Saturday 28 January 2012

Bila Aiman tengok bola...

Dengan nama Allah Helang mulakan post.

Malam tadi we all pergi makan roti nan kat tengah bandar. Memandangkan ni saturday night, Helang and hubby bagi can the kids tidur lmbt sket ( actually hubby nk tgk bola - Man U vs Liverpool). So after balik makan, we all lepak depan tv tengok football game kejap. Team favourite hubby main - Liverpool. Aiman pun join tengok, while Alia tengok UpinIpin dalam ipad.

Since first timer, Aiman sokong team ikut colour baju - so dia sokong team baju biru - Man U. Helang pun dapat idea "nakal" nak nyakat my hubby - bagitau Aiman sebut "go Man U go!" sudahnya satu rumah bising dengan suara Aiman jerit2 macam kaki bola kekdahnya. Yang hubby pulak bengang je walau tersengih kambing. Siap cakap kat Aiman orang tengok bola senyap2 je...

Yang tak tahan bila Aiman punyalah bersemangat buat ulasan game, dokk sebut jersey2 number when the balls were passing - Then tah mana plak datang idea sendiri jerit2 macam "cepatlah Man U! Kalahkan Liverpool!". Nampaknya budak ni bakal ikut jejak langkah abah dia - gila bola. Hhmmmm....


 P/S : Apparently Aiman tak sempat tengok habis coz dah suruh dia tidur. The next morning apalagi, abah dia pun nyakat balik le pasal Man U kalah dengan Liverpool. Apa lagi, bisinglah budak tu tak puas hati team yang dia sokong kalah... huhuhu...


Wednesday 25 January 2012

Idea-idea bekal ke sekolah...

Dengan nama Allah Helang start the entry...

Helang pernah mention dalam post ini yang Helang berazam nak sediakan bekal makanan untuk my kids tiap-tiap hari ke sekolah. Problemnya, my son and my daughter tu memilih sangat makanan. So, memang agak pening jugak nak memikirkan "snack" apa yang boleh dibawa untuk bekal ke sekolah. Untuk anak-anak yang tak kisah dan makan apa saja, memang senang. Macam zaman mak Helang dulu-dulu. Dia buat apa saja kitorang akan makan. But not my kids. Dahlah selera dua-dua tak sama ( bab breakfast ). So, Helang pun check lah forum, blogs dan web resipi untuk dapatkan idea.

Kalau ikutkan Helang, teringin nak bagi foods like nasi goreng, mee goreng ker...  tapi memang takkan jalan. Sudahnya Helang resort pada menu yang mudah-mudah tapi yang memang both kids akan makan. Tapi, ada jugak sometimes kena bagi bekal differently sebab ada yang Aiman suka, Alia tak suka. Nak tengok tak apa yang Helang selalu buat untuk bekal my kids? Mana tau you all boleh guna idea tu untuk your kids jugak pergi sekolah...

Pancake - ni selalunya requested by Aiman. Tapi Alia kurang sikit. Alia makan time breakfast je... tapi jadi bekal dia tak berapa suka

Kalo time nak senang dan tak renyah, Helang just goreng je nugget dan fries. Ha, yang ni both kids memang akan makan habis..

Ni pun favourite Aiman. Resipi asal guna topping guna tomato dan cheese, base nya chilli sauce. Helang ubah suai ikut selera Aiman, letak sosej dan basenya sos tomato. Aiman panggil roti ni as "roti cheese pizza'.

Time tengah rajin dan bangun awal dari biasa, Helang pun buatlah doh dan jadilah donut. Ni pun both kids suka dan boleh makan time breakfast dan buat bekal...

Kalau time takde idea roti nak buat apa, Helang masak daging burger dan buat sandwic burger and mayonis. Kalau time malas tahap gaban, Helang buat je sandwic cheese letak mayonis

Time ni sebenarnya buat pancake. Tapi takut Alia tak berapa nak makan, Helang masukkan jugak roti planta yang dibuat bentuk-bentuk supaya nampak menarik.

