Monday 14 April 2014

Insan Terpilih


Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang, bila ditimpa musibah atau diuji dengan sesuatu kejadian, jangan cepat sedih dan berputus asa. Ada hikmah sesuatu yang berlaku. Mesti ada perasaan redha sebab jangka masa sesuatu perkara itu berlaku takkan berpanjangan. Bila diuji macam ni selalu tenangkan hati dan pujuk hati bahawa korang semua insan terpilih sebab Allah nak bagi ujian itu untuk menaikkan darjat keimanan korang atau secara halus menegur korang untuk kembali mengingati-Nya bila sedikit tersasar. Lagi satu, mungkin ujian itu sebenarnya tak sebesar mana dan mampu untuk dihadapi kita dengan sedikit kesabaran.

Dalam dua tahun berpindah ke KL ni, dah dua tahun juga family Helang diduga dengan ujian ‘kesakitan’ di kalangan ahli keluarga. Tak pasti lah asbab nya. Makanankah? Persekitarankah? Mula-mula berpindah Helang ingat our life will be better. Tapi memang bila difikirkan dan secara jelasnya our family life become more hectic – what with travelling to and from work/school yang makin mengambil masa kerana ‘jammed’, sekolah yang juga agak jauh dari rumah dek kerana nak transitkan the kids kat rumah “Wan” dan “Aki” dan juga kids ever growing demands since they all tengah dalam process ‘growing up’.

Nak jadi cerita, dah tiga kali my other half hospitalized due to health problems. Bukan ler yang berat-berat sangat pun dan bukan due to genetic reasons. But more to foods and environment. Tahun lepas due to severe food poisoning (salmonella bacteria), and this year dua kali ( Jan : leptospirosis, Apr : denggi). So, you can imagine how hectic Helang was in between work, kids and hospital. Bila tanggungjawab dua orang parents terpaksa dipegang oleh seorang je and at the same time do the hospital visits and sleep over there, it can be tiring. During that period when my other half was hospitalized, I always keep telling myself to be strong and remain healthy sebab I can’t afford to let down any of my loved ones ( hubby at the hospital and kids at the grandparent’s house). Yang bagusnya bila dah pindah dekat dengan parents/other family members, we can seek for their help and they are always there to help. Bila hubby dah recover and was discharged from the hospital, there was certain time I nearly broke down and cried of relief because everything was back to normal. Syukur sangat!

So, what did I do to calm myself? Selalu fikir yang maybe kita ni insan terpilih untuk diuji. At the same time insaf jugak sebab mungkin Allah nak tegur kealpaan dan kekhilafan bila agak leka dengan kehidupan dunia. Kalau tengok dunia sekeliling, ada manusia yang diuji lebih teruk lagi. Remember Syria? Mesir? MH370? How would you be if you are at the person who involved in those events? Redhakah? Kuatkah nak tanggung kesusahan/kehilangan yang ditanggung? Jadi bersabarlah dengan sedikit ujian yang Allah beri. Jangan sedih dan kuatkan hati!

Sunday 2 March 2014

Local, Japanese, Korean and Conti

Assalamualaikum...

After almost 9 years MYVi ku berkhidmat dengan mileage 125k, Helang decide nak tukar kereta. Itupun sebab tak sanggup redah jem dengan manual car everyday to and from work. 

So past few weeks adalah check out few cars untuk ganti myvi itu. Criteria : hatchback type coz Helang naik sorang je dan jarang bawa penumpang - but must be comfortable enough bila bawa penumpang. Tapi cerewet gak, naklah jugak yang ada good accessories walau budget tak seberapa.

Ikutkan nafsu memang ada few car brands jadi idaman hati, tapi rasanya kenalah be rationale dan berpijak di bumi nyata sebab tak nak jadi 'biar papa asal bergaya'. Insha Allah nak beli rumah under my name so, tak boleh guna max available income.

Kalau takde aral, insha Allah by end of this month Myvi itu akan bertukar tangan. Hope everything goes well. Amin.

P/s : baru nak tukar from local car to japanese car. Whereas my hubby dah pun upgrade from japanese car to conti car. Talk about income disparity between me and hub.

