Sunday, 22 January 2012

Makan besar???

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.
Weekend ni memang agak relax. Long weekend sempena Chinese New Year. Helang dan family pun ambil kesempatan untuk balik rumah parents. Kebetulan makcik sedara belah hubby ada buat kenduri doa selamat malam Isnin. Kira we all pun "makan besar" jugak lah...

Dari pagi dan petang, Helang dah ke rumah makcik untuk tolong2 apa yang patut. Tak menjadi masalah untuk pergi-balik dari rumah in-law ke kampung (makcik duduk kat rumah arwah nenek) sebab cuma 5 minutes away.

Makanan dimasak secara gotong-royong. Yang datang pun memang kalangan sedara jugak. Rajin betul mak sedara Helang ni prepare macam-macam such as nasi dan lauk, mee jawa, tauhu sumbat, my favourite ikan bakar, ayam bakar dan deserts.

Dah makan, semua orang kekenyangan dan kepenatan. Apa lagi, balik zzzzz... The next day nak balik PJ pulak! Cuti memang menyeronokkan!

2 comments:

Anonymous said...

Alia, makan duduk!huhu

Helangmerah said...

Apsal ntah, malam tu memang Alia agak active... Cik Rina nya nak amik gambar pun dia dok nyakat sambil main2....