Yang ni memang menjadi pojaan hati Aiman... sausage roll. Tapi nampaknya Alia pulak kurang minat. So, kalau time buat sosej roll ni, Helang bagi Alia bekal biscuits in  varieties cam Captain Much, Tiger dsbg. Kalau tak pun bagi koko crunch, dimakan begitu sahaja without milk. Haa.. yang tu memang Alia suka.
Banyak bekal yang dibuat memang 'cater' for selera Aiman. Sebab Alia kalau dia tak makan bekal yang diberi pun, dia ada option untuk makan foods yang disediakan oleh pihak tadika. tapi kalo Aiman... since dia dah sekolah rendah, dan Helang belum berapa yakin nak lepaskan dia beli foods kat kantin, so kebanyakan breakfast atau bekal memang Helang buat ikut request dia. Selalunya the night before, either sebelum tidur atau lepas balik mengaji Helang akan tanyalah Aiman esok dia nak bekal apa. Dan Helang try buat ikut apa yang dia nak, insya-Allah. Tapi kalau kebetulan takde stok bahan-bahan, Helang akan try suggest kat dia bekal lain. Kalau dia setuju, ok ler. Kalau dia nak jugak bekal ikut suka dia.. terpaksalah Helang mintak encik hubby tolong cari bahan-bahan yang takde malam tu jugak!!!!

P/s : Teringin gak nak buat bekal untuk diri sendiri tapi tahap malas tu bukan takat tahap gaban je... dah tahap super kamehameha dah...huhuhu...

Sunday 22 January 2012

Makan besar???

Dengan nama Allah Helang mulakan entry.
Weekend ni memang agak relax. Long weekend sempena Chinese New Year. Helang dan family pun ambil kesempatan untuk balik rumah parents. Kebetulan makcik sedara belah hubby ada buat kenduri doa selamat malam Isnin. Kira we all pun "makan besar" jugak lah...

Dari pagi dan petang, Helang dah ke rumah makcik untuk tolong2 apa yang patut. Tak menjadi masalah untuk pergi-balik dari rumah in-law ke kampung (makcik duduk kat rumah arwah nenek) sebab cuma 5 minutes away.

Makanan dimasak secara gotong-royong. Yang datang pun memang kalangan sedara jugak. Rajin betul mak sedara Helang ni prepare macam-macam such as nasi dan lauk, mee jawa, tauhu sumbat, my favourite ikan bakar, ayam bakar dan deserts.

Dah makan, semua orang kekenyangan dan kepenatan. Apa lagi, balik zzzzz... The next day nak balik PJ pulak! Cuti memang menyeronokkan!

Friday 20 January 2012

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni,

Selasa lalu department Helang dikejutkan dengan berita kematian ayah kepada salah seorang staff department, Nora. Pagi-pagi lagi dalam pukul 5.30am ( kebetulan Helang baru nak bangun untuk prepare breakfast the kids), Nora dah telefon untuk memaklumkan berita itu. Memang kedengaran kesedihan dari suaranya, maklumlah, kehilangan orang terdekat dalam hidupnya.

Memandangkan Helang adalah HOD, kalau bukan sebab HOD pun, sebagai salah sorang staf yang sama department, Helang decide to visit Nora dan family. Sampai kat office, Helang minta pihak HR sediakan transport dan arrange untuk dapatkan info tentang pengebumian arwah. Beberapa orang staff pun ada ikut pergi sekali, jadi kami decide untuk naik van company je.

Disebabkan terpaksa menunggu staff HR buat kutipan donation untuk keluarga Nora, we all terpaksa bertolak dari office kat Ayer Keroh ke Kuala Pilah lambat sikit. Ditambah dengan dua kali u turn ( salah masuk simpang, tak pasti kawasan kubur yang mana dsbgnya), kami sampai selepas imam dah habis baca talkin dan orang dah mula beredar dari kubur. Tapi sempat we all sedekahkan al-Fatihah untuk arwah di kubur. Semoga rohnya tenang menghadap-Nya.