Wednesday 19 February 2014

On Different Road…


Bismillahirrahmanirrahim..

It’s already a month since I have started new job at new company. Oklah, boleh survive. Though ada few policies yang I felt so ridiculous and not so humanly (for me lah, maybe ok for others),  in terms of work-wise - as expected. Learning, but definitely not struggling. Of course first week rasa something different and a bit ‘lost’ (due to different environment), but as the tasks grow, I become better. Life goes on, as some people may said. Past few weeks, when discussing with few colleagues about certain policies yang I have not agreed to be implemented, at the end, when we observe that staff kat situ can compromise and stayed in the company and survived ( either willingly accept the policies or not). After a while maybe dah adapt dengan culture, environment and policies kat situ.


I still have not shown my full potential. Now tengah nak balance dengan new arrangement with my family. Baru sebulan, kan? Sometimes, rasa nak stay cam ni for a while, until I am ready ( more like when my kids dah grown up). Environment kat sini memang different, head of department sangat sibuk dan memang always working late ( I mean if balik everyday pukul 9pm memang kira lambatlah, kan?). Meetings always have to be done beyond working hours for the heads. So if the situation continues like this, terpaksalah I bertahan few years without promotion sebab my kids are growing and need more attention. My Senior Manager pun selalunya balik lambat because nak support the head if she needed anything for the ‘big bosses’. But he doesn’t have small kids to go back to ( dah at his 50s so what do you expect?). He is actually not a supporter for “staying back late = good employee” as opposed to my head, but because he is answerable to my head, terpaksalah he stayed back most of the time.  Good thing he will ‘kacau’ his staff yang tak stay back ( come on lah, working hours end at 5.45pm, but most of the time Helang pun balik around 6.30pm, what do you expect?).


So I quietly prayed that for these few years (5 years maybe?) he will still be around as my superior. And I quietly wish that I can prove to the head that staying back late does not necessarily mean you’re a good staff – my ‘azam’ is to meet all the deadlines of the tasks but at the same time not staying back late. Talk about efficiency. Kelakar. Why do I even need to have a posting for this? Oh, yes. This is what I felt at the moment. Different environment, different culture, different in everything.


Oh, do I need to mention that I write this post while accompanying my son in the hospital? Talk about ‘free time’.

Monday 6 January 2014

Kabel rapuh, kabel kuat, kabel letrik, cable car..

Bismillahirrahmanirrahim....

Lagi dua hari Helang akan ucapkan selamat tinggal pada company tempat Helang berkhidmat sekarang. Memandangkan ini kali kedua Helang resign from the group, rasanya tak perlulah farewell note, kot? Nak buat pun takde mood dan tak sempat sebab ada lagi few things nak follow up walaupun almost nak handover. To my staff, good luck untuk all the tasks yang on-going dan akan datang. Nampak macam under control but ada juga uncertainty. Yang penting stay positive je dan jangan pening-pening kepala.

So, ke mana Helang pergi selepas ini? Walau pun ada colleague yang dah tahu dan meneka dengan betul, Helang takkan reveal selagi mereka tak tanya sendiri face-to-face. Sebabnya mentaliti some of the people sebangsa ni, bila kita dapat kerja kat certain well-known company mesti ada soalan begini, "Guna kabel apa?".

Sebab ada few of the ex-staff pun kerja kat my future company lagilah Helang malas nak reveal. Sebab mesti ingat ex-staff kat future company tu yang recommend or ajak join. And as expected those yang dah tahu where I'm going tu memang ada yang tanya pasal cable. Kat HQ ni  bukannya they all know me and how I work pun, kan? So assumption nya pun begitu. Anyhow, I don't give a damn pun if people thought I got the job through any cable.

Tapi pada sesiapa yang been wondering tu, memang I've got the job guna cable pun. Ni cable besar jugaklah sebab semua orang kenal. Banyak orang jugak yang dapat kerja through this cable and not just for my future company. Beratus-ratus company jugaklah. So pada yang berani nak ubah angin keluar dari kempompong 'complacency' dan nak venture opportunity at different companies, cubalah guna cable yang sama dengan yang Helang guna.
.
.
.
.
.
.
Oh by the way, my cable is JOBSTREET.

