Saturday, 24 November 2012

Paris Experience 2 - Disneyland


Salamun alaikum..

Our destination!
Lagi cerita Paris. Weekend 17 dan 18 Nov 2012, kami pergi Disneyland! Actually hubby dah beli tiket before Helang sampai Paris lagi. Dan memang plan untuk pergi Disneyland during that weekend. Tolak weekend yang baru sampai hari tu, memang tinggal dua weekend je untuk berjalan-jalan. So, memang kena plan ahead nak pergi mana. Dan sebab dah sampai Paris ni, memang tak sah tak pergi Disneyland. Bukannya apa, dah bawa kids ni tentulah kena cari tempat yang boleh ‘tailor’ to their requirements. Kalau tiap-tiap minggu pergi muzium pun bosan juga budak-budak tu,kan? Exactly..

Pagi Sabtu 17 Nov, awal pagi dah bersiap. Sebab tak sure kat situ senang dapat fish and chips or foods yang weols boleh makan, Helang bawak some ‘bekal’ like sosej rebus, roti, pisang dan kudap-kudap macam chocolates. Dari La Defense, weols naik RER ke Marne La Valle ( last stop) yang memang terus ke Disneyland.Tapi, sebelum sampai kat Marne La Valle, weols stop kat Val D’Europe dulu. Hohoho.. agak-agak ada apa kat sini ye? Jeng..jeng..jeng…




Actually weols stop kat sini sebab nak pergi La Valle Village outlet. Kat sini barang-barang harga dia lebih murah daripada retail outlet. Alah, yang macam Johor Premium Outlet kat Malaysia tu. Tapi, tak semua brand ada kat sini. Beberapa brands yang Helang nak check out adalah Burberry, LK Bennet, Guess, Coach dan Longchamps. Louis Vuitton takde kat sini ya, adik-adik. So jangan mimpi nak dapat LV punya barang dengan harga factory outlet. Tapi, after a while jalan-jalan situ, Helang tak beli apa-apa sangat selain dompet untuk adik Helang dan kasut. Itupun kasut tu last minit sebab rasanya susah nak jumpa kasut yang menepati citarasa Helang ( tinggi tak lebih 2 inci). Kat sini kasutnya semua jenis tinggi dan heels nya kecik. Well, nak buat macam mana, dah namanya pun factory outlet, maybe saja je tak letak items yang best. Sebenarnya Helang nak cari sandal Clarks. Tapi brand tu takde kat sini. Pasrah je lah.

Sebab tak nak buang masa lama-lama kat situ, weols pun zass!! ke Disneyland pulak. Another stop je pun dari Val D’Europe tu. Walaupun weols akan bermalam di situ, weols tak terus checkin sebab tak nak buang masa ulang-alik dari hotel ke Disneyland ( walaupun dalam kawasan yang sama, tapi sebab besar tempatnya kira 10 minutes walk juga). Bag letak kat storage counter dan apa lagi… masuk je lah. Kat sini ada dua tempat, Disneyland Park dan Walt Disney Studio. Dua-dua pun ada mainan macam-macam with their own theme. Untuk first day, weols pergi ke Disneyland Park dulu.

Sebelum masuk, haruslah ambil map dulu supaya senang nak decide nak main apa, makan kat mana dan sebagainya. Dalam Disneyland Park, ada lima themes, Main Street USA, Discoveryland, Fantasyland, Adventureland dan Frontierland. Memandangkan Alia is so into ‘princess’ theme, weols ke Fantasyland dulu. Ada big castle menunggu is Sleeping Beauty Castle. Takde mainan apa-apa pun, just some stories about the Sleeping Beauty yang kita dah tengok kat movie. Kebetulan selepas keluar dari castle tu, dalma pukul 1.00pm, ada Christmas Parade. Weols pun tengoklah parade tu dengan pelbagai watak kartun termasuk Mickey and the Gang. Parade macam tu memang dia dah ada mention dalam map pukul berapa akan keluar. So kalau kebetulan time tu kita tak ‘stuck’ beratur untuk main, memang boleh tengok lah parade tu.

