Friday, 23 December 2011

Gembira untuk menggembirakan orang...

Dengan nama Allah Helang mulakan post ni...

Selalunya setiap tahun (after dapat bonus..huhuhu) Helang akan bawa staff department Helang makan-makan sebagai "appreciation" for their commitment untuk dept Helang. Sebab Helang ni 'head of department', so salah satu cara untuk appreciate adalah dengan cara ni. Selalunya Helang akan minta permission CEO untuk "time-off" lebih waktu sikit during lunch hour so that dept Helang boleh break lama sikit dan enjoy the makan-makan gathering tanpa perlu rushing ( lunch hour sejam mana cukup nak relax-relax).

Kebetulan dah nak akhir tahun, agak lapang sikit sebelum nak closing account ni, so boleh lah relax dan enjoy sikit. Macam biasa, rule Helang senang je. They decide the place. Kali ni the staff pilih untuk makan buffet kat Renaissance Hotel, after two years in a row previous years makan kat Thai Kings restaurant. CEO pun dah bagi greenlight untuk "time-off", so off we go. Ke arah bandar skit, tapi masa yang di beri tu memang mencukupi.

The best thing about giving this treat is to see the staff enjoying themselves and having a great time to relax from work. Helang punya opinion, walau tak banyak, sedikit pun pasti boleh memberi kesan positif pada work environment and the motivation to work. Ralat sikit kali ini sebab salah seorang 'key staff' tak dapat join sebab baru je bersalin. Takpelah Liz, next time, after your pantang, I'll give you a treat.
Khusyuk betul makan.. nasib baik dah sembahyang Jumaat...
Apa yang kelakar sangat tu, Rezza dan Mi oi...

Cuba teka mana mak dara, mana anak dara?

 

The girls...

The boys...

 








All in ( of course except for Liz..)

P/s : Helang boss dept ni tapi nampaknya dari segi saiz Helang paling kecik... sapa nak jawab tu??

Thursday, 22 December 2011

Surah al-Kahfi di hari Jumaat

Dengan nama Allah Helang mulakan post.
Hari ni hari Jumaat. Entry kali ini agak serius sikit. Sikit je.. tak banyak....
Kalau sebut malam Jumaat dan hari Jumaat, mesti siapa yang rajin baca Quran tak terlepas untuk baca surah Yaasin, kan? Macam dah jadi kebiasaan, malam Jumaat je, Yaasin. Yaasin je malam Jumaat. Tapi tahu tak bahawa ada satu surah lagi yang elok sangat dibaca pada malam Jumaat atau hari Jumaat. Malah ada satu hadis yang menguatkan lagi betapa pentingnya membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Daripada Ali, yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda, “BARANGSIAPA MEMBACA SURAH AL-KAHF PADA HARI JUMAAT, NESCAYA DIRINYA TERPELIHARA HINGGA LAPAN HARI, DARIPADA SEGALA FITNAH YANG MELANDA, DAN JIKA KELUAR DAJJAL SEKALI PUN, DIA AKAN TERPELIHARA DARIPADANYA” [Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5: 355]

Jadi Helang ingin berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa ni dengan mengajak anda semua memahami isi-isi surah al-Kahfi ni supaya dapat dijadikan panduan menghadapi apa yang dikatakan fitnah Dajjal ni. Kalau lebih rajin, carilah rujukan-rujukan untuk menambah lagi pengetahuan  so that boleh nampak "the big picture" apa hikmahnya surah al-Kahfi ni sehingga boleh terpelihara dari fitnah Dajjal (dengan izin Allah). Helang pun masih lagi dalam proses mencari dan ingin memahami maksud tersirat di sebalik surah al-Kahfi ni sebab ilmu Allah ni terlalu luas, tak tercapai kesemuanya oleh manusia.

Kalau sesiapa yang rajin membaca tafsiran surah al-Kahfi, terdapat 4 buah kisah besar yang diceritakan dalam surah itu untuk menjadi tauladan orang-orang yang beriman :
a) Kisah Ashabul Kahfi
b) Kisah seorang kafir yang memiliki kebun dan temannya seorang mukmin
c) Kisah Nabi Musa a.s berguru dengan Nabi Khidir a.s
d) Kisah Zulqarnain

Maka bagaimana kisah-kisah ini boleh dirangkumkan menjadi satu sebab terlindungnya seorang mukmin itu daripada fitnah Dajjal?

Surah al-Kahfi ini sebenarnya menyediakan alat atau "tools" kepada orang-orang beriman seperti berikut :
1) Membetulkan Akidah
2) Membetulkan cara berfikir dan pandangan hidup
3) Membetulkan sistem nilai dengan pertimbangan kepercayaan

Perlu diingat, fitnah Dajjal muncul dalam keadaan kita tidak sedar dengan kemunculannya kecuali bagi orang-orang yang "sudah bangun dari tidur". Ia berlegar-legar dalam kehidupan seharian kita tanpa kita menyedarinya. Maka persoalan 4 kisah di atas seharusnya dapat membantu seorang mukmin membuat timbang tara terhadap persoalan hidupnya seperti :

a) Apakah kepercayaan kita apabila sesuatu yang mustahil berlaku ( seperti kisah Ashabul Kahfi)
b) Apakah harta yang kita miliki merupakan liabiliti, yakni menyebabkan kita riak dan takbur dan lupa bahawa kesemuanya dari Allah ( seperti dikisahkan dalam kisah seorang kafir yang memiliki kebun dan temannya seorang mukmin )
c) Apakah kita sudah berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki untuk menolong kita menghadapi dunia akhir zaman ini atau banyak lagi yang perlu dipelajari ( seperti kisah Musa a.s dan Nabi Khidir a.s
d) Apakah kuasa yang dimiliki oleh kita atau orang-orang sekeliling kita merupakan aset atau liabiliti dalam menghadapi fitnah Dajjal ini? ( seperti yang diceritakan dalam kisah Zulqarnain).

