Wednesday, 26 December 2012

I know what you did last Christmas!

Dengan nama Allah Helang mulakan entry ini.

Last weekend sempena cuti Krismas, Helang ambil extra leave hari Jumaat dan Isnin sebelum Krismas. Jadi memang long weekend for me. Tapi bukan untuk berjalan-jalan dan berehat, tapi untuk proses perpindahan barang-barang rumah Helang dari Melaka ke Shah Alam. Hubby dah deal dengan transporter untuk pack up dan load barang hari Jumaat. Dan transport the goods on Saturday. Sejak October hari tu dah bagi some boxes dan cellotapes untuk packing. Ingatkan kena pack sendiri dan the transporter cuma angkut barang. Rupa-rupanya they all tolong packing sekali. Helang punyalah every night dok packing segala sampai enam tujuh kotak lah jugak. Alih-alih on Thursday tu hubby cakap orang tu tolong pack jugak rupanya. Hampeh betul!!

Banyaknya barang. Ni baru separuh
Tapi barang-barang Helang bukan takat enam tujuh  kotak. Banyak okey? Sebab mengangkut almost all barang-barang kat rumah tu termasuk sofa, bed set, washing machine dan lain-lain.. end up memang banyak barang. Even weols pun pening jugak tengok. Tapi yang bagusnya, sebab the transporter staff ni experienced, sekejap je they all settle. Start packing dalam pukul  11.30 am gitu, then stop one and half hour for Friday prayer dan makan tengahari, pukul 2.30pm sambung semula. Pukul 6.30pm dah settle. Efficient, kan? If tengok dalam gambar ni memang banyak tapi senang je they all packing. Hoi, kalau tau yang Helang dah packing tu pun patut suruh they all je pack. Hohoho..

See, I told you barang weols banyak
The next day, Saturday, tak tahu kenapa lambat pulak lori datang. Patut pukul 11am dah start load barang dalam lori. Tapi pukul 12pm tak nampak bayang lori lagi. Barang-barang dah dikeluarkan ke porch supaya senang nak load dalam lori. Helang cuak jugak if hujan habislah barang-barang tu nanti. Tunggu punya tunggu dalam pukul 100pm akhirnya lori sampai. Alkisahnya lori tu telah sesat. Company tu dari Salak Tinggi so memang agak kurang familiar kawasan Melaka, tambah lagi kat kawasan perumahan. And you know what? Sekali dia hantar lori 10 tan daaa... Besar macam tu punya lori pun barang-barang Helang almost nak penuh jugaklah dalam lori tu. Itu pun transporter tu cakap if Helang bawak semua barang dalam rumah tu ( of which some memang weols sengaja tinggalkan), sure tak muat lori tu. Pukul 2.00 pm, settle load barang dalam lori. Helang suruh they all jalan dulu. Helang kemaskan apa-apa yan patut kat rumah yang dah tak berapa nak rupa rumah tu ( sebab dah kosong), then 2.30pm Helang and kids bertolak ke Shah Alam. Oh ya! Hubby dah pergi dulu ya pagi tu ( in case you all wondering lah) sebab ada orang nak pasang aircond.

Hambik kau! Sekali lori 10 tan daa.. tak muat jugak, tak taulah
Dalam pukul 4.30pm, sampai kat Shah Alam. Tapi kelibat lori tak sampai lagi. Risau jugak takut sesat, tapi alamat dalam consignment tu memang dah betul dah. Bila dah lambat satu jam around 5pm, weols mulalah cuak. Hubby siap tanya lagi betul ke orang yang sama datang punggah barang tu. Helang kata confirmlah, tapi dalam hati tu actually risau jugak sebab Helang dah sign consignment invoice. Alamak! Takkan kena tipu pulak.. Yang lagi buat weols risau kuasa sepuluh tu, kalau transporter head tu berkali-kali pun tak angkat. Wah! Ini tak boleh jadi ni.. Berkali-kali jugak Helang belek invoice nak tengok genuine ke tak.. tapi sepuluh kali tengok memang nampak genuine. So how?

