Friday, 30 March 2012

Jadi housewife sehari

Dengan nama Allah Helang post entry ni.

Yesterday, Friday, Helang kena ambik cuti. My babysitter ada kenduri mak sedaranya yang merangkap mak angkat yang menjaganya waktu kecil dan dia nak tolong membuat persiapan. Oklah, takkan nak jadi selfish plak, kita pun akan ada masa-masa begitu.

So, indirectly Helang konon2nya jadi housewife sehari lah ni. Pagi2 bangun macam biasa, siapkan breakfast dan bekal the kids. Bezanya after the kids dah pergi school dengan abahnya, Helang tak perlu terkocoh2 pulak nak kemas dapur dan pergi office.

Lepas dah breakfast dan kemas dapur, mata pun melihat keliling rumah. Tak sepah sangat, so boleh sapu sikit2. Next, tengok pulak kain yang dah berangkat kat bilik belakang. Huh, memang menimbun. Tapi, takde hal, boleh lipat kain sambil tengok tv ( heaven tak?).

Sebelum tu dah keluarkan ayam dari fridge, hajat nak masak nasi ayam untuk lunch. Hubby pun akan balik makan sekali sebab hari Jumaat dia memang akan ambil Aiman bawa pergi solat Jumaat. Dah plan pun nak start masak pukul berapa, nak siap pukul berapa, nak ambil the kids pukul berapa.

Sempat lagi pegi Giant beli barang sikit in between siapkan lunch tu. Lepas masukkan ayam dalam oven, keluar rumah jam 1140am ke arah Aiman's school. Both kids habis school at 12pm on Friday, tapi sebab tadika Alia memang cikgu dia jaga betul budak-budak yang tunggu parents ambil, I better ambil Aiman dulu.

Dah ambil both kids, balik rumah mandikan both, tukar baju. Aiman dah siap pakai baju melayu nak pegi Jumaat. Turun dapur hidangkan lunch kat meja. Tengah layan2 kids makan, hubby pulak sampai, so we all makan sekali. Seronok pulak tengok the kids makan tambah sampai dua tiga kali.

Lepas Aiman balik Jumaat, dan hubby dah pegi kerja semula, kids nak tengok tv cerita bola kampung ke apa. Then pukul 3 pm masing-masing dah duduk kat meja buat homework. Setengah jam, dah siap. Aiman nak main ipad while Alia nak tengok tv. Gave them until 400pm, while Helang ambil kesempatan iron baju-baju uniform for a week. 445pm, after Aiman solat asar, suruh dia relax tengok tv kejap while Helang angkat kain yang dah kering.

520pm to 545pm, layan the kids main bola kat tepi rumah. Ni aktiviti yang Aiman memang tak sabar nak buat. Penat okey, dengan Helang yang jarang exercise ni. Dalam kepala mulalah berangan nak beli basikallah, treadmill lah for exercise.

615pm, after cooling down, mandikan the kids. Kids dah siap mandi dan tukar baju tidur, suapkan pulak dinner. Again, both laju je makan sampai tambah dua kali. Pukul 700pm, hantar Aiman ke kelas mengaji. Between that time Helang pula membersihkan diri dan siap2 hidang dinner. Aiman, balik mengaji, layan dia baca buku pulak, sebab homework dah siap siang tadi. Alia sebab baru tadika, we all tak strict sangat, so dia boleh nak tengok tv or main ipad.

Hubby balik, had dinner together then kemas-kemas dapur. Pukul 9pm dah bawak the kids masuk bilik dan tidurkan they all. Today the kids penat agaknya, usai habis minum susu je both dah pengsan (tidur). Helang pun turun bawah semula lipat kain yang dah angkat tadi.

Huh, agak-agak, kalau everyday cam ni ok tak? Ni kena tanya housewife sekalian, coz bukan selalu Helang boleh dapat sehari begini as I am a working mother with no maid. Dalam hati tu ada jugak perasaan nak jadi housewife je... Tapi, kalau Helang berhenti kerja, akan kuranglah seorang accountant wanita Islam kat malaya ni... So rasanya takdir Helang bukan menjadi housewife buat masa ni...