Banyak lagi yang perlu difahami dan dirungkaikan melalui surah ini. Jadi Helang nak mengajak anda semua bersama-sama mengkaji surah ini dan memahami maksudnya. Boleh juga extend pada surah-surah yang lain, dan adalah lebih baik jika anda membaca al-Quran berserta maknanya sekali andainya kurang pengetahuan dalam bahasa Arab. Semoga sedikit perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda semua. Insya-Allah.

Sumber Helang : http://saifulislam.com/
                          Buku " Memahami Keindahan Surah al Kahfi", Ustaz Hj. Zamri Zainuldin dan Ustaz Hj
                                     Mohd Wahid Abd Hanif

P/S : Pencarian Helang belum tamat.. masih ingin mengkaji dan mengkaji.... doakan semoga berjaya.


Saturday, 17 December 2011

Mari makan nasi arab....

Dengan nama Allah Helang mulakan post ini..

Weekend selepas balik bercuti kat Singapore tu, Helang sekeluarga balik ke Banting melawat pak dan mak mertua. Kebetulan 5 Dec 2011 tu birthday pak mertua. So hubby dah pakat2 dengan yang lain nak bawak keluar makan bersama-sama satu family termasuk adik-beradik dia yang tak berapa ramai macam my adik-beradik tu... Mula-mula cadang nak makan kat Putrajaya, tapi sebab tak tau tempat makan mana yang best, we all pun surf internet kalau ada tempat makan menarik nkat area Shah Alam. Survey punya survey, jumpalah satu webpage (blog rasanya) cerita pengalaman makan nasi Arab kat satu restoran ni kat Seksyen 9 Shah Alam. Masa tu memang hubby teringin nak makan nasi Arab pun.

So apa lagi, malam tu we all pun pergi lah makan kat restoran yang telah dijumpai tu.. Nama restoran tu Restoran Zam Zam. Area bersebelahan Plaza Masalam. Not bad jugak restoran ni, ambience dia menarik. Next time boleh buat makan-makan gathering kat sini kalau  sesapa yang minat makan nasi arab.
 

Alia buat2 malu pulak ambik gambar...
Sessi memilih menu
Masih tak selesai pilih menu...
Ini dia!!! Nasi arab kita..  dengan salad sekali...


 Ada beberapa jenis nasi arab ni... we all order jenis Mandy... yang ni memang kalau Helang makan nasi arab selalunya ambik jenis ni... Air pulak mango.. fuh, pekat sungguh juice mango dia, macam blend buah tanpa air... Budak2 pun selera je makan...
Biasalah, perut dah kenyang so, sukalah hati...
So, kepada sesiapa yang nak have a fine dining weekend or terasa nak makan nasi arab, or nak buat gathering or saja je nak try tempat baru dan sebagainya... boleh lah cuba merasa nasi arab kat Restoran Zam Zam ni ye... recommended.

Alamat restoran Zam Zam :
Oasis 9, Jalan Tengku Ampuan Zabedah  9/F, 40000, Shah Alam, Selangor.

Sunday, 11 December 2011

Jalan-jalan Makan Angin JB-Singapore!

Dengan nama Allah Helang mulakan post kali ini...

Salam semua, lama pulak Helang tak menulis. Dah jadi ibu yang berkerjaya ni, masa agak terbatas. Pergi kerja ada tanggungjawab di pejabat,balik rumah nak uruskan hal rumah. Helang takde maid, so everything kena buat sendiri. Alhamdulillah hubby pun jenis rajin tolong ( of course kena tolong, dia yang tanak ada maid). Jadinya bila ada free time atau lepas dah settle urus hal rumah, selalunya mesti nak rehat... so tak terjenguk jugak blog ni. Tapi sebab dah hujung tahun ni Helang nak update jugak pengalaman kami sekeluarga makan angin ke JB-Singapore.

Oh, sebelum tu just nak beritahu. Helang laki-bini ni memang agak sibuk dengan kerja, sebab masing2 dah jadi manager at company masing2. Hubby memang committed pada kerja, kalau time sibuk atau plant dia ada problem, kadang2 weekend pun kerja. Helang pulak, time banyak reports or ada ad-hoc matter yang need longer time but tight deadlines, memang akan bawak kerja balik rumah. Tapi both of us are kind of agree that we need to take a break once in a while, away from work,to refresh our mind. Lebih2 lagi untuk spend quality time dengan kids. So,bila time cuti sekolah,insya-Allah ada planning untuk jalan2 makan angin. Cuma tahun ni both of us ada masukkan agenda pergi umrah ( tak bawa kids) dalam bulan March lepas (kalau rajin,insya-Allah nanti Helang update pengalaman ini dalam blog ni). Cuti sekolah bulan June, kami jalan-jalan ke Kelantan dan Terengganu. Yang ni tak payah ceritalah, rasanya semua dah familiar dengan negeri2 ni.