Dah unload! Ni je ke?
At last dalam pukul 5.30pm gitu, sampai jugak all the transporter staff dan lori tu. Rupa-rupanya they all berhenti lama kat Dengkil sebab hujan lebat. Memang pun hujan masa kat hiway, tapi sebab Helang bawak kereta dan bukan lori 10 tan berisi barang-barang consignment, maka kuredah jualah hujan itu. Wah, leganya! Barulah bersemangat semula nak unload barang-barang.

Hah! Ada lagi kat luar tu!!
Sebab banyak sangat, dan kena pasang balik apa-apa yang dibuka macam katil dan wardrobe, all unloading settled around 9pm. Lama giler, kan? Tapi since perpindahan barang-barang berjalan dengan lancar, memang rasa lega walaupun sebenarnya tak sanggup nak fikir berapa lama untuk Helang settle kan unpacking pulak. Harus makan masa tiga bulan. Entah-entah lebih lagi!

The next day, Sunday. Cadang nak start unpacking sikit-sikit. Tapi sebab dah janji dengan my friend yang buat langsir nak jumpa untuk tempah langsir, lambatlah pulak pergi myols punya rumah baru itu untuk unpack. So, tak dapek den nak unpacking lagi. Proper unpacking starts on Monday. Itu pun nasib baik kids Helang dah 'park' kat rumah Aki dan Wan theyols, so dapatlah Helang and hubby sambung bersihkan rumah dan unpack sikit-sikit. Kebetulan some perabot yang weols dah order weekend before dah sampai, Helang buat-buatlah jakun dapat barang-barang tu, ala-ala makcik2 yang dapat perabot baru time raya. Tapi yang tak bestnya dining table macam ada scratch sikit. So how? Haruslah weols suruh theyols angkut balik polish ke apa ke yang patut sebab nanti nyesal plak asyik terpandang tempat yang ada scratch tu. Walaupun tak ketara if  tak tengok betul-betul. Tapi sebab dah nampak, nanti mesti asyik nak tengok je tempat yang ada scratch tu, kan? Dalam pada itu sempat jugak sambar dua helai carpets untuk living hall depan dan tv hall masa nak tukar lampu kat Puchong. Memang penat seh ke sana ke mari. Segala-galanya demi rumah baru.

If all touch ups by contractors are done dan all perabots dah lengkap, nanti Helang buat sneak preview ok? By the way, master bedroom memang tak buat apa-apa lagi, so buat masa ni weols akan guna guest bedroom dulu. Budget mak sudah lari daaa. Unless you all nak tolong top up kan mak terima dengan senang hati uols!!






Monday, 17 December 2012

Hari-hari terakhir di daerah ini

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Hari ni Helang ada workshop kat Pantai Puteri. Pagi-pagi lagi Helang dah keluar sebab tak sure jalan nak ke sana. Haiyoo.. Nama je duduk Melaka bertahun- tahun, jalan ke Pantai Puteri pun tak lepas? Hohoho.. I am not ignorant, ya? All the hubby yang drive so of course Helang takde 'feel' on the directions ( alasan!).

Sambil-sambil drive tu Helang tetiba rasa agak sentimental lah pulak. Maklumlah, selalu petang-petang ada jugak Helang dan family jalan- jalan bersantai kat sini. Lepas ni, mungkin Helang jadi pengunjung je sekali-sekala.

Sebenarnya sayang juga nak pindah dari Melaka ni. Sebab Helang suka life yang tak hectic ni. Kerja memang sibuk, so Helang really appreciate hujung minggu yang tenang. Dan like the fact that pergi -balik office cuma ambil masa 10 minutes. Tanpa jem. Kaya pun takde. Apatah lagi butter.

Ok, tolak the fact that tengah-tengah bandar tu sesak di hujung minggu sebab ramai pelancong, tempat-tempat lain tak sesak pun dan Helang memang bukan jenis suka pergi tempat-tempat sesak ni. Jadi my life now is kinda perfect. So, why do I bother moving back to KL? Kan? Kan?

Actually perasaan nak duduk dekat dengan family tu lebih kuat so, Helang hope this is the right decision.

