillahirrahmanirrahim..

Tak terlambat lagi rasanya untuk Helang ucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa pada semua. Walaupun dah masuk hari ke-10 ( dah satu pertiga bulan? Masya Allah), nampaknya Helang masih belum masuk " gear 4" pun lagi. 

Ok, kita tinggalkan bab Ramadhan. Helang dan schoolmate MRSM batch SPM 95 dikejutkan dengan pemergian salah seorang dari rakan kami, Shaiffu Bahari atau digelar Sepu. Arwah dikatakan kena heart attack dan juga ada  darah tinggi. Yang paling sedih tentulah wife dan 3 anak-anaknya yang masih kecil.

Pemergian arwah memang satu bukti bahawa kematian tak kenal usia. Apatah lagi diwaktu semuda 35 tahun dah ada pelbagai penyakit. Helang just hope kitorang yang tinggal ni ambil iktibar dan beringat selalu tentang kesihatan.

Kepada Norlida, harap bersabar dengan dugaan kerana Allah lebih menyayangi Sepu. Sepu bertuah diambil dalam bulan yang penuh berkah ini. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman, Al-Fatihah untuk arwah.

P/s: Teringat my best friend, arwah Intan Mazwin yang juga sama MRSM. Al- Fatihah untuk arwah.