Dah nama datang dengan small kids ni, permainan pun kena pilih-pilih. Dalam map dah inform yang mana untuk families with small kids dan yang mana untuk teenagers and above. Our first ride, as per kids’ choice, naik carousel. Mak aih! Agaknya sebab weekend, nak main mana-mana permainan ni kalau tak beratur setengah jam ke sejam, memang tak sah. Sebab itu kalau nak datang sini, better ambil two-days and above trip. Weols just sempat main Carousel, Flying Dumbo, Alice’s Curious Labyrinth, dan It’s a Small World dalam Fantasyland. Dah petang sikit, ada another parade lalu around 4pm. Lepas parade, weols decide pergi ke Frontierland.

 











Kat Frontierland, cuma sempat naik Thunder Mesa Riverboat. Itupun hari dah gelap sebab malam kat sini start pukul 5pm. Lepas naik boat, pergi makan malam kat one of the restaurants yang ada jual fish and chips. Nasib baik map dia lengkap, siap infor kat restaurants tu apa menus dia so tak delah susah payah nak mencari restaurant/cafe yang bolwh weols masuk. Kalau ikutkan, actually for closing ada fireworks. But that would be 10pm, kids dah tak larat dan penat. So weols decide check in hotel dan sambung main esoknya je. 



Hotel yang weols duduk, Sequoia Lodge, within the Disneyland compounds, ada free shuttle bus to and from the hotel. Hotel-hotel within Disneyland compound ni ikut theme jugak. Dan dah rezeki weols, dari bilik biasa, dapat upgrade pergi suite yang besar. Ni gara-gara orang counter tu dok borak dengan hubby yang dia pernah datang Malaysia. Kelakar pulak rasanya. When people feel good about something, they are willing to give more than expected. Well…



The next day, 18 Nov 2012.

Nak kata bangun lambat, tak jugak. Ikut body clock yang biasa jugak. Tapi keluar hotel tetaplah lambat jugak. Kids masih kepenatan kot. Tambah lagi waktu breakfast pun turun lambat. Weols terus check out dan decide untuk letak bag kat baggage counter macam the day before. Walaupun banyak lagi tak cover kat Disneyland Park, tapi weols decide terus pergi ke Walt Disney Studio. Unfortunately hari tu hujan renyai-renyai. So everyone need to put on head cover most of the time. But mind you, walau hujan sekalipun, orang yang datang tak kurang pun, malah makin ramai. Sunday kot.

Walt Disney Studio ni, ikut map macam tak sebesar Disneyland Park. Tapi dah masuk tu, sebenarnya sama besar juga. Tapi number of games tak sebanyak kat Disneyland Park. Sebab ada places tu ada timing macam Disney Live on Stage (20 minutes), special effects presentation ( 45 minutes) dan Cinemagique (30 minutes). Like on Saturday, weols kena pilih anything yang boleh kids join juga. Walt Disney Studio ni ada tiga theme je, Toon Studio, Backlot dan Production Courtyard.














So yang sempat weols main atau join sepanjang weols kat situ until around 4pm adalah Cars Race Rally, Toy Soldiers Parachute Drop, Slinky Dog Zigzag Spin, Studio Tram Tour dan Armegeddon: les Effects Speciaux. Cars, Toy Soldier dan Slinky Dog kat bahagian Toon Studio, Studio Tram Tour kat Production Courtyard dan Armegeddon kat bahagian Backlot. Yang mencabar sikit (especially for small kids – and I wonder why they think budak 4-years old like Alia boleh join) adalah Toy Soldier Parachute Drop. Rasa tak percaya pulak my kids main benda tu. Macam biasa, untuk join the games memang kena beratur panjang. Dan with kids, you have to have some time untuk take a break untuk rehat, makan dan lain-lain. 
Aiman officially recruited as parachuters..hoho
Can you believe Alia naik ni?



















Tapi pengalaman ni memang menyeronokkan. Memang tak cukup untuk cover semua games dalam dua hari tu ( unless you are grownups dan boleh lari sana sini untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat ). So, if ada chance when the kids are bigger, mungkin boleh datang lagi ke sini ( or other Disneyland perhaps?).






P/S : I wonder if experience kat Legoland, Johor will be as good as this?

Wednesday, 21 November 2012

Paris Experience ( 10 and 11 Nov 2012)


Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Ada yang tak sabar nak tunggu post Helang tentang staying in France? Maaflah, bila datang mood untuk menulis, ‘laptop’ Helang pulak di’conquer’ oleh Alia sebab dia nak tengok movie Barbie yang we all dah download. Nak buat camna, satu lappy je bawak ( memang lappy ni je pun personal lappy yang ada). Nak harapkan Ipad pulak, anak bujang Helang pulak yang monopoli, as always. Nak tulis blog through iphone, hmm.. selain kecik ( nak tulis panjang2 tak best), banyak gambar we all ambik through digital camera and not iphone camera. Nanti tak boleh pulak upload gambar-gambar weols  kat blog ni.

Dah satu paragraph tulis takde lagi cerita pasal Paris ni mesti you all dah tensi tahap gaban kan? Jangan marah. Lemme story de mory here…

Rehat di Jardin (Garden)

First weekend in Paris, like I said in the previous blog, weols jalan-jalan sekitar Paris je. Tengahari Sabtu, 10 Nov 2012, after makan lunch dekat this one halal cafe ( kebab lah apa lagi ), weols naik tram ke tengah-tengah bandar. First pitt stop, kawasan Louvre. Yes, memang ada muzium Louvre yang terkenal tu kat situ but weols tak pergi lagi that day. Hubby nak bawa pegi sana on Sunday. Dari sana, weols berjalan sampai ke Jardin le Tuileries. Basically hubby nak tunjuk route dari situ ke arah town yang selari denga Arc de Triomphe. Apo ko bondo Arc tu? Tengok le gambar tu. Tu one of the famous landmark kat Paris ni selain Eiffel Tower ye adik-adik. Arc de Triopmphe ni monument untuk memperingati those pejuang yang berjuang dalam French Revolutionary dan Napoleonic Wars. Nak tau lebih lanjut pasal this monument, please ‘google’ ye.
Arc de Triomphe

Dari Jardin De Tuileries weols jalan melalui Concorde ke arah Champs Elysses. Apa yang menarik kat sini? Hah, sinilah tempat shopping yang best sebab banyak ‘branded item’ kat jalan ni. Dan yang penting, flagship store Louis Vuitton kat sini. Err.. adakah Helang masuk kedai itu? Dear.. dah sampai mestilah masuk, kan? Kena beratur tu.. hari Sabtu ramai orang kot? Tapi yang mampu cuci mata jelah. Sebab walaupun after convert to RM harganya murah dari beli kat Malaysia, tapi dah namanya LV tu faham-faham je lah regenya camna. Telan air liur je lah ( walaupun Helang berazam nak pergi lagi before balik. Mana tau lepas dah puas jalan-jalan Paris ni ada duit lebih ke huwarrghh!!) Since now tengah autumn, malam cepat, so weols by 7pm dah balik ( 7pm kat sini dah masuk Isyak tau). Kids pun dah penat dan mengantuk sebab body clock theyols masih follow Malaysia time. So hari itu weols. Cuma takat jalan-jalan gitu-gitu je. Just to have sneak preview of Paris. Dengan nak layan jetlagged lagi, not much can be covered.
Along the road of Champ Elysees


The next day, Sunday, 11 Nov 2012.


In front of Assemblee Nationale
Hari ni weols keluar pagi sikit. The plan is to take tram to Assemblee Nationale dan naik boat tour untuk ke Notre Dame, Louvre Museum dan finally end our trip to Eiffel Tower. So pagi-pagi dah keluar dari aparthotel menuju ke tram station.  Dari La Defense tram station, weols menuju ke Assemblee Nationale. Kat situ weols beli ticket untuk naik Boatobot. Kira tour boat lah ni. Ada 8 pittstop dan boleh nak dan turun kat mana2 pittstop sepanjang hari itu.  Assemblee Nationale ( or in English National Assembly) punya bangunan tu tak pasti pulak open to public atau tidak. Kami tak masuk lah pulak. Actually National Aasembly ni adalah lower rank dalam Parliament France. Macam Dewan Rakyat kat Malaysia. Atas dia adalah Senate whils in Malaysia atasnya adalah Dewan Negara. Cewah! Macam belajar sejarah pulak.
Notre Dame Cathedral

Dari sana, naik boat pergi ke Notre Dame Cathedral, salah satu landmark popular jugak di Paris ni. Besar bangunannya dan yang penting masih senibina lama. Sebelum jalan-jalan around, weols sempat makan lunch kat salah satu restaurant around the area dan beli some souvenirs. Baru hari kedua kat sini so tak sempat nak uat bekal apa-apa dari rumah. Mujur jugak ada seafood kat restaurant itu. Bolehlah mengisi perut before move to another places of  interest. Lepas dah ronda-ronda Notre Dame, next location yang memang teruja nak pergi adalah Louvre Museum.