Tuesday, 27 March 2012

Aiman kena injek!!

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.

Last night, Aiman ada mention kat weols Helang dan hubby yang dia akan kena injek pada hari Rabu ni. Weols malam tadi dan pagi ni pun sibuklah console dia supaya jangan takut kena injek tu. Ingat makam ni nak peringatkan sekali lagi ler kot dia risau nak kena cucuk.

Tup, tup time balik sekolah tadi Aiman cerita dia dah pun kena injek. So masa dalam kereta tu Helang pun saja tanya dia pengalaman kena injek tu.

Helang : Sakit ke kena cucuk?
Aiman : Takdelah.
Helang : Doktor cucuk kat mana?
Aiman : kat sini ( sinsing lengan baju kiri, tunjuk kat bahu)
Helang : Abang tak nangis ke?
Aiman : Tak. Saya berani.
Helang : Ada tak friends abang yang nangis?
Aiman : Tak, tapi Nxxxx dengan Zxxxx ada nangis ( nama dipadam sebab tak perlu disclose pun)
Helang : Masa doktor cucuk tu abang tengok ke?
Aiman : Ye, ada dua ubat. Satu oren, satu hijau.
Helang : Wah! Abang berani tengok doktor?
Aiman : Tak, saya cuma baca doa je.
Helang: Ye ke baca doa? ( bagus jugak budak ni). Abang baca doa apa?
Aiman : Saya baca doa nak belajar.
Helang : ( Laaa.... )
Aiman : Allahummaftah alaina.... Hxxx Rxxxx kata baca doa ni.

Nak gelak pun ada. Layan je lah. Daripada terbaca doa makan.

Sunday, 25 March 2012

Fine dining...

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Memandangkan weekend yang lalu Helang bercuti ke PD, maka tentu you all boleh bayangkan how messy my house is. So this weekend Helang ambil kesempatan untuk mengemas-ngemas rumah, things yang Helang buat every Sunday kalau tak ke mana-mana.
Tapi kalau dah namanya full swing kerja-kerja pembersihan tu, of course lah dapurku itu tak berasap. Oh, but need not worry. Encik hubby memang nak bawak makan kat luar pun.

Kali ni we all try high tea kat River Cafe di Casa del Rio. Tak tau kenapa namanya high tea pedehal waktu buffet tu sekitar jam 12pm to 4pm. Makanan tu standard buffet ler... Cuma 'ambience' kat situ memang menarik..

So those who want to have 'fine dining' boleh cuba "Jazz High Tea" at River Cafe @ Casa del Rio, Melaka.

Thursday, 22 March 2012

Anugerah

Dengan nama Allah Helang tulis entry ni.

Sekarang ni tengah sibuk bebudak ex-SPM 2011 menerima result mereka. Mana2 yang cemerlang kegembiraan, yang tidak tu kesedihan. Tapi yang pasti jumlah yang dapat semua A meningkat lagi. Tapi apa nak hairan. Orang nak jaga KPI. Tunggulah bebudak ni masuk pasaran kerja. Baru tau situasi sebenar.

Tapi bukan semua. Malah ada yang kurang baik resultnya, bila bekerja lebih berjaya. Jadi result SPM tu bukan penentu segala- galanya, ya adik-adik. Kejayaan masih boleh dicapainat a later part of your life.

Tengah belek2 paper tadi sebab nak baca berita result SPM, terjumpa pulsk berita tentang ex-Uni Helang dulu. Dapat anugerah yang dianjurkan oleh APBEST, Hong Kong. Salah seorang yang menerima adalah ex-ketua jabatan accounting cum lecturer Helang dulu. Bangga rasanya universitiku dapat pengiktirafan.