Wednesday, 12 December 2012

For a better future?

Bismillahirrahmanirrahim.

Entah kenapa sometimes Helang rasa sangat gusar bila memikirkan tentang perpindahan Helang. Be it to new house or new work place. Dalam hati rasa tak tenteram, feels like uncertain about the new life I am going to face from next year onwards. But I can't complain because this is the path that I have chosen.

Maybe I feel this way sebab banyak lagi barang yang tak 'pack' and we have only few more days before 'the day' we moved our things to new home. Maybe jugak because this 'moving' thingy is quite a big scale compared to masa Helang pindah dari KL ke Melaka ni. Masa  Helang pindah Melaka, baru tiga bulan kahwin, bawa baju je sebab rumah sekarang ni both hubby and I started from scratch - dari rumah kosong ( rumah baru masa tu) then tambah barang-barang sikit-sikit from time to time. But this time, weols akan bawa most of our things kat rumah Melaka ni ke rumah Shah Alam. Jadi agak tensi juga nak 'packing'.

About new work place - bukan nak pindah company baru pun. Same group of companies but different location. Masih  mengadap orang-orang yang sama. But I don't know why I still feel that anxiety inside of me. Perhaps it's the age factor - yalah dulu being young and enthusiastic - love the challenges due to uncertainty. But now, dah lama duduk dalam 'comfort zone', so I'm kinda afraid of what is ahead of me. Tambah lagi moving from a small town to the big city - life might become more hectic that I'm afraid I might be losing the peaceful life I have now.

Ya, Allah. Please help me. Please make me calm and in peace.

Monday, 10 December 2012

Lagi hal renovation rumah

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Dah balik dari Paris ni, time and attention back to house renovation. So far kerja-kerja kasar dah almost done. Kitchen cabinets, wardrobe, tv panel, security system, lightings, paintings, etc. Tinggal sikit-sikit je barang yang weols nak cari. Then, nak cari other perabot such as katil Aiman dan Alia, dining table, sofa for tv hall dan new tv untuk family hall.

Actually ada few small-small things jugak yang kena beli such as bar stools, chairs untuk bilik study dan few others yang belum sempat nak fikir in details. This weekend plan nak basuh rumah dan beli all the perabots. Nasib baik this Saturday tak kerja, but need to rush to Alia's new kindy to pay the balance of the registration fees. This Saturday ada 'open day' for the parents khas untuk buat payments. Memang moving to new place ni, duit keluar macam air yang mencurah-curah. Belum masuk lagi hal nak beli barang-barang sekolah for new year ni. Kena start from now, nanti last minute kelam-kabut.

So Helang nak share some of the pictures of progress works kat rumah baru Helang ni. Insya-Allah, bila dah fully siap dan semenggah sikit, Helang akan share lagi another round.

TV panel living hall groundfloor


Dry kitchen


Wet kitchen


Study room


Master Bedroom


Cabinet @ Study Room


Wardrobe Aiman


Wardrobe Alia


Divider @ Living hall/Dining Hall


Dining hall mirror


Wet kitchen


Master Bedroom Wardrobe

Friday, 7 December 2012

Weekend in Brussels, Belgium - 24 Nov 2012

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.

Weekend hari tu adalah weekend yang last Helang and family kat Paris ni. Beratnya hati ni nak balik, kembali bekerja.. tapi bosan lagi duduk rumah sepanjang hari tak buat apa-apa, kan? As planned, weols crossed the border ke arah Brussels, Belgium. Hubby pun memang dah beli train ticket ke Brussels before Helang datang Paris lagi. How efficient he is, right? Mulanya ingat nak ambil metro train je ke arah train station. Tapi memandangkan kami perlu tukar metro train tu untuk ke Gare Du Nord station, we decided to call for taxi je, takut kelam kabut sebab train gerak ke Brussels at 8.55am sharp.


















Sebelum pergi Helang dan hubby ada check out places of interests kat Brussels. Tapi ada certain places tu macam agak jauh dari center main attraction i.e Grand Place. Takut tak sempat pulak as our train back home pukul 6.37pm. Dari station Brussels Midi, weols naik metro train no. 4 ke arah Grand Place. Untuk pengetahuan, weols beli daily ticket Euro6.00 of which with that ticket, weols boleh naik tram, bus dan metro train anywhere dalam Brussels sepanjang hari tu. Children under 6 years free of charge so we just needed three tickets.



Bila dah sampai area Grand Place dan ke arah other attractions, Helang noticed banyak kedai kebab halal. Jadi untuk makan memang takde masalah. Lepas tengok Grand Place dan kebetulan dah pukul 12 tengahari, Aiman especially dah bising-bising nak lunch. Kami singgah makan dekat satu kedai kebab on the way nak ke Mannekin Pis. Helang just order kebab yang berharga 4 euro, dalam gambar macam normal portion untuk seorang makan kat Malaysia ni. Tapi bila dah dapat, alamak! Besar pula. Agak bercinta juga nak habiskan.
















 Lepas makan, tengok Mannekin Pis. Actually takde lah istimewa sangat Mannekin Pis ni and I don't now why it become one of the attraction. Or was it Helang je yang tak aware on it's history? And tengok dalam gambar yang other people post macam tinggi. Rupanya rendah je. Hajat di hati nak jugak visit Mini Europe dan Atomium, tapi both places agak jauh dan if naik metro train ada dalam setengah jam. Kalau pergi balik perjalanan je dah satu jam. So weols decide untuk jalan-jalan area town je.





Sebab kat Brussels ni well-known for chocolates, hubby ajak pergi Sablon, tempat yang recommended by his friends untuk beli chocolates. Kata kawannya kat situ chocolates nya lebih sedap dari tempat lain. How true Helang pun tak pasti. Semua local chocolate brands ada je kat situ. Masa nak cari tempat tu sebenarnya macam sesat jugak. Ntah pergi mana-mana weols ni. Jalan sana, jalan sini. Adalah kebetulan jumpa tempat-tempat yang menarik untuk diambil gambar. Bila dah sampai kat Sablon ( naik bus walaupun tak jauh hehehe), lega betul. Apa lagi, shopping chocolateslah weols. Takde lah beli banyak mana pun. Just nak rasa apa istimewaya chocolates kat situ. Ada tiga kedai yang weols cuba - Leonidas, Neuhaus dan Godiva. Oklah rasanya. Tak bawa balik banyak pun. Paling2 beli untuk bawa ke opis je.



Bila agak-agak dah petang tu weols decide ke arah Grand Place semula sebab nak beli souvenirs sambil kill the time before naik train semula. Tengah cari-cari jalan ke arah Grand Place tu weols ada lalu satu area ni yang mana banyak kedai-kedai makanan seafood yang offer set hidangan berharga 12euro seorang. Mula-mula weols jalan je dan buat donno bila setiap kedai panggil-panggil dan promote kedai masing-masing. Apparently ada satu kedai ni owner dia Muslim from Morocco. Dan semua pelayan dia memang Muslim. Masa tu baru pukul 4pm ( our train back home pukul 6pm). Hubby decide to eat kat sana je ( merangkap dinner sekali). For 12euro per pax, ada starter, main course dan dessert, quite reasonable jugak. Alhamdulillah rezeki weols terjumpa kedai Muslim ni. Boleh lah makan sedap ( bak kata Aiman).




Tapi kedai tu jenis macam ala-ala fine dining, so hidangan dia agak mengambil masa jugak. about 530pm baru weols selesai makan, itupun dessert tak ambil semua sebab masing-masing dah full. Lepas bergegas beli souvenirs sikit, terus ke train station. Mujur sempat sampai awal setengah jam. Perjalanan balik tak nampak apa-apa kat luar sebab dah gelap. Tapi bila sampai rumah tak terasa penat sangat pulak walaupun seharian berjalan. Cuma yang tak bestnya phone hubby hilang di sana, sama ada tercicir ataupun kena pick-pocket, tak pasti pulak. Kesian jugak sebab dia baru pakai phone tu tak sampai pun dua bulan.