Wednesday, 26 October 2011

Beza minat dan kepandaian

Dengan nama Allah saya mulakan post hari ni.
Macam tak best pulak bahasakan diri sebagai saya ni. Bunyi macam budak "nerd" je (walaupun zaman sekolah dulu saya memang budak nerd). So from today's post onwards, saya bahasakan diri sebagai Helang je...
By the way, Helang sekarang bekerja dalam private sector as an accountant. Tu secara genaral, tak perlu lah tau secara specific nya jawatan Helang apa. Macam mana boleh jadi accountant? Zaman sekolah dulu, cita-cita sebenarnya nak jadi reporter sebab my dad adalah reporter. Seronok tengok dia pegi overseas for assignment. Dalam pada itu adalah jugak contribute stories untuk majalah sekolah dan suka-suka buat skrip cerita. Tapi tukang baca cuma kawan sekeliling je.. yang penting, memang minat masa tu dalam bidang penulisan.
Tapi masuk je form 4, Helang telah mengambil subjek perakaunan yang mana masa form 3 itu adalah topic yang paling Helang tak suka dalam subject Kemahiran Hidup. Bayangkan semua soalan akaun mesti Helang salah. Masa tu memang menyampah lah topic accounting ni. Dahlah dalam kelas asyik tidur. Memang tak tau apa2 tentang debit credit, akaun tunai, lejar lah macam2 accounting terms.
So, ingatkan bila masuk MRSM, boleh pilih option subject Economics. Rupa-rupanya subject Prinsip Akaun wajib diambil di MRSM tersebut. Nak tak nak terpaksa ambil dan belajar. Tapi start masuk MRSM ni yang bagusnya Helang dah tak tidur dalam kelas. Dan kebetulan cikgu Prinsip Akaun tu ajar dengan komited dan penerangan yang diberi jelas. Bila time exam je, Helang selalu dapat A. Lama2 dari tak suka terus suka subject tu (yang sebenarnya bukan le suka sangat, tapi sebab dah tahu dan pandai debit credit kot).
Bila dah pandai subject ni, so inilah yang menjadi pilihan hati untuk masuk universiti. Sebab rasa boleh bawak dan 'score'. Sampailah ke hari ini, my career pun menjurus kepada accounting and finance. Tapi sebenarnya minat menulis tu masih ada. Cuma ada kekangan waktu. Mungkin Helang patut jadi lecturer dan start publish my own journals. Mujur jugak dengan technology canggih wujudnya internet, laman sosial dan blogs, ada ruang /medium untuk menulis walaupun bukan untuk 'academics or career purpose'.
Jadi for you guys out there, kalau tak minat sesuatu tak semestinya you guys tak boleh buat. dengan usaha dan kefahaman you guys akan jadi pandai sesuatu perkara tu. Tak perlu tunggu minat. Dan mana adik2 yang masih belajar tu, kalau tak dapat jurusan yang you all minat, jangan frust. Belajar je dulu course yang you all dapat tu, then, bila ada kesempatan, you all boleh kejar impian ikut minat you all tu. Apa yang Allah dah takdirkan itu sebenarnya itu yang terbaik untuk you all walaupun you all rasa bukan yang terbaik. Dah memang Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk you all takkan nak argue pulak? Cuma kena terima segala takdir dengan lapang dada, ok?

P/S : Hikmah terlibat dalam bidang account compared to being reporter bagi Helang? Gaji Helang skrg lebih banyak daripada jadi reporter. At my current position, I am the youngest head of department. Alhamdulillah.

P/S : Sebenarnya Helang minat jugak cabang seni ni... music lah, photographylah. Tapi tak pandai. Minat tapi tak pandai. Ada beza tu.

2 comments:

Ini Mashi said...

Wahh... dah ade blog... Haha.. samelah, time sekolah rajin buat cerpen bagi member baca, pastu masuk dlm majalah sekolah... Nak jadi reporter gak, tapi cam x sesuai...wakaka... Ape2pun, welcome to the club! Helang ye... Nanti kucing cakar beliau! hehe... happy blogging! XD

Helangmerah said...

Biasalah... dulu gua "silent reader " je... huhuhu..