Dengan nama Allah Helang post entry ni.
Yesterday, Friday, Helang kena ambik cuti. My babysitter ada kenduri mak sedaranya yang merangkap mak angkat yang menjaganya waktu kecil dan dia nak tolong membuat persiapan. Oklah, takkan nak jadi selfish plak, kita pun akan ada masa-masa begitu.
So, indirectly Helang konon2nya jadi housewife sehari lah ni. Pagi2 bangun macam biasa, siapkan breakfast dan bekal the kids. Bezanya after the kids dah pergi school dengan abahnya, Helang tak perlu terkocoh2 pulak nak kemas dapur dan pergi office.
Lepas dah breakfast dan kemas dapur, mata pun melihat keliling rumah. Tak sepah sangat, so boleh sapu sikit2. Next, tengok pulak kain yang dah berangkat kat bilik belakang. Huh, memang menimbun. Tapi, takde hal, boleh lipat kain sambil tengok tv ( heaven tak?).
Sebelum tu dah keluarkan ayam dari fridge, hajat nak masak nasi ayam untuk lunch. Hubby pun akan balik makan sekali sebab hari Jumaat dia memang akan ambil Aiman bawa pergi solat Jumaat. Dah plan pun nak start masak pukul berapa, nak siap pukul berapa, nak ambil the kids pukul berapa.
Sempat lagi pegi Giant beli barang sikit in between siapkan lunch tu. Lepas masukkan ayam dalam oven, keluar rumah jam 1140am ke arah Aiman's school. Both kids habis school at 12pm on Friday, tapi sebab tadika Alia memang cikgu dia jaga betul budak-budak yang tunggu parents ambil, I better ambil Aiman dulu.
Dah ambil both kids, balik rumah mandikan both, tukar baju. Aiman dah siap pakai baju melayu nak pegi Jumaat. Turun dapur hidangkan lunch kat meja. Tengah layan2 kids makan, hubby pulak sampai, so we all makan sekali. Seronok pulak tengok the kids makan tambah sampai dua tiga kali.
Lepas Aiman balik Jumaat, dan hubby dah pegi kerja semula, kids nak tengok tv cerita bola kampung ke apa. Then pukul 3 pm masing-masing dah duduk kat meja buat homework. Setengah jam, dah siap. Aiman nak main ipad while Alia nak tengok tv. Gave them until 400pm, while Helang ambil kesempatan iron baju-baju uniform for a week. 445pm, after Aiman solat asar, suruh dia relax tengok tv kejap while Helang angkat kain yang dah kering.
520pm to 545pm, layan the kids main bola kat tepi rumah. Ni aktiviti yang Aiman memang tak sabar nak buat. Penat okey, dengan Helang yang jarang exercise ni. Dalam kepala mulalah berangan nak beli basikallah, treadmill lah for exercise.
615pm, after cooling down, mandikan the kids. Kids dah siap mandi dan tukar baju tidur, suapkan pulak dinner. Again, both laju je makan sampai tambah dua kali. Pukul 700pm, hantar Aiman ke kelas mengaji. Between that time Helang pula membersihkan diri dan siap2 hidang dinner. Aiman, balik mengaji, layan dia baca buku pulak, sebab homework dah siap siang tadi. Alia sebab baru tadika, we all tak strict sangat, so dia boleh nak tengok tv or main ipad.
Hubby balik, had dinner together then kemas-kemas dapur. Pukul 9pm dah bawak the kids masuk bilik dan tidurkan they all. Today the kids penat agaknya, usai habis minum susu je both dah pengsan (tidur). Helang pun turun bawah semula lipat kain yang dah angkat tadi.
Huh, agak-agak, kalau everyday cam ni ok tak? Ni kena tanya housewife sekalian, coz bukan selalu Helang boleh dapat sehari begini as I am a working mother with no maid. Dalam hati tu ada jugak perasaan nak jadi housewife je... Tapi, kalau Helang berhenti kerja, akan kuranglah seorang accountant wanita Islam kat malaya ni... So rasanya takdir Helang bukan menjadi housewife buat masa ni...
2 comments:
Perghh...housewife pun full schedule uols!
Schedule housewife lagi penuh apa... kalo takde maid ler...
Post a Comment