Wednesday, 25 December 2013

Sekolah Tahun 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Helang baru je balik dari koperasi sekolah anak bujang yang nak masuk darjah tiga tu, Aiman.
Dah nak hujung cuti baru terkedek2 nak beli buku.. Nasib baik ada lagi buku. Kalau yang takde pun sebab memang takde sampai lagi. Kena tunggu buka sekolah pulak baru beli.

Bila sekolah dah mula tentulah rutin harian pun akan kembali sibuk macam biasa. Dengan bangun pagi lebih awal dari biasa, siapkan sarapan dan bekal, keluar awal untuk hantar ke sekolah, singgah rumah parents untuk letak beg sekolah petang, dan macam2 lagi. Helang terfikir jugak zaman dulu-dulu adakah se'hectic' ini hidup manusia setiap hari bila ada anak yang bersekolah atau menuntut ilmu? Mungkin ibu-ibu jadi lebih sibuk dari pada biasa sebab zaman ni kebanyakan ibu-ibu pun berkerjaya. Kalau ada ibu-ibu yang surirumah pun sibuk jugak sebab anak-anak banyak pula aktiviti setiap hari jadi liffe memang akan 'hectic' jugak.

Tahun ni bila dah masuk tempat kerja baru, Helang dah takkan hantar kids pergi sekolah sebab dah lain jalan. Tapi waktu balik tu agak mencabarlah nak pastikan sampai rumah lebih awal dari hubby dan kids - dengan angan-angan nak masak dinner. Oh, bolehkah agaknya?

Kalau hubby jadi pergi ke luar negara pula kena tukar juga arrangement pagi2 tu sebab dah kena menghantar kids pula. Hectic juga.

Oh, si anak dara Alia tu kami dah tukar ke tadika lain. Still dekat dengan rumah my parents. Dah buat arrangement untuk cikgunya hantar balik ke rumah Wan dan Aki ( my parents). Jadi, Aki-nya tak perlu tergesa-gesa nak ambil Alia dari sekolah dan bolehlah my dad tu masuk kerja awal sikit. Aiman memang dia akan ambil masa balik dari sekolah agama, tapi awal sikit jam 10.30 pagi. Sekolah petang memang pergi balik naik van sekolah jadi tak de masalah pengangkutan di situ.

Dalam pada tengah nak packing untuk pergi bercuti ni ( haha dah akhir tahun baru nak bercuti), terfikir jugak ada tak keperluan sekolah yang kami tak beli lagi? Rasa-rasanya semua dah lengkap. Oh, ya! Kena start gosok baju-baju sekolah ( cuti sekolah ni bab tu memang heaven sikit sebab cuma gosok baju kerja sendiri - hubby punya hantar dobi). Lepas ni nampaknya petang Ahad memang akan ada rutin menggosok baju sekolah anak-anak lagi nampaknya ( eh, bukan ke ada plan nak bawa Alia belajar menunggang kuda?). Oh, 'hectic'nya hidup!

Friday, 20 December 2013

Sumbang, menyumbang, sumbangan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Awal minggu ni Helang dapat call from my colleague kat selatan tanah air. Macam cemas je bunyinya.

" Muni, I have bad news! " Helang yang dengar ni dah cuak giler. Have I or my unit overlooked something on any of our work?
" By the way bila last day kat sini?" Tanya dia pulak. Eh, ubah topik ke apa.
" 17 Jan.. tapi kalau ikut baki cuti effective 15 Jan.. Apa bad news yang you nak cakap tadi?"
" Bad news tu Muni resignlah.." Hok aloh.. this fella.. Helang pun gelak lah.
" Baru tahu? Kan dalam meeting hari tu ai dah cakap pasal my manager will head the unit from January onwards dan pasal handover?"
" Memanglah.. masa tu terdetik juga hati saya dan terfikir Muni ni dah resign ke? Tapi seriously tak sempat tanya masa tu dan tak terjangka."
" Tapi sayanglah.. Muni dah lama kat sini.. Bukan senang nak cari orang ada professional like you. Macam saya ni masih jauh lagi tak sampai tahap you pun."
" Andy (bukan nama sebenar) kan ada professional jugak? Lagipun korang janganlah underestimate yourselves. Saya tak rasa ada contribute apa-apa pun kat group ni."
"It's a big lostlah to the group. Sedih pulak."
" Life goes on..."