Wassalam.

Wednesday 25 December 2013

Sekolah Tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Helang baru je balik dari koperasi sekolah anak bujang yang nak masuk darjah tiga tu, Aiman.
Dah nak hujung cuti baru terkedek2 nak beli buku.. Nasib baik ada lagi buku. Kalau yang takde pun sebab memang takde sampai lagi. Kena tunggu buka sekolah pulak baru beli.

Bila sekolah dah mula tentulah rutin harian pun akan kembali sibuk macam biasa. Dengan bangun pagi lebih awal dari biasa, siapkan sarapan dan bekal, keluar awal untuk hantar ke sekolah, singgah rumah parents untuk letak beg sekolah petang, dan macam2 lagi. Helang terfikir jugak zaman dulu-dulu adakah se'hectic' ini hidup manusia setiap hari bila ada anak yang bersekolah atau menuntut ilmu? Mungkin ibu-ibu jadi lebih sibuk dari pada biasa sebab zaman ni kebanyakan ibu-ibu pun berkerjaya. Kalau ada ibu-ibu yang surirumah pun sibuk jugak sebab anak-anak banyak pula aktiviti setiap hari jadi liffe memang akan 'hectic' jugak.

Tahun ni bila dah masuk tempat kerja baru, Helang dah takkan hantar kids pergi sekolah sebab dah lain jalan. Tapi waktu balik tu agak mencabarlah nak pastikan sampai rumah lebih awal dari hubby dan kids - dengan angan-angan nak masak dinner. Oh, bolehkah agaknya?

Kalau hubby jadi pergi ke luar negara pula kena tukar juga arrangement pagi2 tu sebab dah kena menghantar kids pula. Hectic juga.

Oh, si anak dara Alia tu kami dah tukar ke tadika lain. Still dekat dengan rumah my parents. Dah buat arrangement untuk cikgunya hantar balik ke rumah Wan dan Aki ( my parents). Jadi, Aki-nya tak perlu tergesa-gesa nak ambil Alia dari sekolah dan bolehlah my dad tu masuk kerja awal sikit. Aiman memang dia akan ambil masa balik dari sekolah agama, tapi awal sikit jam 10.30 pagi. Sekolah petang memang pergi balik naik van sekolah jadi tak de masalah pengangkutan di situ.

Dalam pada tengah nak packing untuk pergi bercuti ni ( haha dah akhir tahun baru nak bercuti), terfikir jugak ada tak keperluan sekolah yang kami tak beli lagi? Rasa-rasanya semua dah lengkap. Oh, ya! Kena start gosok baju-baju sekolah ( cuti sekolah ni bab tu memang heaven sikit sebab cuma gosok baju kerja sendiri - hubby punya hantar dobi). Lepas ni nampaknya petang Ahad memang akan ada rutin menggosok baju sekolah anak-anak lagi nampaknya ( eh, bukan ke ada plan nak bawa Alia belajar menunggang kuda?). Oh, 'hectic'nya hidup!

Friday 20 December 2013

Sumbang, menyumbang, sumbangan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Awal minggu ni Helang dapat call from my colleague kat selatan tanah air. Macam cemas je bunyinya.

" Muni, I have bad news! " Helang yang dengar ni dah cuak giler. Have I or my unit overlooked something on any of our work?
" By the way bila last day kat sini?" Tanya dia pulak. Eh, ubah topik ke apa.
" 17 Jan.. tapi kalau ikut baki cuti effective 15 Jan.. Apa bad news yang you nak cakap tadi?"
" Bad news tu Muni resignlah.." Hok aloh.. this fella.. Helang pun gelak lah.
" Baru tahu? Kan dalam meeting hari tu ai dah cakap pasal my manager will head the unit from January onwards dan pasal handover?"
" Memanglah.. masa tu terdetik juga hati saya dan terfikir Muni ni dah resign ke? Tapi seriously tak sempat tanya masa tu dan tak terjangka."
" Tapi sayanglah.. Muni dah lama kat sini.. Bukan senang nak cari orang ada professional like you. Macam saya ni masih jauh lagi tak sampai tahap you pun."
" Andy (bukan nama sebenar) kan ada professional jugak? Lagipun korang janganlah underestimate yourselves. Saya tak rasa ada contribute apa-apa pun kat group ni."
"It's a big lostlah to the group. Sedih pulak."
" Life goes on..."

Lebih kurang begitulah ceritanya. Walaupun dialog bukanlah sebijik-sebijik cam tu. Tapi intipatinya lebih kurang.

Memang sejak dua minggu ni bila cerita pasal my resignation dah diketahui oleh kebanyakan staff dalam group of companies ni, kebanyakannya komen - sayanglah.. you orang lamalah...big lost lah.. company tak counter offer ke? Bla..bla..bla...Dengan top management pulak Helang avoid any conversation on why I'm leaving, where I go... sebab no point cerita pun. I have decided...

But seriously, towards end of my journey in this company, walaupun some people rasa lost, Helang tak nampak pulak why they would feel that way sebab I myself pun tak nampak I have left any big impact to the company. Only the fact that Helang pernah jadi head finance department of the main revenue contributor subsidiary, attend BOD meeting, dikenali oleh Chairman of the Group ( bukan public listed pun) dan top management, but other than that, no 'real' contribution. Lainlah kalo Helang brought new business ke, set up new successful department ke, or anything yang add value to the company... but seriously... nada.

So either I have too high expectation on the meaning of "contribution to the company" or staff kat sini have too low expectation on each other or everyone thought seniority is everything or I underestimate myself. Hehmm..

At this point kalau boleh tak nak cerita tentang perasaan nak meninggalkan company yang dah berkhidmat beberapa tahun. Sebab Helang ni nampak je 'tough' - dalam hati ada taman dan amatlah sentimental. Tipulah kalau kata tak sedih.. but let me just go through my few last days here dengan tenang so that I can quietly leave the company without any fuss.....

Salam Jumaat.

Wednesday 18 December 2013

It's new year again!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dah 19 Dec 2013. Kalau ikut calendar, lagi 12 hari nak masuk tahun baru masihi. Betapalah cepatnya masa berjalan. Seriously. I can't remember having resolutions for this year, so macam tak nampak apa-apa yang dicapai pun. Rasa sedih pun ada. Tapi of course sepanjang tahun ini memanglah banyak benda yang berlaku sama ada berkaitan dengan my life directly or indirectly, atau yang tak berkaitan lansung. Kalau nak buat kronologi sepanjang tahun mengikut tema, seriously kena beberapa postings - of which haruslah Helang takkan buat hohohoo.. talk about laziness...

Awal tahun, nothing much happen, selain dah berpindah semula ke KL dan adjusting life to KL life (yok yo oo je).. After a year of life here now akan berpindah lagi.. Hah! Bukan pindah rumah.. pindah kerja. Seriously! Helang dah meletakkan jawatan di company Helang setelah sekian lama kerja kat sini.. dan berpindah ke company yang hhhmm.. tak jauhlah sangat office nya dari company sekarang.. Tapi arrangement about life and kids will totally change.. dan maybe untuk one year je pulak tu before pindah lagi... Bila sampai masa dan everything comes as destined by Yang Esa adalah nanti entry-entry yang berikutnya. So korang tunggu jelah...

Tapi, nampak tak cantiknya susunan yang telah ditentukan-Nya.. semuanya start afresh di awal tahun baru. Seriously. Harapnya di tempat baru Helang boleh kekalkan prestasi kerja yang baik dan dapat penilaian yang baik juga. Excited? Definitely. Uncertain about the change? Not really. Menggelabah nak masuk tempat baru? Belum rasa lagi.

Apa lagi resolutions new year ek? Belum list down lagi... Seriously. Ada few in my minds.. But belum ada proper plan lagi. Sometimes doing things at the spur of the moments pun will create results... Cuma that is so not me... Helang suka plan. Tapi bila plan tak jadi akan membawa tensi. So, buat masa ni nak habiskan 2013 moment dulu. Nanti everything will fall into places when time comes. Seriously.
.
.
.
.
.
.
.

P/s : So agak2 apa favourite word untuk posting kali ni?