Bismillahirrahmanirrahim...
Helang baru je balik dari koperasi sekolah anak bujang yang nak masuk darjah tiga tu, Aiman.
Dah nak hujung cuti baru terkedek2 nak beli buku.. Nasib baik ada lagi buku. Kalau yang takde pun sebab memang takde sampai lagi. Kena tunggu buka sekolah pulak baru beli.
Bila sekolah dah mula tentulah rutin harian pun akan kembali sibuk macam biasa. Dengan bangun pagi lebih awal dari biasa, siapkan sarapan dan bekal, keluar awal untuk hantar ke sekolah, singgah rumah parents untuk letak beg sekolah petang, dan macam2 lagi. Helang terfikir jugak zaman dulu-dulu adakah se'hectic' ini hidup manusia setiap hari bila ada anak yang bersekolah atau menuntut ilmu? Mungkin ibu-ibu jadi lebih sibuk dari pada biasa sebab zaman ni kebanyakan ibu-ibu pun berkerjaya. Kalau ada ibu-ibu yang surirumah pun sibuk jugak sebab anak-anak banyak pula aktiviti setiap hari jadi liffe memang akan 'hectic' jugak.
Tahun ni bila dah masuk tempat kerja baru, Helang dah takkan hantar kids pergi sekolah sebab dah lain jalan. Tapi waktu balik tu agak mencabarlah nak pastikan sampai rumah lebih awal dari hubby dan kids - dengan angan-angan nak masak dinner. Oh, bolehkah agaknya?
Kalau hubby jadi pergi ke luar negara pula kena tukar juga arrangement pagi2 tu sebab dah kena menghantar kids pula. Hectic juga.
Oh, si anak dara Alia tu kami dah tukar ke tadika lain. Still dekat dengan rumah my parents. Dah buat arrangement untuk cikgunya hantar balik ke rumah Wan dan Aki ( my parents). Jadi, Aki-nya tak perlu tergesa-gesa nak ambil Alia dari sekolah dan bolehlah my dad tu masuk kerja awal sikit. Aiman memang dia akan ambil masa balik dari sekolah agama, tapi awal sikit jam 10.30 pagi. Sekolah petang memang pergi balik naik van sekolah jadi tak de masalah pengangkutan di situ.
Dalam pada tengah nak packing untuk pergi bercuti ni ( haha dah akhir tahun baru nak bercuti), terfikir jugak ada tak keperluan sekolah yang kami tak beli lagi? Rasa-rasanya semua dah lengkap. Oh, ya! Kena start gosok baju-baju sekolah ( cuti sekolah ni bab tu memang heaven sikit sebab cuma gosok baju kerja sendiri - hubby punya hantar dobi). Lepas ni nampaknya petang Ahad memang akan ada rutin menggosok baju sekolah anak-anak lagi nampaknya ( eh, bukan ke ada plan nak bawa Alia belajar menunggang kuda?). Oh, 'hectic'nya hidup!
No comments:
Post a Comment