Ok, cuti sekolah December ni, kami dah plan nak ke Universal Studio Singapore. Hubby ler yang rajin surf internet dan dapatkan info macam mana nak pegi, dapatkan tiket dan lain2. After few weeks planning, so we both decided to stay kat JB dan naik shuttle bus ke Singapore. Hari pertama ke USS, hari kedua pula ke Singapore Zoo. Yang penting passport tu belum expired lagi, so tak perlu renew.

So itenerary makan angin kali ini adalah seperti berikut :-
28 Nov 2011 - Bertolak ke JB, check in at hotel Thistle, beli tiket bus ke USS
29 Nov 2011 - Pergi USS,main2 dan ronda2 Pulau Sentosa
30 Nov 2011 - Pergi Singapore Zoo, singgah kat Orchard road
01 Dec 2011 - Balik ke Melaka, singgah Johor Premium Outlet kat Kulaijaya (baru bukak, sneak preview)

Ok, tanak bebel banyak2, enjoy all the pics!!

                                          Sampai JB je singgah kat Danga Bay. Hmm... banyak kapal je..

Tak tahu apa yang menariknya kat Danga Bay ni.. tapi kerajaan Johor tengah nak "up " kan kawasan ni ganti Pantai Lido.

Dah penat jalan2 kat Danga Bay, we all check in kat hotel dulu. Kebetulan bilik mengadap jam besar, apa ke ntah nama nya... lepas check in, keluar semula nak beli tiket shuttle bus...


Pagi-pagi lagi dah tercanguk kat Tune Hotel, tunggu shuttle bus. Semangat nak merentas tambak Johor ke Singapore ni...


Finally, we are here!! Jom tengok apa yang ada...


Ni lepas pintu masuk, supposedly kawasan ni dinamakan Hollywood. Belum ada games, just kedai2 yang menarik bentuknya...
Depending whether pegi arah right or left dari pintu masuk. We all decide pegi dari arah kiri. So, first theme yang we all masuk adalah "Madagascar". Dalam ni sempat main merry go round and naik "boat".

Aiman and abahnya at merry-go-round. Memandangkan we all bawa budak under 7 years, so games yang boleh main limited to yang boleh bawak kids. Tapi ada jugak rides yang we all naik for those with certain heights, so, gilir2 jaga kids.
After that, masuk ke theme " Far Away Land" berdasarkan cerita 'Shrek'. Dalam ni we all tengok 4D movie ( yang ada gerak2 jugak kerusinya tu) and naik ferris wheel.

The next theme is "Jurrasic Park" or Dinosour Land. Takde games yang boleh dinaiki oleh both kids, so lalu je la... Maybe next time, ye Aiman...

Then, theme yang seterusnya adalah "Adventures of Mummy". kat sini we all naik "jeep" lalu kawasan ala-ala treasure hunt. Games yang lain kids tak boleh naik.
 
Next, is Battlestar Gallactica. Actually ada dua rides je kat sini. But both rides kids tak bleh naik sebab games tu macam roller coaster yang tripple looper punya. Tapi sebab teruja punya pasal, Helang pun menyerah diri untuk di'takut'kan dengan menaiki ride "Human". yang "Cyclone" punya tak sanggup lagi sebab that ride tempat duduk macam tergantung, so tak boleh bayang kan masa dia pusing2 tu.. mesti seram...
Sempat jugak singgah naik "Transformers Ride" Actually game tu baru, a 4D ride, dan belum officially dibuka. Pihak USS tengah test ride tu. So we all pun cubalah... Alia tak boleh naik coz tak lepas ketinggian... tapi yang bagusnya pihak sana bagi ticket called "child swap", so apa Helang buat adalah, duduk di bilik menunggu dengan Alia. After hubby dan Aiman dah naik, Helang just bagi tiket "child swap" tu pada pekerja yang jaga that ride, terus Helang boleh naik the next ride, without the need to queue again... What I can say, it's a cool ride and fun. Siapa datang sini, jangan lupa cuba...

Selepas Transformers and Battlestar Gallactica, theme yang seterusnya adalah New York and Hollywood. Takde games, cuma kawasan tu di buat macam New York 1950s. So, terasa macam balik ke zaman dulu2. Sebelum, keluar sari situ, sempat le snap pic dengan this birdie ( Ada jugak Marilyn Monroe tapi tak sanggup pulak bergambar dengan minah seksi tu..)

Ronda-ronda sekitar Sentosa Island.. we all naik cable car, pergi ke Hilltop restaurant yang famous tu. Sebelum balik nak tunggu bus balik ke hotel tu, baru perasan ada tempat untuk "in-door diving'. But since, queue sangat panjang, nampaknya tak dapatlah nak cuba... next time lah...



Second day to Singapore, kali ini pegi ke zoo yang cuma letaknya bersebelahan dengan they all punya Night Safari. Pergi kali ini, naik public transport,, from hotel naik teksi, sampai Rochor road, then naik MRT all the way sampai Ang Mo Kio, from there naik bus ke zoo.... nasib baik public transport kat Singapore ni efficient.



      


Sebelum balik, singgah makan malam di Orchard Road. Saja nak tengok apa ada kat situ.. tapi takdelah pegi beli apa2 sebab tak rancang nak cari apa ( although ada jugak nak check out kalo2 iphone 4S dah keluar kat Singapore masa tu).

Overall trip memang menyeronokkan. Nak pergi mana2 senang. Nak cari tempat makan halal senang. even kat USS tu pun bilik sembahyang disediakan. Jadi takde reason untuk tertinggal sembahyang masa berseronok ... Masa trip ke zoo tu pun, we all ada tanya bilik untuk solat kat staff (non-muslim). Staff kat situ bagi guna first aid room untuk solat, same room for their muslim staff rasanya, sebab siap ada arah kiblat dan sejadah. Staff tu memang very friendly.

Dah tahu nak camna nak masuk Singapore ni next time boleh lah plan untuk pergi lagi. USS tu pun tak cover semua games, maybe next time boleh pergi lagi. Amacam ada berani???

p/s: Sempat jugak sambar baju budak2 kat Johor Premium Outlet. Actually outlet tu pun belum officially bukak time tu. Cuma guest yang invited je pergi untuk "sneak preview". Since we all dah lalu apa lagi, singgah jelah...  Bila lagi nak ke arah Johor ni pun...



Tuesday, 8 November 2011

Budak kecik pun graduate jugak!!

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Minggu-minggu terakhir persekolahan ni, agak sibuk anak2 Helang 'practice" persembahan konsert tahunan. Si adik dengan tariannya, si abang pun sama. Before that dua2 ada buat photoshoot untuk class dan graduation ( si abang). Bila tengok they all punya photo, teringat plak masa Helang kecik2.. takde masuk class tadika pun.. terus masuk darjah satu ( of course dengan tak tahu membaca dan menulisnya ). Untung betul budak2 zaman sekarang, semua nya senang dan tersedia... siap ada graduation lagi walaupun just tadika je... Tapi as parents, walaupun baru tadika, tetap juga teruja dan been waiting for the moments..

                                             Abah tengah beratur untuk register..


Pada hari konsert, Alia cuma sekali je buat persembahan, maklumlah baru budak 3 tahun. Jadi, they don't expect the kids to perform banyak-banyak. Manakala si abang pula, Aiman, kami diberitahu akan perform sebanyak 2 kali untuk kelasnya. Tapi, tengok2 kena perform sampai 4 kali... kasihan pulak tengok agak kepenatan terutamanya pada tarian yang last. Tapi, lepas persembahan, nampak gembira pulak budak2 tu.. Setahun sekali, so we all support je lah. Layanlah gambar2 kat bawah ni....
                                           Alia dan tarian "Oh Mickey!"
                                          Tengok tu, bersungguh2 betul Alia menari...

                                           Turn abang pulak....
                                          Last performance... Indian dance!!
                                          Highlights of the day... the convocation.....
                                           Agak2, budak-budak ni berdebar tak nak masuk darjah satu?

Wassalam.

P/S: Tadika ni education program dia bagus. Tapi tang concert ni, budak2 dia pakai agak sexy... teacher dia cakap  sebab budak2 kecik nampak cute ( sigh). Helang bagi Alia masuk up to 4 years old je kot... 5 years old nanti nak tukar tadika Islamic sket....

Thursday, 3 November 2011

Kisah benar di suatu pagi Zulhijjah

Pukul 5.40 am.
"Allahuakbar Allahuakbar!!!" ( Bunyi azan sayup-sayup)

"Kriiiinggg!!!!!! ( Bunyi jam loceng plak )

Isteri  : ( Dah subuh... kena kejut somi. Nanti lambat nak jemaah kat surau ) Yaangg... bangun yang.
            Dah azan.
Suami : ( Tarik selimut ) Hhmmmm.....
Isteri   : ( Tidur lambat ke laki aku ni ? ) Yang, bangun.... tak pegi surau ke hari ni?
Suami : ( Pusing2 badan, mata masih pejam ) Hhmmmmm...

.....selepas 10 minit

Isteri   : ( Laki aku ni, dah tau nak pegi surau pagi2, apsal lah tido lambat... Main game lah tu) Yang,
             bangunlah, dah pukul 5.50 pagi ni...
Suami  : ( Takde respon )
Isteri    : Yang.. bangunlah.....
Suami  : ( Pusing badan lagi, tapi tak bangun2 jugak)
Isteri   : ( Tak bleh jadi ni ) Yang, hari ni hari Jumaat, 8 Zulhijjah. Tanak pegi semayang surau ke?
Suami  : ( Ping!!! Terus bangun..... bersiap2 dan pegi surau )

Moral of the story : Sapa suruh forward artikel pasal 10 Zulhijjah kat bini.. kan dah kena kalau tak
                              praktikkan....

P/S : Kalau you all tak faham, sila rujuk posting Helang yang lepas...

Wassalam.

Tuesday, 1 November 2011

Panduan Lengkap Awal Zulhijjah

Dengan nama Allah, Helang mulakan post kali ini.

Helang dapat email ni daripada suami Helang dengan tujuan untuk dikongsikan. Semoga kita mendapat manfaat daripadanya walaupun 10 Zulhijjah sudah hampir ke penghujungnya...

 1 Zulhijjah tahun ini jatuh pada hari Jumaat lepas (28 Oct 2011)
Siang dan malam silih berganti, tahun demi tahun kian berlalu, seorang mukmin itu sentiasa mengharap rahmat tuhannya dan takutkan azabnya, imannya sentiasa turun dan naik, semangatnya terkadang membara dan ada ketikanya menjadi lesu. Dalam keadaan itu, dia dilimpahi rahmat Allah yang sangat luas, untuk mengukuhkan imannya dan meningkatkan semangatnya. Musim kebaikan menjelma demi menghapuskan segala dosa-dosanya yang lalu dan demi mengangkat darjatnya. Maka, orang yang berbahagia ialah mereka yang merebut peluang ini dan menghampirkan dirinya kepada Allah SWT dengan amal-amal soleh dalam musim ketaatan ini. Mudah-mudahan dia mendapat limpahan kurniaan-kurniaan Allah SWT sepertimana yang telah dijanjikan.
Antara kurniaan terbesar Allah SWT pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Tiada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai oleh Allah SWT selain sepuluh hari ini (sepuluh hari pertama Zulhijjah)”. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah jihad juga tidak dapat menandingi pahala amalan pada sepuluh hari tersebut?” Rasulullah SAW menjawab, “Tidak, kecuali seorang lelaki yang keluar dengan diri dan hartanya lalu tidak membawa pulang sedikit pun daripada kedua-duanya.”
Sekarang kita sedang berada di dalam hari-hari yang penuh berkat, telah datang kepada kita hari-hari yang muncul bersamanya kurniaan yang mulia dari Tuhan yang mulia, yang memupuk rasa rindu dan cinta dalam jiwa umat Islam, lalu bergetarlah hati mereka dan membuak-buaklah perasaan mereka, lalu perasaan tersebut memimpin mereka ke arah ketaatan dan ibadah kepada tuhan mereka.
Waktu yang paling dicintai oleh Allah
Hari-hari ini merupakan masa yang paling dicintai oleh Allah SWT, lalu amal soleh di dalamnya merupakan amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT kerana ia berada di dalam masa yang terbaik yang disumpah oleh Allah SWT dengannya di dalam Al-Quran:
“Demi waktu fajar. Demi malam-malam yang sepuluh.”
Kemuliaan tersebut juga disebabkan kerana terdapatnya hari yang terbaik di dalamnya iaitu Hari Arafah yang juga kerana perhimpunan tahunan umat Islam seluruh dunia pada musim haji. Maka, hari-hari tersebut merupakan hari terkumpulnya ibadah-ibadah utama. Ibnu Hajar pernah berkata, “Sebab istimewanya sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah kerana terkumpulnya ibadah-ibadah utama di dalamnya iaitu solat, puasa, sedekah, haji dan sebagainya yang tidak berlaku pada waktu lain.”
Kemuliaan ini juga kerana hari-hari tersebut merupakan hari-hari untuk memperbaharui kehidupan di dalam ketaatan kepada Allah, hari-hari mendapat kurniaan rahmat Allah, hari-hari untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi mendapat keampunan Allah, hari-hari musim perniagaan yang menguntungkan, hari-hari yang mengumpulkan di antara kemuliaan tempat dan masa dan mengumpulkan di antara ibadah hati, badan, ibadah perseorangan dan beramai-ramai.
Ia juga kerana hari-hari ini merupakan hari-hari rahmat, keampunan dan pembebasan dari neraka. Hari-hari di mana malaikat di bumi menyerupai malaikat di langit, lalu manusia yang suci akan bertanding dengan malaikat yang baik. Allah SWT berbangga dengan hamba-hambanya di hadapan para malaikat seperti mana sabda Rasulullah SAW, “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya daripada api neraka dari Hari Arafah, sesungguhnya Allah menghampiri hamba-hambanya dan berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat lalu berkata: Apakah yang mereka inginkan?”
Diriwayatkan daripada Anas Bin Malik RA, “Dikatakan tentang sepuluh hari pertama Zulhijjah bahawa seharinya sama seperti seribu hari, Hari Arafah menyamai 10,000 hari (pada kelebihannya).”
Diriwayatkan juga daripada Al-Auza’ie, “Aku mendengar bahawa amalan dalam sepuluh hari tersebut umpama berperang di jalan Allah dalam keadaan berpuasa di siang harinya, berjaga di malam harinya melainkan orang yang mati syahid (maka pahalanya tidak boleh ditandingi).”
Diriwayatkan juga daripada Kaab, “Allah memuliakan sesetengah masa ke atas yang lain. Lalu masa yang paling dicintai Allah ialah bulan-bulan haram (Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram). Bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan haram ialah bulan Zulhijjah. Hari-hari yang paling mulia di sisi Allah di dalam bulan Zulhijjah ialah sepuluh hari pertamanya.”
Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah
Saudara-saudariku yang dikasihi sekalian,
Suka saya untuk menceritakan pada kalian tentang keazaman para ‘arifin, kesungguhan para nasikin, kerinduan para pencinta dan keasyikan orang-orang yang taat. Nabi SAW dan para sahabat yang mulia mengkhususkan hari-hari ini dengan perdampingan yang lebih erat dengan Allah SWT, juga memperbanyakkan ketaatan serta zikir kepada-Nya.
Said Bin Jubair apabila tibanya sepuluh hari pertama Zulhijjah, dia bersungguh-sungguh dalam beribadah sehingga dia hampir tidak mampu melakukannya. Maka, adakah anda tergolong di kalangan mereka yang mendapat keistimewaan hari-hari ini? Di sini saya senaraikan beberapa langkah-langkah praktikal dari sudut tarbawi yang boleh anda lakukan:
1. Adakah anda telah berniat untuk melakukan haji dan umrah di tempat tinggal anda? Jika anda tidak mampu melakukan haji, maka Rasulullah SAW telah membuka pintu yang menyamai haji dan umrah. Sabda Baginda SAW, “Barangsiapa yang solat subuh berjemaah kemudian dia duduk mengingati Allah SWT sehingga terbitnya matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya seumpama pahala haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.”
Amalan: Iktikaf di masjid selepas subuh berzikir dan membaca Al-Quran
2. Adakah anda telah berniat untuk berpuasa pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Imam Nawawi pernah ditanya tentang puasa sembilan hari pertama Zulhijjah. Maka dia menjawab, “Ia sangat digalakkan.”
b. Imam Ahmad meriwayatkan, “Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.”
c. Sayyidina Umar Al-Khattab berkata, “Tiada halangan untuk menggantikan puasa Ramadhan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.”
d. Hasan Basri berkata, “Berpuasa sehari di dalam sepuluh hari pertama Zulhijjah menyamai puasa dua bulan.”
e. Imam Muhammad Bin Sirin, Mujahid dan Atho’ berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah.
Amalan: Puasa sembilan hari pertama Zulhijjah.
3. Adakah anda telah berniat untuk iktikaf pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Diriwayatkan daripada Al-Hafiz Ibnu Asakir bahawa dia beriktikaf pada bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama Zulhijjah.
Amalan: Iktikaf sejam sehari atau sehari atau seumpamanya.
4. Adakah anda telah berniat untuk melakukan kebaikan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?. Rasulullah SAW bersabda, “Amalan-amalan baik memelihara diri daripada pengakhiran yang buruk, sedekah secara sembunyi mampu memadamkan kemarahan Tuhan, silaturrahim mampu memanjangkan umur.”
Amalan: Menunaikan hajat manusia setiap hari.
5. Adakah anda telah berniat untuk bertakbir, bertahmid dan bertahlil pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih dicintainya daripada sepuluh hari pertama Zulhijjah, maka perbanyakkanlah tahlil (ucapan la ilaha illallah), takbir (ucapan Allahu Akbar) dan tahmid (ucapan alhamdulillah) di dalamnya.
b. Imam Mujahid berkata, Abu Hurairah dan Ibnu Umar RA keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah lalu bertakbir, lalu orang-orang di sekeliling mereka juga bertakbir bersama mereka. Mereka tidak datang ke pasar kecuali dengan tujuan tersebut.
Amalan: Bertakbir setiap kali selepas solat dan pada waktu-waktu kosong.
6. Adakah anda telah berniat untuk sentiasa berzikir pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini? Allah telah menyarankan umat Islam di dalam Al-Quran supaya memperbanyakkan zikir pada sepuluh hari ini. “Dan mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang diketahui.” (Al-Haj: 28) Ibnu Abbas mengatakan, “Sesungguhnya hari-hari yang diketahui itu ialah sepuluh hari pertama Zulhijjah.”
Amalan: Memelihara zikir pagi dan petang, zikir pada waktu-waktu kosong dan zikir mutlak sekurang-kurangnya 3000 kali setiap hari.
7. Adakah anda telah berniat untuk mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini?
a. Salafussoleh RA mempelbagaikan ibadat pada sepuluh hari pertama Zulhijjah.
b. Supaya kita dapat memenuhi sepuluh hari pertama Zulhijjah dengan bermacam jenis ibadat, di bawah saya senaraikan beberapa amalan yang perlu kita lakukan pada sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai tambahan bagi amalan-amalan yang telah disebutkan tadi. Mudah-mudahan Allah berbangga dengan kita di hadapan para malaikatnya:
Ø  Segera bertaubat dengan sebenar-benarnya serta mengulangi taubat siang dan malam.
Ø  Perbaharui niat dalam setiap kata-kata dan perbuatan dan menghadirkan lebih daripada satu niat dalam satu amalan. Jadikannya rahsia antara anda dan Tuhanmu.
Ø  Manfaatkan masa-masa yang berharga dengan ketaatan (waktu sebelum dan selepas Subuh dan waktu Maghrib).
Ø  Qiamullail secara bersendirian setiap hari di rumah sekurang-kurangnya dua rakaat sebelum tidur atau beberapa jam sebelum Subuh.
Ø  Bersedekah empat kali sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah, menyembelih korban bagi yang mampu dan jangan lupa hak orang fakir miskin.
Ø  Berusaha mengkhatamkan Al-Quran sepanjang sepuluh hari pertama Zulhijjah. Jika tidak, maka sejuzuk setiap hari.
Ø  Melazimi solat dhuha, sunat rawatib, witir dan sebagainya.
Ø  Makan sahur atau berbuka bersama keluarga atau ahli rumah setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari.
Ø  Mendoakan saudara-saudara yang telah tiada serta yang berjihad di Palestin dan di mana sahaja.
Ø  Menziarahi guru atau syeikh untuk mengambil manfaat bersama dengannya serta mengutip mutiara ilmu darinya.
Ø  Melaksanakan tugas sebagai daie dan haraki dan segala tugas-tugas yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
Ø  Mulakan harimu dengan sedekah, moga-moga anda mendapat doa dua malaikat.
Akhirnya, jadikanlah sepuluh hari pertama Zulhijjah ini sebagai peluang untuk mentarbiyah jiwa dan ruh di dalam menghadapi kepayahan hidup, ujian dan cabaran. Jadikannya juga sebagai peluang untuk sentiasa berhubung dengan Allah SWT, mentarbiah diri untuk menghidupkan sunnah-sunnah Rasul SAW dan jadikan ia sebagai medan untuk berlumba-lumba di dalam mempelbagaikan ibadat. Jadikanlah sepuluh hari ini sebagai satu kursus tarbawi untuk mengubah, mendidik, membaiki, meluruskan serta merawat penyakit-penyakit hati. Jadikan ia sebagai peluang keemasan untuk menggapai cinta ilahi iaitu ketika mana anda melakukan amalan yang paling dicintai pada waktu yang paling dicintai. Jadikanlah syiarmu sepanjang sepuluh hari ini:
“Dan aku bersegera menuju-Mu wahai Tuhanku supaya Engkau redha.” (Toha: 84)
Oleh: Abdullah Hussen,
Mahasiswa Sarjana Kuliah Dar Ulum,
Universiti Kaherah

