Saturday, 23 November 2013

Jalan-jalan cari breakfast

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah ni mulahlah banyak jemputan kenduri kahwin. Tak ketinggalan Helang ni. Sabtu 23 Nov 2013 Helang ke Pahang untuk kenduri kahwin cousin Helang. Memandangkan kat Temerloh je, kitorang takdelah perlu keluar awal sangat atau ribut nak bermalam di mana-mana.

So, pagi-pagi tu hubby cadang weols cari tempat baru untuk breakfast. Sebab nak ke Pahang, antara location yang on the way ke sana dari Shah Alam adalah Sg Buloh, Kota Damansara dan Kepong. Tapi yang paling mudah tentunya Sg Buloh.

Cari punya cari (sampai sesat jalan), kitorang jumpalah satu restoran ni. Dari luar memang nampak menarik. Masuk dalam pun terasa cosy. Interior menarik. So takdelah ragu-ragu sebab nampak bersih.

Nama restoran tu Tempayan. Menu breakfast actually standard je. Tapi most of it dah dihidang, so memang ambil sendiri atau self-service kecuali drinks. Memandangkan my kids yang tak adventurous when it comes to food, so theyols order menu standard - roti canai.

Helang adalah meninjau- ninjau jugak what's available. Waktu breakfast ni selain roti canai, ada juga nasi lemak bungkus, soto, laksa dan lontong. Waktu tu dah jam lebih kurang 8.45 pagi, tapi nampaknya pekerja-pekerja dah mula menghidang lauk tengahari ( mungkin jugak sebab tak jauh dari industrial area, ada pekerja kilang yang nak tapau lauk tengahari awal).

So, Helang decide untuk makan soto while hubby ambik favourite dia - lontong. Dari segi rasa, memang ok. Lagi ok sebab kuah tu kita yang ambil sendiri, jadi suka hatilah nak ambil banyak mana. 

Maybe next time weols kena buat trip untuk lunch or dinner - sebab ada western corner, maybe tu untuk malam kot. Lagi satu, dalam business card ada mention tentang masakan Cina Muslim dan masakan tomyam (ala Thai agaknya). Overall, if you all jenis yang pentingkan tempat yang cosy lagi bersih dan tenang, bolehlah berkunjung ke restoran Tempayan di alamat ini:

7398, Tgkat Bawah,
Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh
47000 Sg Buloh, Selangor
Tel: 03-61512221
Facebook:www.facebook.com/tempayan.tempayan

Tuesday, 19 November 2013

Harimau mati meninggalkan belang...

Bismillahirrahmanirrahim...

Entah kenapa sedang menyelusuri FB hari ni, tiba-tiba ternampak satu posting tentang seorang anak muda bernama Ahmad Ammar. Kalau ikutkan selalunya Helang memang malas nak bukak video posting sebab malas hahaha.. merepek apakah aku ini? Tapi entah kenapa sambil breakfast nasi goreng cilok from rumah my mom tadi terasa pulak nak bukak video tu ( from youtube sebenarnya). Lagi hairan sebab bila youtube tu tulis dalam kenangan ( 1993-2013), hati tertanya-tanya siapa sebenarnya dia.

Maybe sebab wifi tak berapa bagus kat pantry  tu tiba-tiba video from youtube tu terputus. Helang decide untuk cari siapa sebenarnya anak muda ini. Bila membaca blog Ustaz Hasrizal kat sini, baru tahu siapa budak yang muda 15 tahun dari Helang ni. Can you imagine for such a young age, he touches the heart of many people walaupun tak kenal secara direct? Bacalah tentang Ammar, dan baru hati keras tu akan terasa betapa insafnya diri ini yang tak menyumbang apa-apa pun, bukan sahaja negara, hatta masyarakat sekeliling pun.




Jangan ingat kubur tempat persemadian arwah Ammar ni tidak signifikan dan biasa-biasa je. Tahukah anda bahawa tak pernah dalam sejarah ada rakyat asing disemadikan di kawasan perkuburan yang di dalamnya ada sahabat ternama Nabi S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansari r.a. Tapi kerana Ammar telah menyentuh hati ramai orang termasuk ketua daerah Eyub di Turki itu ( if x salah - maybe Helang kena check fakta ni), maka buat pertama kalinya seorang rakyat Malaysia dibenarkan dikebumi di sini.

Helang tak nak cerita panjang tentang arwah Ammar ni, sebab ceritanya korang boleh dapat dalam banyak blog postings. Helang just nak share supaya korang tahu dan tak jadi ignorant like I used to be. Beruntung ibu bapa arwah Ammar. Dan Helang juga berharap supaya my kids pun tergolong dalam orang2 yang diberi keberkatan oleh Allah. This is like a slap on my face and I hope I become better mother to my kids.

Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam.