Tuesday, 14 August 2012

Ramadhan tahun ini..

Dengan nama Allah Helang post entry ni.

Korang mesti pelik sebab Syawal dah nak habis Helang baru nak cerita pasal Ramadhan. Bukan apa, selain entry yang lepas tu, Helang nak cerita kekesalan Helang tentang Ramadhan tahun ini. Harap jadi iktibar pada siapa yang membaca.

Helang ada bagitau yang hubby Helang ke Paris dalam dua minggu pertama Ramadhan lepas. Jadi, dah jadi ibu tinggal ni, semua dari A to Z memang jatuh pada Helang. Dari celik mata sampai tutup mata semua urusan sendiri. Mujur juga tahun ni Aiman nak puasa. Tapi untuk ajak dia sahur tu, Helang kena angkat dia turun ke dapur. Itu memang aktiviti setiap pagi. Jadi pagi2 lagi dah keluar peluh.

Lepas balik kerja pulak bergegas bslik ke rumah nak masak makanan berbuka Aiman. Aiman punya je, mak dia punya beli je kat param. Sebab? Aiman sangat cerewet makan. Tiap-tiap tengahari after ambil dia dari sekolah dah ambil order dia nak makan apa. So if dah ambil order tu jangan harap nak tukar menu lain ye. Nanti dia tak makan. Badan pun dah tinggal tulang ala2 budak Somalia.

Lepas berbuka dan solat if Aiman dan Alia ada homework, kena duduk sekali tengok they all buat homework. Around 9pm onwards ajak solat Isyak dan temankan budak- budak ni tidur sambil buat tarawikh kat bilik they all. Selalunya habis solat je the kids has asleep, turun bawah balik lipat baju ke, kapur kasut ke, kemas dapur ke, etc. so by the time sendiri nak tidur memang sangat dah tak larat dan letak bantal je terus zzz.. Pagi bangun again jam 430am.

Apa masalahnya di sini? Kerana kepenatan, Helang akui jarang dapat buat solat2 sunat yang selalu Helang buat Ramadhan tahun lalu. Kalau terlalu penat dan mengantuk pun kadang2 skip jugak solat tarawih. Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terbaik yang Helang lalui. Bila masuk Syawal tak puas hati dengan amalan2 sendiri.

Ada juga bercerita dengan my mum tentang condition Helang ni. My mom said, masa dia dulu time kecik-kecik, dia cuma dapat buat amalan wajib je. Bila dah tua dan anak2 dah besar ni barulah boleh buat yang sunat2 tu. Tapi kena redhalah sebab tanggungjawab pada anak2 dan rumah tu kategori wajib. Sementelah hubby takde tu memang dah amanahkan Helang untuk jaga anak2 dan rumahtangga sebaik mungkin. Bila dia balik pun keadaan tak jauh beza sebab dia berulang-alik Melaka-KL, jadi tak sempat jugak nak tolong-tolong sangat hal rumah kecuali kapur kasut dan check buku anak.

Lepas dah luahkan pada mak ni rasa lega sikit. Harap-harap Ramadhan tahun depan akan lebih baik dari tahun ini. Itupun kalau Allah izinkan Helang jumpa lagi Ramadhan tahun depan.

Time-time ni untung betul siapa ada pembantu. Yang takde pembantu tu dan kena buat semua kerja sendiri jangan risau, anggaplah Allah nak bagi pahala lebih pada you all.