Ya betul! Muzium ni yang dalam cerita “The Da Vinci Code” itu. Hohoho.. mak pun berangan macam tengah breaking the Da Vinci Code gitu. Erkk!! Muzium tu  besar yang amat, tak habis cover untuk dua-tiga jam ( sebab weols nak bergegas pulak ke Eiffel Tower and nak reach sana by 4.30pm sebab our ticket masuk is 5.30pm). Weols cuma sempat cover bahagian Islamic Empire ( ya memang ada pameran tentang Islamic empire kat sini), Renaissance ( nak tengok Monalisa, kan?), Roman Empire, Firaun Empire and Louvre Medieval. Wah, kalaulah saya ada satu hari di sini, haruslah saya cover everything kat sini. Tak puas tau.. Takpe-takpe.. hopefully next time boleh datang lagi and by the time kids dah besar they all dah boleh appreciate the museum exhibition.
At the main 'pyramid' entrance of Louvre Museum

Monalisa before my eyes.. cantik ke?

Hiasan ceiling.. so antique..
Next, naik boat semula ke destinasi terakhir untuk hari itu. Eiffel Tower! As planned, weols sampai pukul 4.30pm. Sambil tunggu waktu masuk pukul 5.30pm, weols ambil-ambil gambar (harus!), minum-minum petang ( kids nak nyam nyam) dan tengok garden kat bawah tu. Ada patung bear yang represent setiap country. Weols of course lah cari yang Malaysia punya, kan? Patung bear Malaysia tu di’seni’kan oleh our cartoonist Imuda. Memang ada tertera nama dia kat situ.
We're finally here!

Can you believe this was done by Imuda?
Then waktu yang ditunggu-tunggu, even though kids dah mula kepenatan. Panjat Eiffel Tower. Hohoho. Ada lif, bukan naik tangga. Nak naik tangga silakan, kalau sangguplah. Nak masuk Eiffel Tower tu dewasa dia charge Euro14 whilst the kids Euro9.50. Rasa-rasanya berbaloi ke? Kat sini 5.30pm tu dah nak masuk maghrib pun so dah gelap. Tapi dari atas tower weols masih boleh nampak Paris from afar. Ada dua stop, middle dan top. Memang dah naik tu kena turun jugak kat middle tu sebab lifnya memang sampai situ je. Nak naik atas lagi kena naik another lif. Saja je kan.


From the top memang nampak Paris seluas mata memandang. Tapi dah sampai atas tu tak boleh nak dok lama-lama. Kat atas tu sejuk sangat. Alia pun masa beratur nak naik lif turun sampai tertidur. Kesian anak mummy ni. Belum adjust body clock dia. Masih follow waktu Malaysia. Dan after 6pm onwards, every one hour Eiffel Tower lights akan blinking.. so memang nampak cantik waktu malam. Sebab kami turun pun dah pukul 7pm, memang sempat nampak Eiffel Tower yang bercahaya di waktu malam. Sangat indah. Alhamdulillah kerana dah berjaya sampai ke sini. One of my dream selain Stonehenge yang juga Helang dah jejaki masa duduk kat UK dulu.


Oklah, Helang stop kat sini dulu. My next blog post will be about our trip to Disneyland. Till then!

Thursday, 15 November 2012

Help! SOS!

Dengan nama Allah Helang post entry kali ini.

Dalam seronok bercuti ke Paris ni, Helang dan family dikejutkan dengan satu musibah back in Melaka. Rumah Helang dimasuki pencuri! Kejadian itu disedari oleh jiran ( Helang ada tinggalkan kunci sebelum berangkat ke Paris) pada petang Sabtu sekembalinya dia dari kampungnya.

Rupanya pencuri itu masuk melalui tingkap depan dan telah buka gril timgkap tu. Mujur jiran-jiran banyak datang membantu dan dah buat laporan polis. Terima kasih banyak-banyak pada Kak Midah dan ASP Huzaini yang bertindak cepat.

The next day, Sunday tu pula family mertua termasuk adik ipar Helang, Angah ada datang ke rumah nak check apa lagi yang hilang. Kalau ikut keadaan rumah, menurut my ipar, maybe pencuri tu dah target dan tunggu rumah tu tak berorang. Dan cuma target wang dan barang kemas, of which memang tak dapatlah sebab we all bukan jenis yang suka simpan duit kat rumah. Barang-barang besar macam tv dan lain-lain tak berusik pulak.