Nora ada menceritakan betapa sedihnya beliau sebab tak dapat bawa arwah ayahnya berjalan ke Sabah. Dia memang dah siap apply cuti ( Helang dah approve pun cuti tu ) dalam bulan Februari. Hajatnya untuk "surprise" kan arwah ayahnya dengan merancang secara senyap-senyap percutian ke Sabah tu. Never occured in her mind yang dia yang di"surprise"kan dengan pemergian arwah ayahnya buat selama-lamanya. Tapi bagaimana pun beliau redha akan pemergian ayah beliau.

Untuk Nora, if you read this, jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah menyayangi arwah ayahmu. Jangan ralat kerana hajat yang tak kesampaian kerana sesungguhnya niatmu untuk menggembirakan ayah dan ibu itu pun mendapat pahala. Dan amat berbahagialah arwah dan ibumu kerana anaknya yang sulung ni sentiasa mengingati dan cuba menggembirakan hati ibubapa. Pesan akak, selalulah menjenguk ibumu dan lebih keraplah bertanya khabar. Beliau tentunya rasa kehilangan dan kesunyian. Kalau Nora sebagai anak rasa sedih dan kehilangan, ibumu lebih-lebih lagi kerana arwahlah teman hidupnya.

Untuk diri Helang sendiri dan orang-orang sekeliling,  moga mendapat pengajaran dari kematian. Kerana yang hidup pasti kan mati. Kena sentiasa bersedia dengan ilmu dan amal. Insya-Allah.

P/S: Nasib baik bawa Nad from HR, makcik dia selang beberapa buah  rumah je dari rumah keluarga Nora kat Kuala Pilah tu. 

Sunday 15 January 2012

Kerja atau bermain-main??

Dengan nama Allah Helang mulakan entry hari ni.

Hari ni hari Isnin, kalau orang yang bekerja kengkadang ada syndrome called "Monday blues". Yang sebenar-benarnya Helang pun tak sure syndrome tu dikaitkan dengan apa? Kemalasan ke... kebosanan ke or apa? Yang pastinya Helang hari ni sakit otot paha sebelah kiri dan lengan kanan. Yang kaki tu dah terasa sakit dari hari Ahad lagi. Ni bukannya syndrome penyakit osteoartritis atau lain-lain penyakit sendi yang sewaktu dengannya ( haipp!!.. Helang tak tua sangat lagi tau.... tiap2 hari minum susu, kalsium dalam badan insya-Allah cukup). Tapi sakit ni datang disebabkan satu event yang Helang join pada hari Sabtu malam Ahad kat bawah ni....
...
...
...
...
...
...
..


Tempat ni kalo tak biasa ngan Berjaya Times Square memang tak jumpa.. apa kes tersorok kat ceruk bangunan ni...

Alkisahnya, Business Development telah menganjurkan friendly bowling match dengan client from Kementerian Kerja Raya, dan telah mewajibkan all head of department untuk main sekali. Jadi dengan berat hati ( bukannya apa, dahlah Sabtu malam Ahad, confirm kena tinggalkan laki dan anak2 kat Melaka, coz event tu kat Berjaya Times Square, malam pulak tu, kalau paling awal habis pun pukul 11pm, pukul berapa nak sampai Melaka??), Helang pun agree to join ( memang compulsory pun). Konon-kononnya canang kat organiser nak amik hadiah "longkang terbaik" sebab Helang bukannya terror main pun, main pun jarang-jarang. Dan nasib baik jugak lakiku yang baik hati tu telah meredhakan bininya ni kerja pada Sabtu malam Ahad tu ( kerja?? main-main adalah. Tapi sebab opis punya event dan dengan client pulak, tu kira bekerja jugak apa.. )


Bini-bini yang terpaksa tinggalkan suami dan anak-anak untuk bekerja di malam minggu... yok yo o je...

