Sunday, 26 February 2012

Jalan-jalan ke Persiaran Southkey...

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.

Semalam, Sabtu, Helang telah dijemput (paksa rela sebenarnya.. huhuhu) untuk menghadiri official launching of Southkey, iaitu new township under group of companies tempat Helang cari makan. Kenapa nama dia Southkey? Soalan yang ditanya oleh MB Johor ( beliau yang datang merasmikan launching ni) kepada Helang punya big boss. Kalau ikut direct translation - kunci selatan - pasal township ni terletak di negeri Johor, dalam flagship A kawasan pembangunan Kem Majidee. Hah, sebenarnya Helang pun tak tau, yang jawapan ni diceritakan semula oleh MB Johor dalam ucapan perasmiannya. Helang just laporkan balik je.. ( macam reporter plak).

Tapi rasanya pembangunan kawasan ni banyak tertumpu untuk commercial type, residential lebih kepada condominium and service apartment ( baru berangan ingat staff boleh dapat diskaun - boleh sambar satu terrace house).

Ini bukan corporate uniform tau!
Pagi-pagi lagi dah tercongok kat kem majidee ni, siap pakai uniform lagi. Eh bukan uniform tentera tau.. corporate uniform ler.... Sebab nak tunjuk ramai staff datang kasi support le kononnya... True enough, we all kena buat macam barisan kiri kanan untuk menyambut ketibaan MB Johor tadi. Apparently, Helang dok barisan belah kanan dan barisan tu ramai ladies, berdiri pulak agak depan. Yang those guys kat barisan kiri punya lah buat muka 'hensem' nak sambut menteri... tapi bila MB datang, MB terus salam2 we all kat barisan kanan ni... huhuhu.... minta maaf ler guys... lain kali berdiri le kat barisan kanan... standard le dah salam pun dengan tangan kanan.. mestilah belah kanan yang dituju dulu....

MB dah sampai, Helang cuma boleh amik gambar di kejauhan sebab tak lama tu dia dah datang ke arah kitorang untuk bersalam-salaman
Ada beberapa incidents yang berlaku, though small, but rasanya patut diambil perhatian oleh pihak organiser, especially bila melibatkan VVIP. Sepatutnya everyone must be particular even to the details. Tak perlulah Helang ceritakan kat sini apa dia, tapi rasanya sebab jarang2 our company buat big event, moga ini menjadi pengajaran.
Upacara perasmian..

Sales gallery from a far...

Thursday, 23 February 2012

I hate my desk...

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Dah dua hari berkampung kat meeting room untuk area office budget session. Bila balik bilik sendiri baru terasa betapa bersepahnya bilik. This few weeks akan busy with all meetings and deadlines - this Saturday kena pegi Johor, launch group punya property, next thursday ada RMCM, the following Friday ada BOD meeting. Itu belum masuk preparation for Business Plan to be submitted on 2nd March.

Patutlah tak sempat kemas bilik. Rasa macam nak terus berkampung kat meeting room je this few weeks. Agaknya kalo ular masuk pun tak perasan, nauzubillah...

Bila banyak benda nak buat ni, mulalah nafsu makan teringin nak makan yang best2... Steamboat ke, barbeque ke..anything that can cure my appetite... Soup is a must.. Huhuhu...

P/s: ntah apa kaitan keje banyak dengan nafsu makan?

Thursday, 16 February 2012

Kerisauan seorang ibu...

Dengan nama Allah Helang post this entry.

Hari ni Helang ada training kat KL. So, pagi2 lagi dah keluar rumah. Itupun sempat juga  siapkan breakfast dan bekal my kids. Urusan menghantar both kids to school dan ambil Aiman kat sekolah terpaksa diambil alih oleh encik hubby.

Since ada changes in the task untuk mengambil Aiman, Helang tak suspect pulak encik hubby akan lupa. So, Helang saja called masa lunch break, itupun dah pukul 1.12pm ( waktu balik Aiman pukul 1pm). Guess what?? Encik hubby really did forget to fetch Aiman!! Can you imagine how I felt??

So far tak pernah lagi Helang ambil lambat... Not even a minute. By the time called hubby it was already past 10 minutes plus, tambah dengan jarak office hubby to school around half and hour, at least 145pm baru sampai.

Risau betul Helang masa tu, takut kalau2 Aiman keluar kawasan sekolah and kesian sebab mesti dia kelaparan. Called cikgu kelas dia, but she didn't answer. Called pejabat sekolah, the clerk said cikgu-cikgu ada meeting dengan guru besar. No wonder tak angkat call.

Last2 Helang berserah pada Allah saja dan pesan kat encik hubby to inform me kalau dah ambil Aiman. About 215pm, hubby called dan beritahu dah ambil Aiman. Masa tu dah bergenang airmataku, nasib baik Helang dah keluar dari training room untuk jawab call (tapi memang tak concentrate pun). Hubby ceritalah dia ada tanya Aiman buat apa. Aiman ceritalah yang dia jalan-jalan kat kantin, naik kelas semula dan sekitar kawasan sekolah sebab "tunggu abah tak sampai-sampai". Damn I cried silently. What a relief.

Petang on the way back from KL, Helang called babysitter. She mentioned Aiman balik-balik je mengadu lapar. Kesian tak? The kids ada bercakap2 dengan Helang dalam phone. This is what Aiman said," mummy nak ambik Aiman pukul berapa? Pukul 2 ke?". I was speechless.

Okay, nampaknya Helang kena train dia naik bus. In case kalau Helang kena pegi outstation lagi dan memang possibility is there. Encik hubby and I need to talk about this. Wish me luck.

P/s: Terus singgah R&R beli donut coklat for the kids....

Wednesday, 15 February 2012

Talent come and go

In the name of Allah, I begin my entry.

It's true. Not some bad gossip anymore. He's leaving. It was like a bombshell when he broke the news. Okay, I am exaggerating. I knew that he's leaving. It's just a question of "when"? Now the question has been answered. It will be soon.

Though it's a fair deal to him, but I still regret. He's here just for a while. We haven't had enough of him yet. Who's gonna replace him? It's a question that nobody dare to answer as he has set too high a standard for whoever his successor.

I guess, talent come and go. They come, they see, they conquer. So, what's next? The clock is ticking...

Tuesday, 14 February 2012

Togetherness...

Dengan nama Allah Helang mulakan post.
Sabtu lepas balik kerja hari tu, Helang dan staff2 department ambil peluang have fun together dengan bermain bowling. Dah lama jugak plan nak buat activity 'outing' ni, akhirnya berjaya juga.
Sebab yang main tu sepuluh orang, we all split into two teams. Kaedahnya team mana yang kalah akan didenda untuk belanja breakfast pada hari Isnin.
So, agak2 team mana menang ekk?

Friday, 10 February 2012

Transformation towards excellence

Dengan nama Allah Helang start the entry.
Alhamdulillah, baru tadi berlansung ceramah sempena Maulidur Rasul di office Helang. Ya, we all keje hari ni walaupun hari ini hari Sabtu. Kat company Helang ni Sabtu minggu pertama dan ketiga je cuti. Yang lain2 kena keje half day.

Helang tak nak sentuh isi ceramah sebab you all pun mesti dah biasa dengar ceramah tentang Nabi SAW ni. Yang Helang nak kongsi adalah aktiviti itu sendiri. Dah lama Helang dan a few staff kat company ni suggest utk buat pengisian kerohanian kat sini. Bukan apa, Helang yakin salah satu aspek kecemerlangan dalam diri seseorang pekerja itu boleh dicapai jika dalamannya bagus. Jangan tanya pulak kenapa ada orang tak solat, tak amalkan ajaran Islam dan sbgnya masih boleh jadi pekerja cemerlang? Kena faham pulak whether ada keberkatan ke tidak dalam pekerjaan tu? Wallahua'lam.

Memandangkan our CEO punya vision supaya we all buat transformasi ke arah kecemerlangan, maka Helang pun adalah 'cucuk'2 HR manager supaya masukkan program2 kerohanian macam ni dalam aktiviti transformasi tu. Dan alhamdulillah, dah 2 kali ceramah agama diadakan pada hari sabtu bekerja. Helang harap lebih ramai staff company Helang ni akan lebih menjadi a better Muslim sekaligus jadi orang yang lebih cemerlang.

Dan alhamdulillah juga dah 3 kali department Helang buat bacaan yassin setiap Jumaat. Helang nak cuba cara lain sket untuk transform my department to be better. Tak kisah orang lain nak kata apa. Ada juga Helang buat perubahan dari segi communication, the way we all buat kerja dsbgnya tapi nak cuba juga suntikan spiritual ni. Alhamdulillah dari segi togetherness tu nmpak bertambah baik. Tapi Helang nak capai matlamat CEO to create team that works, not just teamwork. Mudah2an Allah permudahkan urusan kerja kami.

Wednesday, 8 February 2012

Cuti Maulidur Rasul dan Pertunangan Cousin

Dengan nama Allah Helang mulakan entry ini.

Weekend lepas adalah weekend yang best bagi kebanyakan orang kat Malaysia ni. Apa taknya long weekend... dari Sabtu sampai Selasa ( atau sampai Isnin bagi certain states) cuti. Hari Ahad adalah cuti Maulidur Rasul ( digantikan ke hari Isnin) . Selasa pulak Thaipusam, so certain negeri memang cuti. Melaka je tak cuti hari Selasa. Tapi Helang rasa best tanpa gangguan kat pejabat sebab headquarters dan pejabat-pejabat berkaitan cuti.
Cuma kalau you all perasan, Ahad tu orang Islam menyambut Maulidur Rasul, then Isnin orang Buddha menyambut Chap Goh Meh, sambung ke Selasa orang Hindu menyambut Thaipusam.. memang satu Malaysia sungguh!

Bercakap tentang Maulud Nabi ni, apa agaknya aktiviti you all? Ada tak yang pergi perarakan Maulud Nabi kat tempat masing-masing? Bagi Helang, sebenarnya mengingati Nabi s.a.w kita kena hari-hari. Tak perlu tunggu ada hari-hari tertentu. Jangan lupa berselawat selalu setiap hari. Kalau terlupa dek kesibukan urusan seharian, sebelum tidur, ambil masa untuk berselawat dan mengingati pengorbanan Nabi  s.a.w kita tu. Insya-Allah, Nabi pun akan ingat kita dan memberi syafaatnya kat akhirat kelak. Helang sebenarnya masih belajar untuk mengenali dengan lebih dekat Baginda s.a.w. Kerana kekangan waktu dan jarang keluar rumah (untuk dengar ceramah dsbgnya), Helang lebih menumpukan pada pembacaan buku-buku berkenaan Baginda.  Antara buku yang Helang suka baca adalah "Nabi Muhammad S.A.W Al Quran Berjalan : Rahmat Bagi Seluruh Alam" karangan Dr Abdullah Aidh ( penulis buku Jangan Bersedih). Buku ni lebih kepada sirah dan dari cara penulisan dapat kita lihat bahawa penulis memang seorang yang sangat cintakan Rasulullah s.a.w. Alangkah bagusnya kalau kita pun ada rasa cinta yang mendalam macam tu. Tapi tulah.. Helang pun belum sampai tahap tu... ( Mode insaf sekejap).

Pada hari Maulud Nabi itu juga Helang berkesempatan balik kampung ayah kat Karak untuk meraikan pertunangan cousin Helang, Azizah. Anak kepada Mak Teh, adik ayah. Tunangnya pun orang Karak, jadi takdelah jauh sangat dan susah nak balik beraya (hohoho..). Jom tengok apa berlaku pada majlis tu...
Tengah menunggu rombongan belah lelaki...
Alia pun nak jadi cameragirl jugak!
Mak Su (Kucing Itam) ni tak habis2 lagi ke setting camera?
Pelamin dah ready... mana bakalnya??
Ok, rombongan dah sampai.. macam nak nikah pulak!
Sessi menyarungkan cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua.. ayu sungguh Azizah dalam persalinan ni..
Mak Teh dan Azizah... mesti happy tak lama lagi bakal terima menantu...

Memandangkan anak-anak yang dah bersekolah dan Melaka tak cuti hari Selasa, Helang dan family terus balik lepas habis acara.. Lepas ni mengira hari untuk hari nikah pulak... akan turun lagi ke Karak, insya-Allah..

P/S : Adik-adik Helang yang 5 orang tu bilalah pulak?? Takkan pegi kenduri orang je....