Alhamdulillah juga masa tu Helang dan kids takde kat rumah. Ada hikmah juga kejadian tu berlaku waktu itu dan bukan time ada orang ( sebab masa tu tentulah Helang tinggal dengan kids je, no man around).

Apa-apa hal pun nampaknya kami perlu lebih berhati-hati sebab dah ada 'case' ni.

Wednesday, 14 November 2012

Ou suis-je? Oh, a Paris..

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Actually dah almost 5 days Helang and kids sampai kat Paris. Upon touch down, petang tu juga we all jalan2 around Paris dan panjat Eiffel Tower the next day. Tapi tulah, malas yang amat pulak nak buat entry pasal the experiences. Mentang-mentang dah masuk autumn ni, cuaca sejuk... selimut asyik melambai-lambai je.. Helang memang sangat tak productive kat sini. Padahal bukannya buat apa-apa pun bila hubby pergi kerja. Paling -paling time nak lunch dan dinner barulah konon-konon busy masak hohoho.. tapi time lain? Either surfing the net, baca forum dan layan kids. Keluar ke garden bawah pun malas. Sejuk woo.. macam tak kuasa pulak nak turun bawah walaupun bosan jugak terperap kat aparthotel ni. Ok, for those yang tunggu entry pasal jalan-jalan sekitar Paris, tunggu next entry ok? This entry baru nak warm up.. jangan mare!!

Tempat Helang duduk ni dipanggil La Defense. The reason duduk kat sini sebab memang dekat sangat dengan office Technip tempat hubby meeting dan kerja for the whole 6 weeks dia kat sini. Tempat ni strategic kiranya sebab dekat dengan mall, tram station dan tempat-tempat makan yang halal. Oh, tapi sebab ni aparthotel, actually ada dapur untuk memasak, so we choose to buy groceries dan masak sendiri. Ada jugak makan kat luar, tapi dah namanya tekak Melayu ni, we still resort to Malaysia food. Even Aiman yang hantu burger tu pun tak lalu sangat makan burger kat kedai sini. Balik aparthotel mintak makan nasi juga akhirnya.

Dah jalan-jalan ni Helang notice like other European countries macam UK, the people here memang walk a lot. Sesuailah dengan cuacanya yang tak sepanas Malaysia. Actually Helang suka dengan culture 'walking' ni. Dan berharap ada area Kuala Lumpur or other cities kat Malaysia yang free of cars/vehicles at certain zone so that people can walk freely. Tapi dengan syarat public transport kena improve and upgrade first? Oh, kat sini takdelah bersih sangat, jalan ke tram station and malls pun ada sedikit dodgy, but still bearable. Lagipun kat sini French people just mind their own business, jalan pun laju-laju je..
















Oklah, nanti Helang blog about jalan-jalan sekitar Paris. Insya-Allah next weekend we all akan ke Disneyland. Tunggu next entry tau!! Till then..

Thursday, 8 November 2012

Because it's raining heavily..

Because it's raining heavily,
Here I am waiting in anxiety.

Because it's raining heavily,
Here I am, filling my stomach which is empty.

Because it's raining heavily,
I feel so sad coz I'm lonely.

Because it's raining heavily,
I'm missing my kids so badly.

Because it's raining heavily,
My head aching, tiredness creeping endlessly.

Because it's raining so badly...

Wednesday, 7 November 2012

Happy day for Aiman ( and mine as well )

Dengan nama Allah Helang post this entry.

Yesterday was really a tiring day for me. Dari pagi ke petang pergi sekolah Aiman, both schools, for award ceremony. In between the event sempat lagi pergi banks dan tukar duit euro. By evening ibu ini memang 'flat' tapi nak jugak siapkan packing untuk holiday.

So Aiman did well in exams and receive award. Second place for morning school and number one fir afternoon school. Actually untuk morning school, ada satu subjek markahnya jatuh, which is science. So overall dia dapat number two in class ( half year he got number one).

Afternoon school, sekolah agama, same case, satu subjek dropped in marks, which is sirah. But other subjects showed improvement. And apparently the teacher said memang soalan sirah kali ni agak susah ( which I believe other students pun didn't di well). Nasib baik masih dapat A like the science subject. And so Aiman still got number one with highest mark award for subjek ulum shar'iah.

Helang rasa bersyukur dengan kejayaan Aiman dan hopefully he continue to be success. I mean, this is just the beginning, baru darjah satu, kan?

Alhamdulillah....