Dulu masa mula2 masuk Uni ni, memang rasa geram dan marah sebab JPA hantar kat sini sebab ekonomi gawat ( beriya nak pegi UK ni). Tapi yang sebenarnya Allah punya perancangan memang yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

P/s: Kenapalah orang ingat statement yang CEO cakap masa birthday part tu adalah aku. Pedehal ku pun tak tahu dan tak dapat apa-apa info lagi tentang itu.

Sunday, 18 March 2012

School break and work break

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Sebenarnya cuti sekolah bulan March yang cuma seminggu ni Helang ingat tak nak ke mana-mana except for training 2 hari kat KL. Alasannya sebab cuti cuma seminggu, biarlah the kids dapat berehat seketika after a few months of hectic life (Aiman ler tu). We all memang plan nak pergi longer vacation masa cuti sekolah June. The kids masih akan ada time untuk berehat sebab cuti sekolah June 2 minggu.

Helang pun nak ambik kesempatan cuti sekolah untuk attend training lebih satu hari yang memerlukan stay overnight. At least my hubby tak perlu kelam-kabut buat semua benda sendirian dari menyediakan sarapan dan ambil Aiman waktu tengahari.

But nampaknya encik hubby memang beriya-iya nak bawak the kids pergi main-main air kat PD. So apa lagi, Helang pun ambil cuti pada hari Jumaat 16 March supaya kami boleh spend 2 nights kat sana.

Sebab hotel yang we all duduk tu memang well recommended (Avillion) - ambil yang chalet atas air - everything was perfect and full of fun. So I guess it's the right thing to bring the kids there and spend our quality time together. Of course Helang pun ambil kesempatan untuk relax dan lupakan hal-hal kerja.

Whilst siang aktiviti bermain air, malam pula aktiviti jalan- jalan cari makan. Untuk that two nights, we all sempat cuba makan kat Restoran Hotel Pantai Ria (makanan seafood muslim - owner dia chinese muslim) dan Restoran Nasreen Songkhla Seafood. Both restaurants are recommended - tak rugi makan coz sedap. Cuma tak sempat snap picture for foods kat Pantai Ria coz teruja sangat nak makan ikan steam Nyonya style dia.

Overall, puas hati dengan this 'getaway'. Hope next trip will also be a memorable one too. Insya-Allah.
Having fun at the beach
'Peacock' yang menyambut kedatangan we all
Yummylicious dinner @ Nasreen
Ramai betul orang makan kat sini - Nasreen Songkhla Seafood

Tuesday, 13 March 2012

Kejamnya manusia...

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Helang dah baca berita ni few days back. Masa tu memang perasaan sedih menghantui diri. Sesedih Helang, tentu lebih sedih ibubapa dan orang sekeliling yang terlibat.

How can people do such thing to this poor little kid? She's just a baby for godsake! Why don't we learn from the past experience? Remember Nurin Jazlin? And the killer is still at large!

I have kids around this age. I hope Allah will always protect them from any harmful event. I don't want to blame her mother, but to you all out there, jangan take for granted with your children. You should remember, as long as they are still kids, they are fragile. Tak payahlah buat alasan anak tu independentlah, apalah.. Budak tu kecik lagi, faham tak??

I am so sad and angry at the same time. Mudah- mudahan Allah lindungi kita dan keluarga kita dari musibah begini. Amin.

Monday, 12 March 2012

Annual leave and leaving...

In the name of Allah, i write this entry.

This week is a school holiday week. Helang pun ambil kesempatan untuk bercuti juga, nak bawa anak-anak helangku itu berkelah di PD. Ek eleh, PD je... Ingat jauh benar nak pergi.

Before that am attending training for two days, so am leaving my office for almost the whole week.

But, as I walked out of office, started my engine, I took a glance at my office building. My heart felt heavy, I can't barely breathe. For a while I thought as if my leaving is for forever. Apakah???? Time will tell....