Lebih kurang begitulah ceritanya. Walaupun dialog bukanlah sebijik-sebijik cam tu. Tapi intipatinya lebih kurang.

Memang sejak dua minggu ni bila cerita pasal my resignation dah diketahui oleh kebanyakan staff dalam group of companies ni, kebanyakannya komen - sayanglah.. you orang lamalah...big lost lah.. company tak counter offer ke? Bla..bla..bla...Dengan top management pulak Helang avoid any conversation on why I'm leaving, where I go... sebab no point cerita pun. I have decided...

But seriously, towards end of my journey in this company, walaupun some people rasa lost, Helang tak nampak pulak why they would feel that way sebab I myself pun tak nampak I have left any big impact to the company. Only the fact that Helang pernah jadi head finance department of the main revenue contributor subsidiary, attend BOD meeting, dikenali oleh Chairman of the Group ( bukan public listed pun) dan top management, but other than that, no 'real' contribution. Lainlah kalo Helang brought new business ke, set up new successful department ke, or anything yang add value to the company... but seriously... nada.

So either I have too high expectation on the meaning of "contribution to the company" or staff kat sini have too low expectation on each other or everyone thought seniority is everything or I underestimate myself. Hehmm..

At this point kalau boleh tak nak cerita tentang perasaan nak meninggalkan company yang dah berkhidmat beberapa tahun. Sebab Helang ni nampak je 'tough' - dalam hati ada taman dan amatlah sentimental. Tipulah kalau kata tak sedih.. but let me just go through my few last days here dengan tenang so that I can quietly leave the company without any fuss.....

Salam Jumaat.

Wednesday, 18 December 2013

It's new year again!

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni dah 19 Dec 2013. Kalau ikut calendar, lagi 12 hari nak masuk tahun baru masihi. Betapalah cepatnya masa berjalan. Seriously. I can't remember having resolutions for this year, so macam tak nampak apa-apa yang dicapai pun. Rasa sedih pun ada. Tapi of course sepanjang tahun ini memanglah banyak benda yang berlaku sama ada berkaitan dengan my life directly or indirectly, atau yang tak berkaitan lansung. Kalau nak buat kronologi sepanjang tahun mengikut tema, seriously kena beberapa postings - of which haruslah Helang takkan buat hohohoo.. talk about laziness...

Awal tahun, nothing much happen, selain dah berpindah semula ke KL dan adjusting life to KL life (yok yo oo je).. After a year of life here now akan berpindah lagi.. Hah! Bukan pindah rumah.. pindah kerja. Seriously! Helang dah meletakkan jawatan di company Helang setelah sekian lama kerja kat sini.. dan berpindah ke company yang hhhmm.. tak jauhlah sangat office nya dari company sekarang.. Tapi arrangement about life and kids will totally change.. dan maybe untuk one year je pulak tu before pindah lagi... Bila sampai masa dan everything comes as destined by Yang Esa adalah nanti entry-entry yang berikutnya. So korang tunggu jelah...

Tapi, nampak tak cantiknya susunan yang telah ditentukan-Nya.. semuanya start afresh di awal tahun baru. Seriously. Harapnya di tempat baru Helang boleh kekalkan prestasi kerja yang baik dan dapat penilaian yang baik juga. Excited? Definitely. Uncertain about the change? Not really. Menggelabah nak masuk tempat baru? Belum rasa lagi.

Apa lagi resolutions new year ek? Belum list down lagi... Seriously. Ada few in my minds.. But belum ada proper plan lagi. Sometimes doing things at the spur of the moments pun will create results... Cuma that is so not me... Helang suka plan. Tapi bila plan tak jadi akan membawa tensi. So, buat masa ni nak habiskan 2013 moment dulu. Nanti everything will fall into places when time comes. Seriously.
.
.
.
.
.
.
.

P/s : So agak2 apa favourite word untuk posting kali ni?