Hari ni hari Isnin, kalau orang yang bekerja kengkadang ada syndrome called "Monday blues". Yang sebenar-benarnya Helang pun tak sure syndrome tu dikaitkan dengan apa? Kemalasan ke... kebosanan ke or apa? Yang pastinya Helang hari ni sakit otot paha sebelah kiri dan lengan kanan. Yang kaki tu dah terasa sakit dari hari Ahad lagi. Ni bukannya syndrome penyakit osteoartritis atau lain-lain penyakit sendi yang sewaktu dengannya ( haipp!!.. Helang tak tua sangat lagi tau.... tiap2 hari minum susu, kalsium dalam badan insya-Allah cukup). Tapi sakit ni datang disebabkan satu event yang Helang join pada hari Sabtu malam Ahad kat bawah ni....
...
...
...
...
...
...
..
Tempat ni kalo tak biasa ngan Berjaya Times Square memang tak jumpa.. apa kes tersorok kat ceruk bangunan ni... |
Alkisahnya, Business Development telah menganjurkan friendly bowling match dengan client from Kementerian Kerja Raya, dan telah mewajibkan all head of department untuk main sekali. Jadi dengan berat hati ( bukannya apa, dahlah Sabtu malam Ahad, confirm kena tinggalkan laki dan anak2 kat Melaka, coz event tu kat Berjaya Times Square, malam pulak tu, kalau paling awal habis pun pukul 11pm, pukul berapa nak sampai Melaka??), Helang pun agree to join ( memang compulsory pun). Konon-kononnya canang kat organiser nak amik hadiah "longkang terbaik" sebab Helang bukannya terror main pun, main pun jarang-jarang. Dan nasib baik jugak lakiku yang baik hati tu telah meredhakan bininya ni kerja pada Sabtu malam Ahad tu ( kerja?? main-main adalah. Tapi sebab opis punya event dan dengan client pulak, tu kira bekerja jugak apa.. )
Bini-bini yang terpaksa tinggalkan suami dan anak-anak untuk bekerja di malam minggu... yok yo o je... |
Memandangkan event ni sebenarnya untuk client, so player memang banyak dari side client. Ada 12 groups, every group of four cuma sorang je dari company Helang. Dan setiap group cuma sorang je pompuan. So, teammate Helang adalah Azri, Zulhamim dan Azlan dari KKR ( seriously tak kenal - Helang kan tak deal dengan client, bekerja di balik tabir je). Teammate Helang semuanya boleh tahan belaka bab main bowling ni. Kiranya our team works lah.... tapi tak tau pasal apa malam tu Helang pun main ok walaupun dah lama tak main - my marks was not the last among the four. Kira menyumbang jugak ler pada markah keseluruhan. Agaknya sebab restu encik somi atau hati Helang yang akhirnya redha dan ikhlas jugak join event tu untuk company.
Jangan kutuk score Helang, Helang bukan regular bowlers... Mujur jugak Helang bukan yang last dalam group ni.. |
Nasib baik kedatangan we all berbaloi... adalah jugak dapat tempat dan hadiah. Yang bagi hadiah baju merah tu our CEO.
Another thing yang best, masa balik ke Melaka tu, CEO ajak both of us ladies ni naik kereta dia sekali sebab his driver dah balik Melaka dulu and he's driving alone. So, merasalah Helang naik Passat CC yuhuuu!!!
Tapi tulah, yang tak bestnya, sebab tak biasa main bowling, kaki tangan pun dah sakit-sakit... iskk..isk...
P/S: Teringin nak main bowling dengan somi dan anak-anak. Tapi, anak-anakku kecik2 lagi!!
3 comments:
untunglah...keh keh.
sakan..sakan hangpa noooo.....
RD... lepas ni lagi sakann kot... nak cari projek le katakan..
Post a Comment