Wassalam.

Saturday, 29 October 2011

Logics dan reasoning...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni...

Macam yang Helang letak dalam profile, Helang dah ada sepasang cahaya mata. Yang sulung boy, yang second girl.. yang third... nampaknya belum ada lagi... Walaupun baru dua, tapi lasak nya mengalahkan 10 orang. Yang abang dengan peel nya, yang adik dengan karenahnya,  kalau tak sabar memang boleh jadi hangin je satu badan. Helang ni memang ler panas baran orangnya, so, kalau budak berdua tu buat pe'el, memang ada orang yang akan naik suara ke  tahap G flat. Dan kalau ada yang bertanya apsal Helang maintain kurus walaupun dah ada 2 orang anak, maka jawabnya kerana selalu mengangkat 2 orang budak yang boleh tahan beratnya.. Free exercise..
Dah besar ni budak2 ni boleh tahan jugak mulut they all ni. Tapi sebab they all tengah nak belajar dan make their own discovery, as a mom, Helang layan kan je lah. Alhamdulillah, Helang jumpa ini blog --> anakku soleh, Helang banyak belajar camna nak kawal sabar dan didik arah dengan cara yang betul. Kadang2, cara budak2 ni cakap dan bagi reasonings memang melucukan... ada-ada saja nak cakap...

Situasi 1 - Helang tengah pujuk Alia tidur kat bilik sendiri

Helang : Alia, tonight Alia tido sendiri ye? Mummy nak tido kat bilik mummy.
Alia : Alaa... mummy tido dengan Alia lah...
Helang : Tak boleh, Alia dah 'big'. Alia kena tido sendiri. Alia tido dengan abang ye? Mummy nak tido kat
              bilik mummy dengan abah..
Alia : Tak boleh-tak boleh. Abang aiman boy, abah boy. Abang Aiman tido dengan abah. Mummy girl, Alia
         girl.. Alia tido dengan mummylah...
Helang : ??? ( macam2 le budak ni)


Situasi 2 - On  the way balik rumah, baru ambil dari rumah babysitter

Helang : Balik ni nak buat apa? Dah nak maghrib ni...
Aiman : Aiman sembahyang, lepas tu main angry bird...
Helang : Mana boleh main angry bird je.. kena baca book jugak.
Aiman : Ok..ok... sembahyang 3 rakaat, lepas tu baca book, lepas tu makan, lepas tu main angry bird..
Helang : ( Nak jugak tu main angry bird, hish...)
Alia : Abang Aiman nak angry bird koiter ( computer) mummy lah...
Aiman : Eh, bukan computerlah, itu ipad..
Alia : Samalah... ipad sama koiter lah..
Aiman : Mana ada sama.. ipad takde tutup..
Alia : Sama lah tu.. tekan-tekan jugak.., ipad, koiter, samalah.. kan mummy kan??
Helang : ( ???)

P/S : Today actually Aiman demam.. so, hari ni takde plak mintak nak main angry bird... kesian.. senyap sket hari ni. Alia pun boring tak boleh kacau2 abang dia...

Wassalam.

                                           Kesian, budak demam ni... asyik tido je...

Thursday, 27 October 2011

Missing In Action???

Dengan nama Allah Helang mulakan post kali ini.


 Rasanya Helang dah mention dalam post yang lepas apa profession Helang. Lepas je habis degree Helang masuk audit firm (PwC). Bila jadi auditor kat one of "Big Four" ni they required us to take professional accounting exam ( dah paksa orang amik tu of course lah they all sponsor). Kalau ikutkan criteria Helang from local university, patutnya kena amik MICPA ( Malaysia punya professional cert). Tapi sebab Helang grad from Uniten ( that time MICPA tak recognise lagi degree Uniten), Helang pun ambiklah ACCA. Huh, sesiapa yang takde background accounting mesti tak faham apa itu MICPA le, ACCA le... apa kata korang google je kalau nak tau apa benda MICPA dan ACCA tu. Kalau rajn boleh tambah ICAEW, CPA Australia ke...hohoho..
Hhhmm.. masa tu memang juggling in between kerja dan study. Siang kerja, malam pegi class. Every 6 months memang ada exams ( selalunya December dan June sittings ). Tapi sebab time tu tak kawen lagi, so rasanya takde hal punya kena sacrifice weekends dan social life for study. Memang berbaloi2... Helang target untuk habiskan all exams within 2 years, before naik jadi senior associates ( sebab dah jadi senior lagi busy). Alhmdulillah, target tu tercapai ( walaupun paper yang paling last tu kantoi the first time, tapi second sitting pass, yahoo!!!).
ACCA ni walau dah pass exam, if experience tak cukup 3 years tak boleh jadi member. So Helang kena tunggu another one year before jadi member. Dan dengan rasminya menjadi member pada tahun 2005. Kalau professional engineer boleh letak Ir kat pangkal nama, ACCA member plak bleh letak ACCA kat belakang nama. Tapi Helang takde lah plak letak ACCA tu kat belakang nama Helang dalam name card. Rasa cam poyo je... hohoho... After 5 years dan setelah memenuhi CPD requirements, Helang dah naik jadi Fellow Member plak ( FCCA).