Memandangkan event ni sebenarnya untuk client, so player memang banyak dari side client. Ada 12 groups, every group of four cuma sorang je dari company Helang. Dan setiap group cuma sorang je pompuan. So, teammate Helang adalah Azri, Zulhamim dan Azlan dari KKR ( seriously tak kenal - Helang kan tak deal dengan client, bekerja di balik tabir je). Teammate Helang semuanya boleh tahan belaka bab main bowling ni. Kiranya our team works lah.... tapi tak tau pasal apa malam tu Helang pun main ok walaupun dah lama tak main - my marks was not the last among the four. Kira menyumbang jugak ler pada markah keseluruhan. Agaknya sebab restu encik somi atau hati Helang yang akhirnya redha dan ikhlas jugak join event tu untuk company.


Jangan kutuk score Helang, Helang bukan regular bowlers... Mujur jugak Helang bukan yang last dalam group ni..



Nasib baik kedatangan we all berbaloi... adalah jugak dapat tempat dan hadiah. Yang bagi hadiah baju merah tu our CEO.







Another thing yang best, masa balik ke Melaka tu, CEO ajak both of us ladies ni naik kereta dia sekali sebab his driver dah balik Melaka dulu and he's driving alone. So, merasalah Helang naik Passat CC yuhuuu!!!  

Tapi tulah, yang tak bestnya, sebab tak biasa main bowling, kaki tangan pun dah sakit-sakit... iskk..isk...


P/S: Teringin nak main bowling dengan somi dan anak-anak. Tapi, anak-anakku kecik2 lagi!!

Thursday 12 January 2012

Singgah le ke teratak kami...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni.

Ahad lepas, rumah Helang telah menerima kunjungan dari cousin Helang yang duduk kat Temerloh. Helang panggilnya sebagai Along Shimah. Anak Mak We dan arwah Ayah We ( abang sulung mak Helang). Alkisahnya cousin Helang ni sebenarnya saja berjalan-jalan kat Melaka bersama 3 keluarga adik-beradik husbandnya, abang Agus, termasuk emak mertua. Mula-mula Along Shimah call, walaupun cam suara, tak berapa sure itu orangnya sebab Helang punya hp baru bertukar dan contact no yang dalam phone lama telah hilang. Rupanya dia mendapat tahu dari adik Helang yang bernama Chopper Othman ( nama FB ler ) yang Helang duduk di Melaka. Jadi cadangnya nak menyinggah le..

So, Jumaatnya Helang pun hantar sms supaya singgah rumah Helang hari Ahad untuk makan tengahari sekali kat rumah Helang ( selalunya hari Sabtu we all keluar, dan at least ada masa Helang beli apa2 yang patut untuk memasak). Pelawaan itu telah disambut baik oleh Along Shimah. So, pagi-pagi Ahad tu mulalah kerja2 memasak untuk bakal tetamu yang datang. Kata Along Shimah yang akan datang sebanyak 3 buah kereta . Mula2 ingatkan 3 biji kereta sedan yang boleh muat paling ramai 5 orang dewasa tu. Rupa-rupanya tiga biji kereta MPV, so boleh agaklah berapa ramai ye. Alhamdulillah, walaupun tak dapat nak agak berapa orang yang actually datang, cukup juga makanan yang Helang sediakan.

Rumah Helang ni jarang-jarang orang datang kecuali kalau kebetulan ada sedara-mara jalan2 or bertandang ke Melaka. Jadi rasa best kalau dapat memasak dan menjamu orang yang datang. Hubby cakap tak perlu beriya sangat nak masak ( sebab Helang sorang je yang masak2 ni, takde maid atau pembantu nak tolong). Tapi bagi Helang, kegembiraan seorang pompuan ialah apabila dapat menjamu orang dengan air tangan sendiri ( bukan katering or tempah). Cuma memandangkan late notice dan anak Helang baru je masuk sekolah, keadaan agak kelam-kabut, tak sempat nak fikir pasal juadah atau lauk-pauk yang extravaganza. So, akhirnya Helang settled down with nasi putih, dengan lauk chicken honey barbecue, ikan kembung masak asam pedas (konon-konon sebab Melaka, kan. Takkan nak masak patin masak tempoyak plak, takde semangat pelancongan sungguh), ikan masin ala Padang dan sayur campur. Of course ada buah-buahan sampingan.

Seperti yang dijanji, maka tibalah keluarga Along Shimah ni ke teratak Helang kat Batu Berendam itu. Mujur juga Along ni agak dah biasa juga jalan2 kat Melaka, jadi takdelah payah benor nak cari rumah koi ni. Helang rasa berbesar hati sebab cousin Helang ni dah pun sampai ke rumah Helang yang tak seberapa ini. Kepada sedara-mara yang lain, kalau rasanya nak bertandang dan menyinggah kat rumah Helang kat Melaka ni, Helang silakan dengan tangan terbuka andainya Helang tak ke mana-mana. Mari kita tengok gambar-gambar tetamu yang datang.

My kids cam biasa, walau riuh rendah rumah, masih asyik dengan games they all....


Some of family Abang Agus yang datang. Yang baju hijau kanan tu Anje, anak Along yang sulung. Tak sangka dah besar. The last time jumpa masih kecik lagi Anje ni...

Dengan Along, abang Agus, mak Abang Agus, one of the kembar, baby dan adik abang Agus

Si kembar yang begitu asyik dengan piano...

Anak Along yang bongsu, Ammar
 P/S: Tengah merangka-rangka cuti-cuti Malaysia tahun 2012. Nak ke mana pulak tahun ni ye?

Sunday 8 January 2012

The name is Bond.. James Bond...

Dengan nama Allah Helang mulakan entry hari ni.

Hari ni hari Isnin, first day school of the week. Hubby minta Helang check Aiman waktu rehat for the last time untuk pastikan he is ok. So mission hari ni adalah untuk melihat dari jauh atau "spy" je. And my daily routine hari ni dah start from 5.30am untuk prepare breakfast dan bekal. Bagus juga malam tadi dah settle kan bab iron baju ( iron baju untuk seminggu) dan check bag dia dah cukup ke segala. Kalau pagi ni baru nak tengok, memang tak sempat.

Actually hari ni sepatutnya tak rushing sebab dah bangun awal. Tapi sebab prepare dua dishes, nasi goreng for myself and hubby, dan pancake untuk the kids, so Helang dah ambil masa yang agak lama di dapur. Pancake tu buat hari ni sebab memang permintaan dari Aiman nak bawak bekal pegi sekolah. Tapi masih sempat juga dan takdelah Aiman dan abahnya tu keluar lambat. Tapi entah macam mana, bekal Aiman tertinggal. Memandangkan masih awal untuk ke pejabat, Helang pun singgah ke sekolah Aiman selepas menghantar Alia pergi tadika.

Masa tu sekolah ada perhimpunan. Since masih dalam waktu penyesuaian, ibu bapa masih dibenarkan masuk ke sekolah melihat anak-anak. Helang cuma naik ke kelas Aiman ( takde orang pun) dan tinggalkan bekal bersama-sama nota berbunyi " Ini bekal Aiman. Love, mummy". Kena letak nota sebab takut pulak kalau ada kawan lain masuk awal ke kelas selepas berhimpun, dan ambil bekal tu. Letak pun kat atas kerusi instead of atas meja, biar tersorok sikit. So kiasu me.

Around 9.30am, Helang pun pergi semula ke sekolah Aiman. Maka bermulalah sessi spy-menyepai ni. Masa murid-murid kelas Aiman keluar ke kantin, Helang perasan Aiman cuma bawa bekal turun without the water bottle. Kalau nak ikutkan, boleh je dia minum kat kelas after rehat. Tapi sebab risau takut dia tercekik ke apa ke, Helang pun terpaksa menampakkan diri pada Aiman sebab nak tanya kenapa tak bawa botol turun ( takkan terlupa bawa ke sekolah kot? Rasanya tadi botol tak tertinggal pun ). Masa Helang berjalan dari arah belakang Aiman perlahan-lahan, Helang noticed Aiman makan bekal sambil memegang nota yang Helang tinggalkan. Nak tergelak pun ada, kenapa pulak anak bujang Helang ni masih simpan nota tu. Sekali-sekala dia membaca nota tu macam mencari sesuatu je...

Helang munculkan diri ( macam ada magic plak bunyinya huhuhu.. ) dan tanya Aiman kenapa tak bawa botol. Nasib baik dia cakap botol ada kat kelas. And suddenly ajak Helang temankan dia naik ke kelas ambil botol itu. Nampaknya tak jadi le sessi spy-menyepai ni sebab dah kena accompany him pulak. Maka naiklah kitorang ke kelas untuk ambil botol itu. Helang ajak dia kembali semula ke kantin untuk habiskan makanan. Kebetulan ada sorang classmate dia bernama Yusri ni, Helang nampak ada bawa bekal sekali tapi mundar mandir je dekat koridor kelas. Helang pun ajak le si Yusri ni sekali supaya boleh temankan Aiman makan sekali. Nasib baik budak ni mendengar kata. Lepas dah dapat tempat kosong kat kantin dan berpesan supaya tunggu Helang ambil waktu balik sekolah, Helang pun berlalu dan pretend yang Helang nak balik office.

Helang pun menyorok kat belakang bangunan tahun 2. Actually bukanlah betul2 menyorok. Just make sure dia tak nampak Helang je. Kalau buat macam main sembunyi2 tu nanti murid-murid yang tengah rehat dan bersidai kat situ fikir yang pelik2 pulak. Sama ada masa dah suntuk untuk dia habiskan bekal or finally he got it ( the message I'm giving him), nampaknya kali ini takde lah pulak dia berlari ke sana ke mari selepas makan. Dan nampaknya budak Yusri tu pun tak ajak dia main. Helang tengok jam, ada dalam 3 minit lagi sebelum waktu rehat tamat, tapi Helang lihat Aiman dah pun berjalan dengan elok ( with Yusri ) ke kelas. Tak de pulak ambil kesempatan untuk main2 sekejap sebelum loceng berbunyi. Helang follow dari belakang ( tanpa disedari Aiman, of course), sampai ke anak tangga naik ke kelasnya. elok pun dia naik ke kelas,  tak melencong ke mana-mana.

So, I think that's it. From now onwards, I'll let him be on his own. Helang berserah pada Allah yang selebihnya, mudah-mudahan Aiman terus belajar untuk berdikari sendiri. No more spy game...

P/s : Actually, sebelum pergi ada jugak pesan kat kawannya si Yusri tu supaya  balik kelas bila waktu rehat habis via bunyi loceng. Indirectly supaya dia ajak Aiman sekali. Mendengar kata budak ni. The motherly instinct in me rasa budak ni bagus dibuat kawan.

Aiman masuk standard 1...

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni,

Dah hari kelapan dalam tahun baru. Daily routine life pada week days pun dah bertukar. Semuanya gara-gara Aiman yang dah mula masuk darjah satu tahun ni. Persiapan ke sekolah, jangan cakap Semuanya serba baru. Dari baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan buku sekolah. Mujurlah sekolah yang dia pergi - Sek Keb Batu Berendam 1, Melaka - ni bagi pinjaman buku teks pada semua murid tak kira taraf kehidupan ibubapa. Actually it's not the cost that matters. Yang both of us - hubby and myself - risau adalah bagaimana Aiman dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di sekolah baru.

Yalah, masa kat tadika, toilet dekat je dalam kelas tu (sebab tadika guna rumah as tempat belajar). Masa rehat, makan kat dalam kelas juga. Kat sekolah baru ni, kena jalan sikit ke tandas, tak de orang tengokkan dia betul ke guna toilet, basuh dan pakai semula seluar. Satu lagi, belum pernah guna duit dan beli sendiri makanan ( yang ni Helang resolve dengan cara memberinya bekal setiap hari macam kat tadika). Then, yang penting, dalam kelas tu ramai student, lebih ramai bilangan nya dari zaman tadika. Agak-agaknya dapat ke Aiman menumpukan perhatian dalam kelas dan memilih kawan yang betul?

So, like other new standard one parents, Helang dan hubby pun ambil cuti dan pergi ke sekolah bersama-sama. Helang ambil cuti dua hari untuk melihat gelagat Aiman menyesuaikan diri. Masa dah masuk kelas, memang tak tengok sangat sebab cikgu dan guru besar pun tak galakkan ibubapa bersidai kat koridor atau di luar kelas tengok anak. kami cuma tunggu kat bawah ( kelas Aiman kat tingkat 1 ). Cuma masa rehat hari pertama tu, both of us notice lepas makan Aiman dah lari-lari bermain2 dengan kawan-kawannya. Mula-mula tak perasan kelas dia dah keluar rehat ( sebab pelajar tahun satu dilepaskan awal 10 minit daripda pelajar lain). Nasib baik bekal yang diberi tu memag dia dah habis makan, mungkin sebab masa masih ada lagi, tak tau nak buat apa, main-mainlah dia. Hubby apa lagi, bagilah ceramah sikit kat si abang tu sebab main-main lepas makan. Lepas rehat, tunggu lagi hingga waktu tamat belajar. Murid darjah satu dibenarkan keluar awal 10 minit daripada pelajar lain untuk memudahkan ibubapa mengambil mereka pulang ( tapi cuma untuk dua minggu pertama sekolah je).

Petang, adalah waktu untuk ke sekolah agama. Again, memandangkan Helang bercuti pada hari itu, Helang pun ada kesempatan menghantar ke sekolah, tengok macam mana Aiman duduk dalam kelas dan mengambilnya pada waktu tamat kelas. Rasa-rasanya bolehlah budak ni menyesuaikan diri. Tapi, belum hilang lagi perasaan resah dalam hati ni.

Second day, hubby tak tunggu sebab dah kerja. Lepas hantar Aiman dan melihatnya masuk kelas, hubby terus pergi kerja. Helang datang a bit later sebab yang penting nak tengok masa rehat. Masa dalam kelas memang tak risau sangat sebab tengah belajar dan ada cikgu mengawasi. Helang duduk kat satu bangku berhampran kantin. Dari situ boleh nampak tandas murid lelaki tahun satu. Kebetulan ada ibu murid tahun satu yang sama kelas dengan Aiman, so, borak-boraklah kejap. dalam 30 minit sebelum rehat, tiba-tiba si ibu ni beritahu anaknya ke toilet dan ditemani oleh dua rakan. Helang notice salah seorangnya adalah Aiman. Jadi, dari segi nak ke tandas, Helang dah tak risau sebab nampaknya Aiman boleh urus sendiri. Next matter : waktu rehat.

Bila waktu rehat, Helang sengaja berdiri kat luar kantin tetapi di kedudukan yang Aiman tak nampak. Helang just perhatikan dari jauh gelagatnya. Memandangkan pelajar tahun satu keluar 10 minit lebih awal, cikgu kelas pun mengiringi murid-murid ini, jadi keadaannya agak teratur. Helang lihat Aiman ambil tempat bersama seorang rakan dan membuka bekalnya dan terus makan. Kemudian, nampak rakannya tadi beredar ke  tempat membeli makanan. Helang ambil kesempatan pergi ke tempat Aiman dan menunjukkan diri. Dia cuma tersengih sambil terus makan. Helang tanya mana rakan tadi, dia just jawab pergi beli air kotak ( sebab rakan tadi pun bawak bekal, tapi takde botol minuman). Bila rakannya datang semula Helang pun pergi dari situ dan memerhatikan dari jauh.

Entah kenapa masa tu rasa sayu pula melihat Aiman makan bekalan sampai habis sebelum minum air dari botolnya. Bergenang air mata Helang, rasa sebak memikirkan anak Helang yang sorang ni kena belajar berdikari sendiri. Dalam hati Helang berdoa mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan pembelajaran Aiman sampai bila-bila. Helang pun memang akan menyediakan bekal makanan hingga Aiman tahu menggunakan duit untuk membeli sendiri bekal. Tapi itu bukan soalnya. Yang penting, kalau boleh nak bagi bekal juga sepanjang masa dia bersekolah as a token of my love to him. Dengan rasa berat hati, Helang cuba buang perasaan risau dalam diri dan tak putus berdoa semoga Aiman boleh menyesuaikan diri dan berdikari.

I know this feeling. Cuma perasaan seorang ibu yang ingin kan anaknya mendapat yang terbaik. Sometimes Helang wonder how my mom did it with 8 children. Mungkin cuma sempat rasa risau untuk anak yang pertama, yang seterusnya sebab dah ada kakak dan abang bersekolah di sekolah yang sama. Kakak atau abang boleh tolong tengok-tengokkan adik. Helang cuba yakinkan diri bahawa Aiman boleh berdikari sendiri. After all, I was once in his shoes and survive! ( walaupun first day school memang ada menangis sekejap sebab mula-mula tak jumpa kakak Helang masa nak balik sekolah. So, in Aiman's case he was better sebab tak menangis lansung pun ).

Aiman nak pergi sekolah on his first day school

Waktu nak balik dari sekolah... agak kepenatan

Found his place at Sekolah Agama petang. Yang sebelah kanan tu apparently pun satu sekolah pagi dengan dia
P/S : Task terbaru Helang sebagai ibu sekarang adalah meyediakan list of bekal ke sekolah for a week for my kids. Huh, pening jugak nak fikir..

Monday 2 January 2012

Goodbye 2011 and welcome 2012

Dengan nama Allah Helang mulakan post hari ni.

Sebenarnya nak jugak buat posting on the first day of new year. Tapi hari tu memang sibuk, sebab birthday my son. Kebetulan memang ada buat makan2 sikit sempena birthday si Aiman ni. Grandparents dua-dua belah pun ada datang, termasuk pakcik-makcik dia ( tak semualah)... jadi maknya ni pagi-pagi lagi ( actually kalau kira dessert dah siapkan dari malamnya) dah ber'kungfu' di dapur nak prepare refreshments. So, menu untuk makan-makan itu adalah nasi ayam, puding buah koktel, buah2an, air ribena. Mak ada bawak kuih bakar, so hidang sekali ler.
Amacam, best tak?

Ni tengah buat wish ke apa ni...

Sessi potong kek.. Aiman dan 6 years old!!
Memandangkan 1 Jan 2012 adalah hari Ahad, the next day (Monday) tu kira public holiday. So, atuk dan neneknya amik kesempatan stay satu malam kat rumah we all, saja nak melayan the kids. Malamnya si abah ajak makan roti nan kat Pak Putra restaurant. Huh, memang kekenyangan sampai ke malam.

Pada family yang datang, Helang ucapkan terima kasih sebab sudi spend time turun Melaka dari PJ/Banting. Almost dua jam perjalanan tu....

Dah masuk new year ni, Helang cuba refresh balik apa yang dah dibuat pada tahun 2011. In terms of work, masih maintain kat tempat sama at the same position... Tahun 2012, maybe company akan go for listing, so, mungkin ada perubahan dari segi organization structure, whether Helang akan berpindah ke HQ di Kelana Jaya, tak pasti lagi. Dari segi family life - alhamdulilah dah menunaikan umrah di tahun 2011, jadi sekarang nak berazam utk cari peluang menunaikan haji pula... anak2 both dah sekolah. Aiman dah mula masuk standard 1 tahun 2012, so, dari segi pengurusan masa pada waktu pagi kena tukar sikit. Travelwise,  rasanya Semenanjung Malaysia dah cover semua, mungkin 2012 ke Sabah/Sarawak pula. Ada juga berangan nak ke Indonesia pulak...

Azam tahun 2012 - dah ada list cuma belum finalize lagi. Tahun ni mungkin kehidupan akan lebih mencabar dari segi economy, politics, spiritual and geographically. Mudah-mudahan Allah permudahkan kehidupan kami anak-beranak dan sentiasa melindungi kami dari sebarang bencana. Amin.

P/S : Helang nak belajar berenang dan menunggang kuda. Agak2 boleh cepat 'pass' tak?