Tuesday 19 November 2013

Harimau mati meninggalkan belang...

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa sedang menyelusuri FB hari ni, tiba-tiba ternampak satu posting tentang seorang anak muda bernama Ahmad Ammar. Kalau ikutkan selalunya Helang memang malas nak bukak video posting sebab malas hahaha.. merepek apakah aku ini? Tapi entah kenapa sambil breakfast nasi goreng cilok from rumah my mom tadi terasa pulak nak bukak video tu ( from youtube sebenarnya). Lagi hairan sebab bila youtube tu tulis dalam kenangan ( 1993-2013), hati tertanya-tanya siapa sebenarnya dia.

Maybe sebab wifi tak berapa bagus kat pantry  tu tiba-tiba video from youtube tu terputus. Helang decide untuk cari siapa sebenarnya anak muda ini. Bila membaca blog Ustaz Hasrizal kat sini, baru tahu siapa budak yang muda 15 tahun dari Helang ni. Can you imagine for such a young age, he touches the heart of many people walaupun tak kenal secara direct? Bacalah tentang Ammar, dan baru hati keras tu akan terasa betapa insafnya diri ini yang tak menyumbang apa-apa pun, bukan sahaja negara, hatta masyarakat sekeliling pun.




Jangan ingat kubur tempat persemadian arwah Ammar ni tidak signifikan dan biasa-biasa je. Tahukah anda bahawa tak pernah dalam sejarah ada rakyat asing disemadikan di kawasan perkuburan yang di dalamnya ada sahabat ternama Nabi S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansari r.a. Tapi kerana Ammar telah menyentuh hati ramai orang termasuk ketua daerah Eyub di Turki itu ( if x salah - maybe Helang kena check fakta ni), maka buat pertama kalinya seorang rakyat Malaysia dibenarkan dikebumi di sini.

Helang tak nak cerita panjang tentang arwah Ammar ni, sebab ceritanya korang boleh dapat dalam banyak blog postings. Helang just nak share supaya korang tahu dan tak jadi ignorant like I used to be. Beruntung ibu bapa arwah Ammar. Dan Helang juga berharap supaya my kids pun tergolong dalam orang2 yang diberi keberkatan oleh Allah. This is like a slap on my face and I hope I become better mother to my kids.

Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.

No comments: