Saturday, 24 November 2012

Paris Experience 2 - Disneyland


Salamun alaikum..

Our destination!
Lagi cerita Paris. Weekend 17 dan 18 Nov 2012, kami pergi Disneyland! Actually hubby dah beli tiket before Helang sampai Paris lagi. Dan memang plan untuk pergi Disneyland during that weekend. Tolak weekend yang baru sampai hari tu, memang tinggal dua weekend je untuk berjalan-jalan. So, memang kena plan ahead nak pergi mana. Dan sebab dah sampai Paris ni, memang tak sah tak pergi Disneyland. Bukannya apa, dah bawa kids ni tentulah kena cari tempat yang boleh ‘tailor’ to their requirements. Kalau tiap-tiap minggu pergi muzium pun bosan juga budak-budak tu,kan? Exactly..

Pagi Sabtu 17 Nov, awal pagi dah bersiap. Sebab tak sure kat situ senang dapat fish and chips or foods yang weols boleh makan, Helang bawak some ‘bekal’ like sosej rebus, roti, pisang dan kudap-kudap macam chocolates. Dari La Defense, weols naik RER ke Marne La Valle ( last stop) yang memang terus ke Disneyland.Tapi, sebelum sampai kat Marne La Valle, weols stop kat Val D’Europe dulu. Hohoho.. agak-agak ada apa kat sini ye? Jeng..jeng..jeng…




Actually weols stop kat sini sebab nak pergi La Valle Village outlet. Kat sini barang-barang harga dia lebih murah daripada retail outlet. Alah, yang macam Johor Premium Outlet kat Malaysia tu. Tapi, tak semua brand ada kat sini. Beberapa brands yang Helang nak check out adalah Burberry, LK Bennet, Guess, Coach dan Longchamps. Louis Vuitton takde kat sini ya, adik-adik. So jangan mimpi nak dapat LV punya barang dengan harga factory outlet. Tapi, after a while jalan-jalan situ, Helang tak beli apa-apa sangat selain dompet untuk adik Helang dan kasut. Itupun kasut tu last minit sebab rasanya susah nak jumpa kasut yang menepati citarasa Helang ( tinggi tak lebih 2 inci). Kat sini kasutnya semua jenis tinggi dan heels nya kecik. Well, nak buat macam mana, dah namanya pun factory outlet, maybe saja je tak letak items yang best. Sebenarnya Helang nak cari sandal Clarks. Tapi brand tu takde kat sini. Pasrah je lah.

Sebab tak nak buang masa lama-lama kat situ, weols pun zass!! ke Disneyland pulak. Another stop je pun dari Val D’Europe tu. Walaupun weols akan bermalam di situ, weols tak terus checkin sebab tak nak buang masa ulang-alik dari hotel ke Disneyland ( walaupun dalam kawasan yang sama, tapi sebab besar tempatnya kira 10 minutes walk juga). Bag letak kat storage counter dan apa lagi… masuk je lah. Kat sini ada dua tempat, Disneyland Park dan Walt Disney Studio. Dua-dua pun ada mainan macam-macam with their own theme. Untuk first day, weols pergi ke Disneyland Park dulu.

Sebelum masuk, haruslah ambil map dulu supaya senang nak decide nak main apa, makan kat mana dan sebagainya. Dalam Disneyland Park, ada lima themes, Main Street USA, Discoveryland, Fantasyland, Adventureland dan Frontierland. Memandangkan Alia is so into ‘princess’ theme, weols ke Fantasyland dulu. Ada big castle menunggu is Sleeping Beauty Castle. Takde mainan apa-apa pun, just some stories about the Sleeping Beauty yang kita dah tengok kat movie. Kebetulan selepas keluar dari castle tu, dalma pukul 1.00pm, ada Christmas Parade. Weols pun tengoklah parade tu dengan pelbagai watak kartun termasuk Mickey and the Gang. Parade macam tu memang dia dah ada mention dalam map pukul berapa akan keluar. So kalau kebetulan time tu kita tak ‘stuck’ beratur untuk main, memang boleh tengok lah parade tu.

Dah nama datang dengan small kids ni, permainan pun kena pilih-pilih. Dalam map dah inform yang mana untuk families with small kids dan yang mana untuk teenagers and above. Our first ride, as per kids’ choice, naik carousel. Mak aih! Agaknya sebab weekend, nak main mana-mana permainan ni kalau tak beratur setengah jam ke sejam, memang tak sah. Sebab itu kalau nak datang sini, better ambil two-days and above trip. Weols just sempat main Carousel, Flying Dumbo, Alice’s Curious Labyrinth, dan It’s a Small World dalam Fantasyland. Dah petang sikit, ada another parade lalu around 4pm. Lepas parade, weols decide pergi ke Frontierland.

 











Kat Frontierland, cuma sempat naik Thunder Mesa Riverboat. Itupun hari dah gelap sebab malam kat sini start pukul 5pm. Lepas naik boat, pergi makan malam kat one of the restaurants yang ada jual fish and chips. Nasib baik map dia lengkap, siap infor kat restaurants tu apa menus dia so tak delah susah payah nak mencari restaurant/cafe yang bolwh weols masuk. Kalau ikutkan, actually for closing ada fireworks. But that would be 10pm, kids dah tak larat dan penat. So weols decide check in hotel dan sambung main esoknya je. 



Hotel yang weols duduk, Sequoia Lodge, within the Disneyland compounds, ada free shuttle bus to and from the hotel. Hotel-hotel within Disneyland compound ni ikut theme jugak. Dan dah rezeki weols, dari bilik biasa, dapat upgrade pergi suite yang besar. Ni gara-gara orang counter tu dok borak dengan hubby yang dia pernah datang Malaysia. Kelakar pulak rasanya. When people feel good about something, they are willing to give more than expected. Well…



The next day, 18 Nov 2012.

Nak kata bangun lambat, tak jugak. Ikut body clock yang biasa jugak. Tapi keluar hotel tetaplah lambat jugak. Kids masih kepenatan kot. Tambah lagi waktu breakfast pun turun lambat. Weols terus check out dan decide untuk letak bag kat baggage counter macam the day before. Walaupun banyak lagi tak cover kat Disneyland Park, tapi weols decide terus pergi ke Walt Disney Studio. Unfortunately hari tu hujan renyai-renyai. So everyone need to put on head cover most of the time. But mind you, walau hujan sekalipun, orang yang datang tak kurang pun, malah makin ramai. Sunday kot.

Walt Disney Studio ni, ikut map macam tak sebesar Disneyland Park. Tapi dah masuk tu, sebenarnya sama besar juga. Tapi number of games tak sebanyak kat Disneyland Park. Sebab ada places tu ada timing macam Disney Live on Stage (20 minutes), special effects presentation ( 45 minutes) dan Cinemagique (30 minutes). Like on Saturday, weols kena pilih anything yang boleh kids join juga. Walt Disney Studio ni ada tiga theme je, Toon Studio, Backlot dan Production Courtyard.














So yang sempat weols main atau join sepanjang weols kat situ until around 4pm adalah Cars Race Rally, Toy Soldiers Parachute Drop, Slinky Dog Zigzag Spin, Studio Tram Tour dan Armegeddon: les Effects Speciaux. Cars, Toy Soldier dan Slinky Dog kat bahagian Toon Studio, Studio Tram Tour kat Production Courtyard dan Armegeddon kat bahagian Backlot. Yang mencabar sikit (especially for small kids – and I wonder why they think budak 4-years old like Alia boleh join) adalah Toy Soldier Parachute Drop. Rasa tak percaya pulak my kids main benda tu. Macam biasa, untuk join the games memang kena beratur panjang. Dan with kids, you have to have some time untuk take a break untuk rehat, makan dan lain-lain. 
Aiman officially recruited as parachuters..hoho
Can you believe Alia naik ni?



















Tapi pengalaman ni memang menyeronokkan. Memang tak cukup untuk cover semua games dalam dua hari tu ( unless you are grownups dan boleh lari sana sini untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat ). So, if ada chance when the kids are bigger, mungkin boleh datang lagi ke sini ( or other Disneyland perhaps?).






P/S : I wonder if experience kat Legoland, Johor will be as good as this?

3 comments:

Ini Mashi said...

Untungla adik uolls... dibelikan dompet..wawawa... my all jeles sangat uolls...hahaha..

helmihamdan said...

Jgn ler compare kan dgn legoland kat Malaysia...kat Malaysia xbole pki baju sejuk..nanti org ckp xbetul pulak...hahahahaha

Helangmerah said...

Ini Mashi... sapa ntah adik iols tu, kan??

Helmi : Memanglah tak boleh compare coz Disneyland tu sgt besar.. Tapi keseronokannya mungkin comparable.
Tang yang pakai baju sejuk tu nak buek camno.. Mesia bukan negaro ompek musim..