P/s: yuhuu!!! Cuti-cuti malaysia

Friday, 9 March 2012

Apabila tahap perasan mencapai tahap 10 kuasa 10

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Helang selalu perasan bila Helang pakai baju yang agak 'bright' sket colour dan ala2 dress mesti my doter tegur konon2 nampak 'pretty' atau tanya whether itu baju baru ke (walaupun dah pernah pakai).
Mungkin dia suka tengok mummynya ni pakai cantik2 sket sebab dia pun perasan comel jugak, jadi kalau dia tegur Helang nampak 'pretty' dia boleh cakap yang dia pun comel jugak.

Kebetulan hari ni Helang pakai baju warna 'purple' dan pakai shawl ala2 syria style. Pagi tu dia tanya ,
"mummy pakai dress eh?". Sebab nk cepat pegi KL meeting, Helang takdelah layan sangat soalan dia tu.

Balik petang tu, Helang ambil the kids macam biasa kat rumah babysitter. Tak nyempat2 dalam kereta, terus my doter start this coversation :

Alia : Wah! Mummy 'pretty'lah
Helang: Ya ke? Terima kasih (hidung kembang)
Alia : Alia pun comel (tu sebenarnya dia nak cakap)
Helang : Memanglah Alia comel. Mummy kan pretty sebab tu Alia comel
Alia : Mmm.. Yelah ( nada tak kuasa)
Aiman : @&$$&@????

Okeh, sekian saja edisi perah santan kali ni. Kalau rasa tak sure tahap 'kecomelan' mak Alia ni sila tengok gambar di bawah.


Amacam, 'pretty' tak? 'pretty' tak?
P/s: Entry ini dibuat dalam keadaan kelaparan lepas balik keje. Tulah, sapa suruh control 'ayu' time lunch dengan CFO, hohoho ( bunyi gelak santa claus). So kalau korang rasa nak @&&$$@ redha jelah.... orang tengah lapar memang  @$#&& sket... ;p

Saturday, 3 March 2012

And the game continues...

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.

Patutnya Helang punya 'opis' tak kerja ini hari because first week Saturday. Apparently kena 'bekerja' jugak ( yok yo oo je) sebab kena join main bowling with client. Huh??!! Bowling lagi? Macam takde game lain... But this time dengan group BSFJ pulak. So dapatlah berkenalan dengan orang2 penting bahagian itu ( selama ni dok dengar orang operation dan contract sebut nama je).

Game start pagi ( nasib baik..) kat Ampang Superbowl Kajang. Huish, dari pagi lagi Helang and the geng bertolak dari office... Nasib juga organiser sediakan breakfast, kalo tak, mesti takde energy nak main (konon! Dah makan tu pun main masuk longkang jugak!).

Terasa betapa 'poyo'nya nama itu..
Tapi yang tak tahan tu, ada ke patut staff bowling centre tu suka-suki je letak nickname Helang as 'Ira'. Nama Helang dah cukup pendek ler... Letak nama penuh pun dah ok.


Selain hadiah tempat pertama sampai ketiga dan group 'longkang', ada jugak hadiah cabutan bertuah. Tapi macam biasa, Helang memang jarang bertuah dalam bab cabutan bertuah ni. Ada jugak geng company Helang yang dapat hadiah ni. Daripada enam orang from my company, four of them dapat. Nampak tak begitu tak bertuahnya diriku ini.. Isk..isk...
Liz- walau first time pegi event client pun dapat hadiah
ZAW kalau main bowling tak sah kalau tak menang!


Liz dan Zuraini..
My team
Akhirnya acara berakhir jam 1pm, termasuk sessi penyampaian hadiah dan lunch. Kali ni memang nasib tak begitu baik, walaupun dari segi markah group Helang yang kelima, tapi hadiah sampai tempat ketiga je... Takpelah, yang penting support the company by joining this program (ayat menyedapkan hati).

Mingling session bersama puan SY

P/S : Dengar kata next game nak buat badminton pulak... tapi Helang minta ampun tak nak join. Nanti bukan bulu tangkis yang terbang, raket yang terbang..huhuhu...