Ha, yang tu cerita ACCA. Alkisahnya kat Malaysia ni  public listed companies and GLCs require another membership - MIA. Apa lah pulak MIA ni tak cukup ke dengan ACCA tu? MIA ni stands for Malaysian Institute of Accountant. Ni yang govern accounting profession kat Malaysia. Mulanya Helang ingat tak nak jadi member sebab rasa ACCA ni dah cukup. But apparently bila selak2 Jobs classified, kebanyakan PLCs and GLCs nak accountant yang ada MIA (kantoi tgh cari keje lain). So, after 9 years of my working life, now I decide to become MIA member. Baru je jadi ahli since last July 2011. Jenuh juga nak membayar fees untuk two membership. Nasib baik boleh claim income tax deduction...

P/S : Tengah berusaha habis kan MIA online induction course ni.. bosan betul. tapi kalau tak habiskan by Dec 2011, tak dapat member certificate plak... kena charge breach of code of conduct plak tu... Ya Allah, mudah2an aku mampu habiskan... Amin.

Wassalam.

Wednesday, 26 October 2011

Beza minat dan kepandaian

Dengan nama Allah saya mulakan post hari ni.
Macam tak best pulak bahasakan diri sebagai saya ni. Bunyi macam budak "nerd" je (walaupun zaman sekolah dulu saya memang budak nerd). So from today's post onwards, saya bahasakan diri sebagai Helang je...
By the way, Helang sekarang bekerja dalam private sector as an accountant. Tu secara genaral, tak perlu lah tau secara specific nya jawatan Helang apa. Macam mana boleh jadi accountant? Zaman sekolah dulu, cita-cita sebenarnya nak jadi reporter sebab my dad adalah reporter. Seronok tengok dia pegi overseas for assignment. Dalam pada itu adalah jugak contribute stories untuk majalah sekolah dan suka-suka buat skrip cerita. Tapi tukang baca cuma kawan sekeliling je.. yang penting, memang minat masa tu dalam bidang penulisan.
Tapi masuk je form 4, Helang telah mengambil subjek perakaunan yang mana masa form 3 itu adalah topic yang paling Helang tak suka dalam subject Kemahiran Hidup. Bayangkan semua soalan akaun mesti Helang salah. Masa tu memang menyampah lah topic accounting ni. Dahlah dalam kelas asyik tidur. Memang tak tau apa2 tentang debit credit, akaun tunai, lejar lah macam2 accounting terms.
So, ingatkan bila masuk MRSM, boleh pilih option subject Economics. Rupa-rupanya subject Prinsip Akaun wajib diambil di MRSM tersebut. Nak tak nak terpaksa ambil dan belajar. Tapi start masuk MRSM ni yang bagusnya Helang dah tak tidur dalam kelas. Dan kebetulan cikgu Prinsip Akaun tu ajar dengan komited dan penerangan yang diberi jelas. Bila time exam je, Helang selalu dapat A. Lama2 dari tak suka terus suka subject tu (yang sebenarnya bukan le suka sangat, tapi sebab dah tahu dan pandai debit credit kot).
Bila dah pandai subject ni, so inilah yang menjadi pilihan hati untuk masuk universiti. Sebab rasa boleh bawak dan 'score'. Sampailah ke hari ini, my career pun menjurus kepada accounting and finance. Tapi sebenarnya minat menulis tu masih ada. Cuma ada kekangan waktu. Mungkin Helang patut jadi lecturer dan start publish my own journals. Mujur jugak dengan technology canggih wujudnya internet, laman sosial dan blogs, ada ruang /medium untuk menulis walaupun bukan untuk 'academics or career purpose'.
Jadi for you guys out there, kalau tak minat sesuatu tak semestinya you guys tak boleh buat. dengan usaha dan kefahaman you guys akan jadi pandai sesuatu perkara tu. Tak perlu tunggu minat. Dan mana adik2 yang masih belajar tu, kalau tak dapat jurusan yang you all minat, jangan frust. Belajar je dulu course yang you all dapat tu, then, bila ada kesempatan, you all boleh kejar impian ikut minat you all tu. Apa yang Allah dah takdirkan itu sebenarnya itu yang terbaik untuk you all walaupun you all rasa bukan yang terbaik. Dah memang Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk you all takkan nak argue pulak? Cuma kena terima segala takdir dengan lapang dada, ok?

P/S : Hikmah terlibat dalam bidang account compared to being reporter bagi Helang? Gaji Helang skrg lebih banyak daripada jadi reporter. At my current position, I am the youngest head of department. Alhamdulillah.

P/S : Sebenarnya Helang minat jugak cabang seni ni... music lah, photographylah. Tapi tak pandai. Minat tapi tak pandai. Ada beza tu.

First posting

Salam kepada pembaca,



 Saya mengambil masa yang lama untuk memulakan kembali penulisan blog. Too long a time. I have started to blog since I had my friendster account back in 2004. Dulu malas nak buat another blog page. Tapi selepas saya dah tak aktif dalam friendster, saya dah tak ada "medium" untuk menulis. Banyak benda berlaku dalam masa kebelakangan ini. And after thinking hard, I have decided to write again.

All I want to do by blogging is sharing of thoughts, new knowledge and what happened surrounds me.  Hopefully by blogging, saya dapat menemui "jalan" untuk merealisasikan doa dan harapan saya. Selamat berkenalan!

Wassalam.