Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni...
Macam yang Helang letak dalam profile, Helang dah ada sepasang cahaya mata. Yang sulung boy, yang second girl.. yang third... nampaknya belum ada lagi... Walaupun baru dua, tapi lasak nya mengalahkan 10 orang. Yang abang dengan peel nya, yang adik dengan karenahnya, kalau tak sabar memang boleh jadi hangin je satu badan. Helang ni memang ler panas baran orangnya, so, kalau budak berdua tu buat pe'el, memang ada orang yang akan naik suara ke tahap G flat. Dan kalau ada yang bertanya apsal Helang maintain kurus walaupun dah ada 2 orang anak, maka jawabnya kerana selalu mengangkat 2 orang budak yang boleh tahan beratnya.. Free exercise..
Dah besar ni budak2 ni boleh tahan jugak mulut they all ni. Tapi sebab they all tengah nak belajar dan make their own discovery, as a mom, Helang layan kan je lah. Alhamdulillah, Helang jumpa ini blog --> anakku soleh, Helang banyak belajar camna nak kawal sabar dan didik arah dengan cara yang betul. Kadang2, cara budak2 ni cakap dan bagi reasonings memang melucukan... ada-ada saja nak cakap...
Situasi 1 - Helang tengah pujuk Alia tidur kat bilik sendiri
Helang : Alia, tonight Alia tido sendiri ye? Mummy nak tido kat bilik mummy.
Alia : Alaa... mummy tido dengan Alia lah...
Helang : Tak boleh, Alia dah 'big'. Alia kena tido sendiri. Alia tido dengan abang ye? Mummy nak tido kat
bilik mummy dengan abah..
Alia : Tak boleh-tak boleh. Abang aiman boy, abah boy. Abang Aiman tido dengan abah. Mummy girl, Alia
girl.. Alia tido dengan mummylah...
Helang : ??? ( macam2 le budak ni)
Situasi 2 - On the way balik rumah, baru ambil dari rumah babysitter
Helang : Balik ni nak buat apa? Dah nak maghrib ni...
Aiman : Aiman sembahyang, lepas tu main angry bird...
Helang : Mana boleh main angry bird je.. kena baca book jugak.
Aiman : Ok..ok... sembahyang 3 rakaat, lepas tu baca book, lepas tu makan, lepas tu main angry bird..
Helang : ( Nak jugak tu main angry bird, hish...)
Alia : Abang Aiman nak angry bird koiter ( computer) mummy lah...
Aiman : Eh, bukan computerlah, itu ipad..
Alia : Samalah... ipad sama koiter lah..
Aiman : Mana ada sama.. ipad takde tutup..
Alia : Sama lah tu.. tekan-tekan jugak.., ipad, koiter, samalah.. kan mummy kan??
Helang : ( ???)
P/S : Today actually Aiman demam.. so, hari ni takde plak mintak nak main angry bird... kesian.. senyap sket hari ni. Alia pun boring tak boleh kacau2 abang dia...
Wassalam.
Kesian, budak demam ni... asyik tido je...
7 comments:
perbanyakkan entry dialog dgn budak2 tu plss...ok, link tu jugak bagus.hehe.
ada komen moderator ek...x pasan lak
Tulah pasal.. budak2 ni kalau dilayan bercakap memang mcm2 idea... kalau ingat boleh je letak kat blog..
Moderator tu standard lah..hehehe... saja je nak banyakkan keje utk diri sendiri huhuhu...
dah pandai Alia ni... bagus2
KI : Biasalah, ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi?? :p
tumpah kat mulut blh? hahah
KI : Hhmm.. bolehlah jugak. Jangan tumpah kat lubang hidung dah le...
Post a Comment